Monday, 12 November 2018

WHAT IS PHILOSOPHY ? INTRO TO THE PHILOSOPHY OF THE HUMAN PERSON – PHILO- NOTES DAILY WHITEBOARD




What Is Philosophy? - Intro to the Philosophy of the Human Person


Berdasarkan video tersebut, Falsafah didefinisikan sebagai kebijaksanaan yang terhasil daripada dua perkataan iaitu "Philia" yang bermaksud Cinta dan "Sophia" yang bermaksud Kebijaksanaan. Secara keseluruhannya ia merujuk kepada cinta kepada kebijaksanaan. "Wisdom" pula merujuk kepada ilmu pengetahuan. Dalam konteks "Love of Wisdom", ia merujuk kepada cinta kepada ilmu pengetahuan. Falsafah juga boleh dilihat sebagai Sains yang mana mengkaji benda hidup dan bukan hidup. Sebagai contoh persoalan yang timbul seperti kewujudan tuhan. Falsafah juga boleh dirujuk untuk menjawab persoalan secara fizikal mahupun logikal. Persoalan-persoalan tersebut mendapat pandangan yang berbeza-beza daripada para filosofi pada zaman dahulu namun masih boleh dirujuk pada hari ini. Filosofi dapat dibahagikan kepada 4 definisi yang berbeza iaitu Epistemologi, Logik, Metafizik, dan Etika. 

Metafizik merupakan elemen utama dalam pembentukan falsafah yang mana ianya merupakan sesuatu yang wujud namun tidak dapat dilihat atau dirasai. Hal ini dapat dilhat melalui persoalan yang timbul tadi iaitu kewujudan Tuhan. Metafizik juga dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu metafizik umum atau dikenali sebagai ontologi dan metafizik istimewa (kosmologi, psikologi @ antropologi dan teologi semula jadi). Ontologi dalam general metafizik bermaksud kajian tentang semua perkara yang wujud yang mana mengkaji prinsip awal tentang kewujudan semua perkara. Kosmologi bermaksud kajian tentang alam semesta. Manakala, psikologi bermaksud mengkaji tentang roh dan fikiran seseorang tentang bagaimana minda seseorang itu berfungsi dan bagaimana kelakuannya. Teologi pula bermaksud kajian mengenai tuhan dan justifikasi tentang kebaikan tuhan dalam kewujudan anasir jahat.

Epistomologi pula merujuk kepada kajian tentang sifat dan skop pengetahuan serta justifikasi kepercayaan. Logik pula adalah kajian tentang prinsip dan kriteria hujah yang sah. Akhir sekali ialah etika yang merujuk kepada moraliti tindakan manusia bagaimana mereka bertindak. Namun begitu, etika dan moraliti adalah dua konteks yang berbeza. Hal ini demikian kerana Etika merujuk kepada kod peraturan yang sedia ada, sebaliknya ,moraliti pula merujuk kepada bagaimana manusia bertindak dengan kod peraturan yang sudah ditetapkan.




NURUL FATIN FARHANA BINTI AKMALUDIN
BA16110525

4 comments:

  1. Dari pembacaan yang saya perolehi dari tulisan saudari Fatin, saya dapat mengetahui bahawa falsafah boleh didefinasikan kepada 4 bahagian. Tetapi suatu perkara yang saya pasti, setiap perkara mempunyai definisi falsafah yang berlainan mengikut bidang-bidang tertentu. Adakah melalui penerangan falsafah melalui Epistemologi, Logik, Metafizik, dan Etika dapat menerangkan semua perkara dalam dunia ini? Saya sangat berterima kasih sekiranya rakan-rakan dapat memberikan pencerahan kepada saya.

    NUR HAMIZAH BINTI YUSOFF
    BA15111098

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada pendapat saya, keempat-empat bahagian tersebut mungkin sudah dapat menerangkan semua perkara dalam dunia ini. Namun, ianya bergantung kepada individu itu sendiri bagaimana mereka mengaitkan falsafah dalam bidang-bidang tersebut untuk menjawab persoalan atau pertanyaan yang timbul mengenai suatu perkara di dunia ini.

      Bagaimana dengan rakan-rakan yang lain? adakah anda sependapat dengan saya atau anda mempunyai jawapan atau pendapat lain. Sila usulkan, Terima kasih.

      Delete
    2. saya bersetuju dengan pandangan saudari Hajar. Pada pendapat saya pula, bahagian-bahagian yang terkandung dalam falsafah iaitu, epistimologi, logik, metafizik dan etika adalah penerangan disebalik semua perkara yang berlaku di persekitaran dan juga dalam kehidupan kita seharian. Misalnya, Epistimologi merungkai persoalan seperti mengapa sesuatu itu wujud dan berlaku. Keempat-empat bahagian bahagian dalam falsafah ini merungkai persoalan-persoalan mengenai mengapa dan bagaimana sesuatu itu wujud dan berlaku.

      Delete
  2. Daripada perkongsian ini, saya dapat simpulkan bahawa falsafah dapat dibahagikan kepada 4 cabang, iaitu epistemologi, logik, metafizik dan etika. Keempat-empat cabang tersebut dapat membantu saya memahami dengan lebih mendalam mengenai falsafah menurut bidang-bidang tertentu.

    ReplyDelete