Western philosophy
merujuk kepada ahli falsafah yang berada di negara-negara barat dan juga negara-negara
eropah seperti Athens, Greece dan Rome. Dalam video ini, ahli falsafah terkemuka
yang diketengahkan adalah Plato iaitu seorang ahli falsafah yang berasal dari
Athens. Plato mengabdikan diri untuk mencapai suatu kejayaan iaitu membantu
manusia untuk mencapai peringkat Euduimonia atau dikenali sebagai kejayaan dan
kegemilangan. Plato mempunyai empat idea yang besar untuk menjadikan hidup ini
lebih Berjaya.
Idea pertama
ialah memperbanyakkan untuk berfikir. Dalam kehidupan kita harus memikirkan
tentang bagaimana untuk menjalani kehidupan ini dengan lebih baik. Plato ada
menulis dalam karya mengenai doxa atau pendapat popular. Ia membincangkan
tentang prejudis, mempercayai perkara karut dan mencari kesalahan. Plato menyatakan
untuk berhenti berfikir bahawa bagi menjadi seseorang yang popular atau
dikenali ramai adalah sesuatu yang bagus dan hanya duit semata-mata yang boleh
membahagiakan kehidupan. Masalah yang timbul dari doxa atau pendapat popular
ini adalah ia mendatangkan nilai yang buruk dalam kerjaya dan perhubungan. Penyelesaian
daripada masalah ini menurut Plato adalah dengan mengenali diri sendiri. Dengan
mengenali diri sendiri ia membantu kita untuk mendalami dan memahami idea-idea
yang diperoleh dan bukannya terus mengambil tindakan terhadap idea tersebut.
Seterusnya idea
yang kedua ialah membiarkan pasangan mengubah diri kita. Menurut Plato, pasangan
kita seharusnya mempunyai kualiti yang baik. Pasangan yang benar-benar tepat
untuk kita adalah individu yang dapat membantu dan menyokong sepenuhnya potensi
yang seseorang pasangan itu perolehi. Sebagai pasangan juga mereka harus
mendidik antara satu sama lain untuk mengaharungi fasa yang bergolak dalam
hubungan. Idea yang ketiga ialah merungkaikan mesej kecantikan. Secara realitinya
semua orang menyukai perkara yang cantik dan indah. Tetapi Plato adalah
individu yang pertama mempersoalkan kenapa manusia hanya tertarik kepada
perkara yang cantik. Beliau menemui sebab mengapa manusia hanya menyukai
perkara yang cantik dan indah. Perkara ini adalah disebabkan perkara yang
cantik dan indah ini menggambarkan kehidupan yang baik. Ia dapat membantu untuk
mendidik jiwa kita dari sebarang perkara yang buruk yang boleh menghalang kita
untuk menjadikan waras, baik dan tenang.
Idea yang
terakhir ialah membangunkan masyarakat. Plato telah terinspirasi dari pejuang-pejuang
Athen iaitu orang-orang Sparta. Beliau terinspirasi tentang bagaimana mereka
membesarkan anak-anak, mengurus ekonomi dan sebagainya untuk mencapai sesuatu
kejayaan. Orang-orang Sparta juga sangat terkenal dengan kejayaan dalam sistem
ketenteraan mereka. Tetapi bagi Plato bukan perkara itu yang dikendaki dalam
membangunkan masayarakat. Beliau hanya ingin tahu bagaimana masayarakat menjadi
lebih baik dengan inspirasi yang diperoleh dari masyarakat Sparta.
Kesimpulannya, Plato mengetengahkan ideanya serta beliau juga menulis dalam karyanya agar dapat membantu manusia untuk mencapai kejayaan yang dianggap sebagai kejayaannya kerana dapat membantu manusia untuk mengubah kehidupan mereka. Idea-idea ini membantu untuk manusia berfikir serta dapat mengaplikasikan idea yang diketengahkan Plato untuk lebih berjaya dalam kehidupan.
Ditulis oleh:
Kesimpulannya, Plato mengetengahkan ideanya serta beliau juga menulis dalam karyanya agar dapat membantu manusia untuk mencapai kejayaan yang dianggap sebagai kejayaannya kerana dapat membantu manusia untuk mengubah kehidupan mereka. Idea-idea ini membantu untuk manusia berfikir serta dapat mengaplikasikan idea yang diketengahkan Plato untuk lebih berjaya dalam kehidupan.
Ditulis oleh:
NUR HAMIZAH BINTI YUSOFF
BA15111098
Idea-idea Plato sememangnya bermanfaat dan boleh dijadikan Falsafah yang baik untuk rujukan kita. Terbaik la Plato ni.....
ReplyDeleteBenar saudari Fatin. tidak dinafikan idea dan pandangan yang dibawa oleh ahli falsafah Plato sememangnya banyak memberikan manfaat kepada kita terutamanya pada zaman sekarang untuk dijadikan panduan. pelbagai karya yang Plato telah hasilkan dengan merangkumi bidang-bidang ontologi, epistemologi, falsafah politik, feminisme, dan secara amnya, etika, serta etika perubatan, komunisme dan ekonomi
DeleteNUR HAMIZAH BINTI YUSOFF
BA15111098
Kawan-kawan semua boleh lihat di pautan yang saya berikan untuk mengenali latar belakang Plato dan hasil karya yang pernah beliau hasilkan :)
Deletepautan: https://www.history.com/topics/ancient-history/plato
Terima kasih atas perkongsiannya saudari.
DeleteTerima kasih Miza sebab memberikan info tambahan mengenai topik ini.
DeleteBenar sekali Fatin, falsafahnya masih digunakan sehingga kini. Sememangya Plato merupakan seorang tokoh yang bijaksana dalam memfalsafahkan sesuatu ilmu kerana ia boleh digunakan dan kekal relevan dalam satu jangka masa yang panjang.
DeletePada pendapat saya, idea-idea tersebut sangat bermanfaat dan boleh dijadikan rujukan atau panduan masyarakat pada hari ini. Tidak dapat dinafikan bahawa idea-idea dari Plato sangat berkait rapat dengan kehidupan masyarakat sejak dari dahulu lagi sehinggalah ke hari ini.
ReplyDelete