Wednesday, 14 November 2018

FALSAFAH MENURUT ISLAM



Sebelum kedatangan Islam, istilah falsafah tidak wujud di Tanah Arab. Al- Gahzali iaitu seorang tokoh falsafah Islam menegaskan bahawa ilmu kalam tidak dapat menghasilkan kesan pemikiran falsafah yang sebenar walaupun ramai ahli ilmu kalam yang cuba meyakinkan peranan akal dan pemikiran. Mereka tetap tidak dapat mencapai kebebasan akal yang sebenar (Mahmud Hamdi, 1993).



Pada awalnya, falsafah dianggap sebagai cara baru untuk mengubah pemikiran agar lebih kritis dan logik tetapi telah disalahgunakan terutamanya jika berkaitan dengan bidang ketuhanan. Sangkaan dan andaian menjadi tunjang untuk manusia membuat keputusan dan kesimpulan dalam bidang ketuhanan. Menurut Al-Ghazali, falsafah pada masa itu sebenarnya merosakkan aqidah kerana memaksa manusia menguasai sepenuhnya sesuatu kejadian walaupun terpaksa melanggar hukum akhlak dan aqidah (Mahmud Hamdi, 1993).

Tambahan lagi, Al-Ghazali menjelaskan bahawa, dalam kalangan orang arab, falsafah yang diasaskan oleh Aristotle hanya dapat diungkapkan dan diterjemah maknanya dengan betul oleh Al-Farabi dan Ibnu Sina sahaja Mahmud Hamdi, 1993). Dengan itu, dapat disimpulkan bahawa falsafah menurut Islam adalah satu usaha untuk mencari kebenaran. Falsafah yang tidak bersandarkan kepada kitab Allah SWT, maka ianya tidak benar dan hanya bersifat relatif. Selain itu, segala fikiran dan andaian merupakan falsafah individu itu sendiri dan ianya menyebabkan fenomena dan fahaman seperti liberalisme, idealisme dan kapitalisme itu wujud walaupun melanggar hukum akhlak dan aqidah.

Falsafah sebenar perlulah datangnya dari Allah SWT kerana; jika falsafah itu datangnya dari Allah, maka prinsip dan matlamatnya adalah sama (Mahmud Hamdi, 1993).




RUJUKAN

Nurfaraheen Binti Mohd Nasir. 2011. Isu-isu Falsafah Barat Menurut Pandangan Islam. Universiti Malaysia Sarawak.


MOHAMMAD ISKAM BIN JOHARI
BA16110603 

6 comments:

  1. Saya setuju dengan pendapat anda yang mengatakan bahawa falsafah perlu datang daripada Allah S.W.T.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Falsafah yang datang daripada Allah S.W.T sememangnya sangat bernilai dan seharusnya dimanfaatkan dengan baik.

      Delete
  2. Apabila menyentuh berkaitan agama, semua maklumat dan rujukan perlulah bersandarkan kepada wahyu, dan rujukan yang sebenar dan tidak boleh ada unsur tokok tambah. Keterangan yang Iskam berikan sememangnya benar, dan penggunaan gambar rajah tersebut menambahkan lagi kefahaman saya.

    ReplyDelete
  3. Sebagai seorang yang bukan beragama Islam, saya amat berhati-hati jika ingin mengulas mengenai pemahaman agama lain. Bagi saya falsafah yang diajarkan oleh Tuhan sendiri merupakan satu ajaran yang perlu dipatuhi kerana segala kekuasaan di muka bumi merupakan milik mereka.
    Selain itu, tidak semestinya semua orang akan mempercayai satu-satu falsafah agama lain namun selagi falsafah yang diajarkan oleh agama kita tidak bertentangan dengan norma masyarakat maka ianya adalah baik dan selamat dipatuhi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bersetuju dengan saudari Evonnetasya. Tidak semua orang boleh menerima pandangan dari sudut falsafah agama yang berlainan. Saya juga percaya setiap manusia mempunyai dan memegang teguh dengan ajaran yang dianuti. Tetapi kita boleh lihat dari satu sudut yang sama di mana kita boleh menggunakan ajaran yang baik dibawa oleh setiap agama. Sebagai contoh agama Islam melarang umatnya untuk mencuri. Saya percaya setiap agama juga menegah umatnya dari berbuat demikian. perkara ini boleh digunakan oleh setiap manusia di mana perkara yang baik dan memberi manfaat boleh digunakan dan sebaliknya.

      NUR HAMIZAH BINTI YUSOFF
      BA15111098

      Delete
    2. Saya amat menyokong pendapat saudari Evonnetasya dan saudari Miza. Tidak semua orang boleh menerima pandangan atau falsafah daripada agama lain. Namun sebagai manusia yang berakal, kita sepatutnya mampu bertolak ansur dan menghormati falsafah tersebut walaupun mungkin kita tidak percaya atau tidak ingin mengamalkannya. Selain itu, sebagai manusia yang berpegetahuan kita sepatutnya sentiasa cuba untuk melihat sesuatu itu dari sudut yang positif.

      Delete