Socratic Method
Menurut daripada video yang diberikan, apa yang dapat disimpulkan mengenai kaedah socratic adalah ianya ubertujuan untuk membincangkan konsep-konsep kunci moral. Kunci-kunci moral yang dimaksudkan adalah seperti kebaikan dan keadilan. Untuk menyelesaikan suatu permasalahan, seseorang akan bertanyakan soalan dan setelah menemui jawapannya, individu tersebut akan menemui jawapan bagi menyelesaikan masalahnya. Dalam kaedah ini, suatu rangkaian soalan-soalan diajukan untuk membantu seseorang atau sebuah kumpulan untuk mengetahui kepercayaan dasar mereka dan sejauh mana pengetahuan yang dimiliki oleh individu tersebut. Kaedah socratic ialah kaedah negatif pengahapusan hipotesis (hypothesis elimination), di mana hipotesis-hipotesis yang membawa kontradiksi. Ia direka bentuk untuk memaksa seseorang memeriksa kepercayaannya dan kesahihan kepercayaan tersebut. Ini adalah ketika sebuah gaya kelas pembelajaran didasarkan pada pemahaman melalui dialog, bukan kuliah.
Nur Liyana Binti Sulaiman
BA16161005
Saya setuju dengan anda. Kaedah Socratic ini digunakan untuk mencari kebenaran, bukannya untuk tujuan pemujukan dan perdebatan. Ia juga merupakan salah satu kaedah yang menjelaskan kepada kita mengenai suatu isu dan membantu kita berfikir secara kritis untuk memperolehi jawapan mengenai isu yang timbul.
ReplyDeleteBetul tu Hajar, pemujukan dan perdebatan bukanlah jalan yang baik untuk kite mencari kebenaran dan keadilan. Lihat la situasi masa kini yang banyak menggunakan kaedah tersebut, ramai manusia terpedaya, dan akhirnya terpesong dan sesat.
DeleteTernyata,kaedah Socratic ini sememangnya patut diamalkan sehingga kini untuk mencari kebenaran dan keadilan.Pengamal media pada masa kini patut menggunakan kaedah sebegini, betul kan kawan-kawan. Kaedah ini boleh dikatakan sebagai berfikir sebelum bertindak. Di mana, mengajukan persoalan yang munasabah seterusnya mengeluarkan kenyataan atau soalan. Setelah itu membuat pemikiran secara kritis untuk mencari kebenaran dan keadilan.
ReplyDeleteYa. Saya setuju dengan anda. Kaedah seperti seharusnya di gunakan pada masa kini bagi memastikan masyarakat dapat bertindak dengan cara yang betul dan membuka fikiran mereka untuk berfikir secara kritis dan praktikal.
DeleteSocrates mengajar saya memahami istilah falsafah itu ialah melalui kepastian dengan bertanya kepada orang. Tokoh ini menerapkan kebenaran melalui apa yang kita lihat dari mata kita sendiri dan mempertahankan pendirian kita sendiri.
ReplyDeleteSeperti yang kita sedia maklum Socrates adalah merupakan salah seorang ahli falsafah yang tersohor pada suatu masa dahulu malah ilmu pengetahuannya masih digunapakai sehingga ke hari ini. Beliau menegaskan bahawa penggunaan kaedah Socrates adalah digunakan apabila seseorang itu mencari kebenaran dan juga keadilan. Ia merupakan kaedah yang membantu pengamalnya untuk memikirkan isu dengan berfikir dan bukan dengan memberi hujah atau berdebat semata-mata. Kaedah ini juga dilihat sering digunakan dalam dialog yang membincangkan tentang sesuatu perkara.
ReplyDeleteCara ini dilihat untuk mencari kebenaran melalui pertanyaan secara langsung seperti perbahasan di dalam dialog. Kaedah Socrates ini merangkumi tiga langkah iaitu petama, mengkaji definisi sesuatu perkara yang menjadi tuntutan. Kedua ialah memberikan atau mengemukakan soalan daripada definisi terdahulu. Ketiga ialah menjawab persolan orang yang menyoal untuk memberitahu kepada mereka apa yang mereka sedia tahu bukanlah ilmu yang sebenar.
NUR HAMIZAH BINTI YUSOFF
BA15111098
Terima kasih Miza sebab sudi memberi info tambahan berkaitan dengan topik ini. info ini amat berguna kepada saya dan juga rakan-rakan yang lain.
DeleteTopik ini amat menarik untuk dibincangkan. Kaedah Socrates ini sememangnya amat bermanfaat kepada kita dalam mencari kebenaran dan keadilan.
ReplyDelete