Tuesday, 13 November 2018

WESTERN PHILOSOPHY


                                              
Philosophy - Plato


Western philosophy merujuk kepada ahli falsafah yang berada di negara-negara barat dan juga negara-negara eropah seperti Athens, Greece dan Rome. Dalam video ini, ahli falsafah terkemuka yang diketengahkan adalah Plato iaitu seorang ahli falsafah yang berasal dari Athens. Plato mengabdikan diri untuk mencapai suatu kejayaan iaitu membantu manusia untuk mencapai peringkat Euduimonia atau dikenali sebagai kejayaan dan kegemilangan. Plato mempunyai empat idea yang besar untuk menjadikan hidup ini lebih Berjaya.

Idea pertama ialah memperbanyakkan untuk berfikir. Dalam kehidupan kita harus memikirkan tentang bagaimana untuk menjalani kehidupan ini dengan lebih baik. Plato ada menulis dalam karya mengenai doxa atau pendapat popular. Ia membincangkan tentang prejudis, mempercayai perkara karut dan mencari kesalahan. Plato menyatakan untuk berhenti berfikir bahawa bagi menjadi seseorang yang popular atau dikenali ramai adalah sesuatu yang bagus dan hanya duit semata-mata yang boleh membahagiakan kehidupan. Masalah yang timbul dari doxa atau pendapat popular ini adalah ia mendatangkan nilai yang buruk dalam kerjaya dan perhubungan. Penyelesaian daripada masalah ini menurut Plato adalah dengan mengenali diri sendiri. Dengan mengenali diri sendiri ia membantu kita untuk mendalami dan memahami idea-idea yang diperoleh dan bukannya terus mengambil tindakan terhadap idea tersebut.

Seterusnya idea yang kedua ialah membiarkan pasangan mengubah diri kita. Menurut Plato, pasangan kita seharusnya mempunyai kualiti yang baik. Pasangan yang benar-benar tepat untuk kita adalah individu yang dapat membantu dan menyokong sepenuhnya potensi yang seseorang pasangan itu perolehi. Sebagai pasangan juga mereka harus mendidik antara satu sama lain untuk mengaharungi fasa yang bergolak dalam hubungan. Idea yang ketiga ialah merungkaikan mesej kecantikan. Secara realitinya semua orang menyukai perkara yang cantik dan indah. Tetapi Plato adalah individu yang pertama mempersoalkan kenapa manusia hanya tertarik kepada perkara yang cantik. Beliau menemui sebab mengapa manusia hanya menyukai perkara yang cantik dan indah. Perkara ini adalah disebabkan perkara yang cantik dan indah ini menggambarkan kehidupan yang baik. Ia dapat membantu untuk mendidik jiwa kita dari sebarang perkara yang buruk yang boleh menghalang kita untuk menjadikan waras, baik dan tenang.

Idea yang terakhir ialah membangunkan masyarakat. Plato telah terinspirasi dari pejuang-pejuang Athen iaitu orang-orang Sparta. Beliau terinspirasi tentang bagaimana mereka membesarkan anak-anak, mengurus ekonomi dan sebagainya untuk mencapai sesuatu kejayaan. Orang-orang Sparta juga sangat terkenal dengan kejayaan dalam sistem ketenteraan mereka. Tetapi bagi Plato bukan perkara itu yang dikendaki dalam membangunkan masayarakat. Beliau hanya ingin tahu bagaimana masayarakat menjadi lebih baik dengan inspirasi yang diperoleh dari masyarakat Sparta.

Kesimpulannya, Plato mengetengahkan ideanya serta beliau juga menulis dalam karyanya agar dapat membantu manusia untuk mencapai kejayaan yang dianggap sebagai kejayaannya kerana dapat membantu manusia untuk mengubah kehidupan mereka. Idea-idea ini membantu untuk manusia berfikir serta dapat mengaplikasikan idea yang diketengahkan Plato untuk lebih berjaya dalam kehidupan.

Ditulis oleh:
NUR HAMIZAH BINTI YUSOFF
BA15111098

7 comments:

  1. Idea-idea Plato sememangnya bermanfaat dan boleh dijadikan Falsafah yang baik untuk rujukan kita. Terbaik la Plato ni.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar saudari Fatin. tidak dinafikan idea dan pandangan yang dibawa oleh ahli falsafah Plato sememangnya banyak memberikan manfaat kepada kita terutamanya pada zaman sekarang untuk dijadikan panduan. pelbagai karya yang Plato telah hasilkan dengan merangkumi bidang-bidang ontologi, epistemologi, falsafah politik, feminisme, dan secara amnya, etika, serta etika perubatan, komunisme dan ekonomi

      NUR HAMIZAH BINTI YUSOFF
      BA15111098

      Delete
    2. Kawan-kawan semua boleh lihat di pautan yang saya berikan untuk mengenali latar belakang Plato dan hasil karya yang pernah beliau hasilkan :)

      pautan: https://www.history.com/topics/ancient-history/plato

      Delete
    3. Terima kasih atas perkongsiannya saudari.

      Delete
    4. Terima kasih Miza sebab memberikan info tambahan mengenai topik ini.

      Delete
    5. Benar sekali Fatin, falsafahnya masih digunakan sehingga kini. Sememangya Plato merupakan seorang tokoh yang bijaksana dalam memfalsafahkan sesuatu ilmu kerana ia boleh digunakan dan kekal relevan dalam satu jangka masa yang panjang.

      Delete
  2. Pada pendapat saya, idea-idea tersebut sangat bermanfaat dan boleh dijadikan rujukan atau panduan masyarakat pada hari ini. Tidak dapat dinafikan bahawa idea-idea dari Plato sangat berkait rapat dengan kehidupan masyarakat sejak dari dahulu lagi sehinggalah ke hari ini.

    ReplyDelete