Is education a waste of time for married women? (1961)
Pendidikan amatlah penting kepada semua lapisan
masyarakat tidak kira ia melibatkan lelaki ataupun perempuan. Ini kerana belajar
adalah satu proses mencari, memahami dan menganalisis suatu keadaan sehingga wujudnya
perubahan kepada perilaku. Belajar mempunyai peranan yang penting dalam
kehidupan semua manusia tanpa mengira peringkat umur, bangsa, agama dan
lain-lain. Belajar mampu mendapatkan kepercayaan kepada diri sendiri dan
membantu membangunkan keperibadian seseorang.
Saya berpendapat bahawa mentaliti yang menganggap
wanita yang berkahwin dan belajar hanya membuang masa adalah satu tanggapan
yang salah. Seiring dengan kemajuan dunia pada masa kini wanita seharusnya bersaing
dan berjalan seiring dengan lelaki kerana wanita juga mampu memberi sumbangan
kepada kemajuan sektor-sektor tertentu dalam negara kita. Malahan, terdapat
sektor pekerjaan yang sebelum ini hanya tertumpu pada lelaki dapat dilakukan
dengan lebih baik oleh wanita.Seorang wanita yang berpendidikan adalah
mereka yang punya sikap yang baik, mereka yang punya fikiran terbuka, punya
wawasan yang luas, kreatif dan mempunyai keyakinan. Apabila wanita berkahwin
itu punya pendidikan, segala hal rumah tangga dapat diurus dengan efektif dan
teratur. Tidak salah sekiranya wanita yang berkahwin itu belajar, kerana selagi kita hidup di dunia ini kita
seharusnya terus menerus mencari ilmu.
Ditulis
oleh:
DEBBIE RACHEL BALANTIS
BA15110101
Saya setuju dengan anda. Wanita yang sudah berkahwin seharusnya turut bersaing untuk mendapatkan pekerjaan dan mencari ilmu pengetahuan yang lebih banyak untuk memastikan mereka turut sama-sama menyumbang dalam memajukan sektor pendidikan dan ekonomi negara.
ReplyDeleteKita tidak boleh menyangkal mana-mana pendapat, video tersebut adalah situasi pada zaman dahulu, yang mana wanita pada zaman tersebut kebanyakannya tidak mempunyai peluang yang begitu tinggi seperti sekarang. Namun, konteks tersebut sememangnya tidak bersesuaian pada masa kini kerana peluang adalah sama rata. Sesiapa pun boleh mencapai pendidikan yang tinggi tidak kira jantina, usia, dan keupayaan. Hal ini menunjukkan, perkembangan zaman juga telah mengubah persepsi masyarakat berfikir. Terbuktilah, bukan zaman sahaja yang bertukar, pemikiran manusia pun turut serta bertukar.
ReplyDeleteVideo ini sangat menarik apabila pada tahun 1961 lagi masyarakat sudah membincangkan soal kepentingan pendidikan dalam kalangan wanita. Jika dilihat pendidikan ini adalah sangat luas. Kita semua sememangnya mempunyai pendapat yang berbeza mengenai pendidikan tinggi yang diperoleh di Institusi pengajian tinggi kerana ada masyarakat yang beranggapan bahawa wanita tidak perlu menyambung pengajian di tahap yang tinggi dan sebaliknya. Bagi pendapat saya, sekiranya seoarang wanita itu mampu untuk menyambung pengajian maka perkara ini merupakan kelebihan dan bukannya dilihat sebagai membuang masa. Tetapi jika seorang wanita itu tidak mampu untuk menyambung pengajian disebabkan faktor kewangan, mereka masih harus mencari ilmu pengetahuan yang lain seperti belajar memasak, menjahit dan sebagainya bagi persedian mereka menempuh hidup masa hadapan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada keluarga atau suami.
ReplyDeleteNUR HAMIZAH BINTI YUSOFF
BA15111098
Tahap kemampuan manusia untuk berfikir akan berubah selaras dengan perubahan semasa. Pendidikan dalam kalangan wanita dianggap sebagai membuang masa oleh masyarakat pada suatu ketika dahulu. Perkara ini juga dipengaruhi oleh keadaan semasa pada ketika itu. Kita sendiri maklum bahawa keadaan semasa memberi impak yang besar kepada perspektif individu untuk satu jangka masa yang tertentu. Namun perubahan semasa yang berlaku juga akan mempengaruhi perubahan kepada perspektif dan pendapat individu. Kini wanita diberi peluang untuk mendapatkan peluang untuk medapatkan pendidikan yang sama seperti lelaki. Sebagai seorang wanita yang lahir pada era baru ini, saya amat bersyukur kerana berpeluang untuk mendapatkan pendidikan.
ReplyDelete