Tuesday, 13 November 2018

DIMENSIONS OF REALITY? WATCH AND DISCUSS HOW WOULD YOU APPLY THIS TO THE VARIOUS AREAS OF COMMUNICATION?



Dimensions of reality? Watch and discuss how would you apply this to the various areas of communication?


String teori bermakna satu teori yang boleh menjelaskan setiap unsur-unsur kehidupan yang wujud dalam kehidupan kita sehari-hari. Teori ini membawa kita memahami bagaimana sesuatu benda boleh wujud dan bagaimana ia terbina bermula dengan perkara yang sangat kecil seperti unsur-unsur molekul.

String teori yang juga boleh difahami sebagai teori tali bermaksud setiap benda yang wujud di dunia ini mempunyai satu penjana yang menjadikan benda tersebut boleh melakukan fungsinya. Contohnya seperti buah rambutan, buah ini tumbuh kerana bijinya ditanam di tanah, biji tersebut akan melakukan fungsinya dan membesar di dalam tanah dan tumbuh besar apabila buah tersebut telah cukup mendapat nutrisi daripada alam sekitar yang menghidupkannya.
Teori yang mendalam ini wujud kerana Kaluza dan Klein ingin membuktikan bahawa setiap benda fizik di dunia ini wujud kerana bantuan sains seperti electron dan molekul. Walaupun teori ini susah dijelaskan secara tepat ianya lebih terarah kepada bagaimana sesuatu perkara itu boleh wujud.
Bagaimana teori ini boleh digunakan dalam dunia komunikasi dan perkaitannya adalah bagi saya setiap peristiwa yang dirancang mahupun yang telah wujud secara semulajadi mempunyai tujuan masing-masing di dunia ini. Contohnya dalam bidang penyiaran drama televisyen, perkara penting yang pertama kru produksi harus tetapkan ialah tujuan mereka dan sasaran mereka sepanjang proses penyiaran tersebut habis. Perkara asas ini merupakan akar umbi bagi mereka untuk menjalankan projek.

Bidang komunikasi seperti yang diketahui oleh pengamalnya, proses menyampaikan sesuatu mesej merupakan benda penting yang harus mereka fasih dan cekap kerana kesilapan menyampaikan sesuatu mesej boleh mengubah banyak perspektif mesej dan pemahaman seseorang. Sama seperti teori tali ini digunakan untuk menjelaskan perkara yang tidak wujud di mata kasar manusia, teori ini apabila digunakan dalam bidang komunikasi adalah apabila medium yang digunakan dalam proses penyampaian mesej boleh memberi impak positif dan negatif.

EVONNETASYA JOHNNY 
BA16160973

5 comments:

  1. Pada pendapat saya, String teori merujuk kepada teori yang wujud untuk mengungkapkan dan menjelaskan mengenai suatu benda dengan lebih mendalam. Penggunaan teori tersebut pada masa kini, terutamanya dalam media massa adalah sangat luas dan mempunyai fungsi yang cukup besar sehingga ianya mampu mempengaruhi kita.

    ReplyDelete
  2. Saya kurang faham dengan teori tersebut sebenarnya, namun keterangan yang diberikan lebih menjurus kepada penghantaran mesej. Jika pengelola media itu ke arah baik, maka positif la yang diterima oleh masyarakatnya, juga sebaliknya.

    Adakah teori tersebut dari Sains? Betul ke pemahaman saya? Betulkan saya sekiranya terpesong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat sekali saudarI Fatin. Teori ini adalah merupakan sebuah teori dalam pengajian fizik di mana teori ini sebenarnya mengaitkan bagaimana manusia berkomunikasi antara satu dengan yang lain pada ruang yang luas disebabkan perbezaan geografi. Perkara Ini boleh dilihat apabila teori ini sebenarnya membincangkan bagaimana satu zarah itu boleh berhubung dengan zarah yang lain dalam kawasan yang luas. Perkara ini adalah salah satu perkara yang dibincangkan di dalam teori String ini. Mungkin kawan-kawan yang lain boleh berkongsi pendapat mereka mengenai teori ini dan kaitannya dalam falsafah dan komunikasi. Terima Kasih.

      NUR HAMIZAH BINTI YUSOFF
      BA15111098

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  3. Based on what I understand about String Theory, it’s all about how a small things can make a big difference. For instance, gravity. We cannot see gravity through our naked eye but we can see its effects where we can stand firm and walk on the ground instead of floating around in the air. An example of string theory in communication context is, truth. Truth may be seen as a small matter in communication field but, if we portray truth in every information that we share, it may cause a big difference where we can provide and spread useful yet undeniably true information to our society, which will benefits them in terms of knowledge and awareness of what is happening around them. That is just how String Theory works. And as I said earlier, this is all based on what I understand about String Theory. I could be wrong so I hope we can discuss further about this topic. So to my friends, I hope you can contribute in this discussion. Maybe you guys have a clear understanding regarding this topic.

    ReplyDelete