Wednesday, 14 November 2018

FALSAFAHKAN: VIDEO 2 “THIS IS WHY GOING TO COLLAGE IS A WASTE OF TIME FT. MATTHEW MCCONOUGHEY”


Is education a waste of time for married women? (1961)

Pendidikan amatlah penting kepada semua lapisan masyarakat tidak kira ia melibatkan lelaki ataupun perempuan. Ini kerana belajar adalah satu proses mencari, memahami dan menganalisis suatu keadaan sehingga wujudnya perubahan kepada perilaku. Belajar mempunyai peranan yang penting dalam kehidupan semua manusia tanpa mengira peringkat umur, bangsa, agama dan lain-lain. Belajar mampu mendapatkan kepercayaan kepada diri sendiri dan membantu membangunkan keperibadian seseorang.


Saya berpendapat bahawa mentaliti yang menganggap wanita yang berkahwin dan belajar hanya membuang masa adalah satu tanggapan yang salah. Seiring dengan kemajuan dunia pada masa kini wanita seharusnya bersaing dan berjalan seiring dengan lelaki kerana wanita juga mampu memberi sumbangan kepada kemajuan sektor-sektor tertentu dalam negara kita. Malahan, terdapat sektor pekerjaan yang sebelum ini hanya tertumpu pada lelaki dapat dilakukan dengan lebih baik oleh wanita.Seorang wanita yang berpendidikan adalah mereka yang punya sikap yang baik, mereka yang punya fikiran terbuka, punya wawasan yang luas, kreatif dan mempunyai keyakinan. Apabila wanita berkahwin itu punya pendidikan, segala hal rumah tangga dapat diurus dengan efektif dan teratur. Tidak salah sekiranya wanita yang berkahwin itu belajar,  kerana selagi kita hidup di dunia ini kita seharusnya terus menerus mencari ilmu.



Ditulis oleh:


DEBBIE RACHEL BALANTIS 

BA15110101

4 comments:

  1. Saya setuju dengan anda. Wanita yang sudah berkahwin seharusnya turut bersaing untuk mendapatkan pekerjaan dan mencari ilmu pengetahuan yang lebih banyak untuk memastikan mereka turut sama-sama menyumbang dalam memajukan sektor pendidikan dan ekonomi negara.

    ReplyDelete
  2. Kita tidak boleh menyangkal mana-mana pendapat, video tersebut adalah situasi pada zaman dahulu, yang mana wanita pada zaman tersebut kebanyakannya tidak mempunyai peluang yang begitu tinggi seperti sekarang. Namun, konteks tersebut sememangnya tidak bersesuaian pada masa kini kerana peluang adalah sama rata. Sesiapa pun boleh mencapai pendidikan yang tinggi tidak kira jantina, usia, dan keupayaan. Hal ini menunjukkan, perkembangan zaman juga telah mengubah persepsi masyarakat berfikir. Terbuktilah, bukan zaman sahaja yang bertukar, pemikiran manusia pun turut serta bertukar.

    ReplyDelete
  3. Video ini sangat menarik apabila pada tahun 1961 lagi masyarakat sudah membincangkan soal kepentingan pendidikan dalam kalangan wanita. Jika dilihat pendidikan ini adalah sangat luas. Kita semua sememangnya mempunyai pendapat yang berbeza mengenai pendidikan tinggi yang diperoleh di Institusi pengajian tinggi kerana ada masyarakat yang beranggapan bahawa wanita tidak perlu menyambung pengajian di tahap yang tinggi dan sebaliknya. Bagi pendapat saya, sekiranya seoarang wanita itu mampu untuk menyambung pengajian maka perkara ini merupakan kelebihan dan bukannya dilihat sebagai membuang masa. Tetapi jika seorang wanita itu tidak mampu untuk menyambung pengajian disebabkan faktor kewangan, mereka masih harus mencari ilmu pengetahuan yang lain seperti belajar memasak, menjahit dan sebagainya bagi persedian mereka menempuh hidup masa hadapan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada keluarga atau suami.

    NUR HAMIZAH BINTI YUSOFF
    BA15111098

    ReplyDelete
  4. Tahap kemampuan manusia untuk berfikir akan berubah selaras dengan perubahan semasa. Pendidikan dalam kalangan wanita dianggap sebagai membuang masa oleh masyarakat pada suatu ketika dahulu. Perkara ini juga dipengaruhi oleh keadaan semasa pada ketika itu. Kita sendiri maklum bahawa keadaan semasa memberi impak yang besar kepada perspektif individu untuk satu jangka masa yang tertentu. Namun perubahan semasa yang berlaku juga akan mempengaruhi perubahan kepada perspektif dan pendapat individu. Kini wanita diberi peluang untuk mendapatkan peluang untuk medapatkan pendidikan yang sama seperti lelaki. Sebagai seorang wanita yang lahir pada era baru ini, saya amat bersyukur kerana berpeluang untuk mendapatkan pendidikan.

    ReplyDelete