What is Philosophy for?
Falsafah merupakan suatu usaha berfikir untuk
mencari kebenaran. Ia termasuklah cara bagaimana manusia berfikir untuk mencari
kebenaran mengenai suatu perkara atau peristiwa.
Pada saya, falsafah diperlukan untuk melahirkan idea-idea dan pemikiran-prmikiran yang baharu terhadap suatu perkara. Apabila manusia dapat berfikir secara falsafah, maka kebenaran mengenai suatu perkara akan dapat diperolehi dan setiap masalah yang timbul akan terjawab.
Selain itu, ia juga adalah sains untuk mengkaji segala persoalan, perkara atau peristiwa yang wujud. Dengan kata lain, ia merupakan ilmu untuk menyelidik sesuatu dengan lebih mendalam dan mencari sebab mengapa suatu peristiwa berlaku.
Cabang falsafah dapat
dibahagikan kepada tiga. Ia termasuklah cabang ilmu metafizik, epistemologi dan
aksiologi.
SITI NUR HAJAR BINTI JUNI@ANUS
BA16110060
Betul sekali Hajar, saya sangat setuju. Falsafah ni sebenarnya sebagai landasan sahaja untuk kita mencari jawapan, kebenaran, dan keadilan. Falsafah juga banyak terkait dengan ilmu-ilmu lain seperti Sains dan banyak lagi.
ReplyDeleteSaya bersetuju dengan saudari Fatin dan Hajar. Setiap idea-idea yang dibangunkan ini sangat berguna untuk menjadi panduan kepada masyarakat.
DeleteNUR HAMIZAH BINTI YUSOFF
BA15111098
Benar sekali Fatin, melalui falsafah manusia akan mampu mendapatkan pengetahuan yang dapat dijadikan sebagai panduan dalam kehidupan mereka.
DeleteSaya berpendapat falsafah adalah sesuatu yang penting untuk menghasilkan idea-idea yang baharu seiring perkembangan masa. setiap zaman memerlukan pendapat dan idea yang baharu mengenai sesuatu perkara untuk memastikan masyarakat mempunyai panduan yang benar tentang sesuatu perkara terutamanya dalam ilmu pengetahuan.
ReplyDeleteNUR HAMIZAH BINTI YUSOFF
BA15111098
saya menyokong pendapat Miza berkaitan topik ini. Cara manusia berfikir akan berubah selaras dengan perubahan semasa. Apa yang dirasakan benar pada suatu ketika dahulu mungkin tidak dapat dipraktikkan pada masa kini. oleh itu, ia perlu diperbaharui dan diselaraskan dengan perubahan semasa.
DeleteTerima kasih Saudari Fatin dan Miza. Pandangan anda mengenai falsafah sangat tepat. Bagaimana dengan rakan-rakan yang lain?
ReplyDelete