Plato: The Republic
Video di atas membincangkan tentang buku yang bertajuk 'The Republic' yang ditulis oleh Plato. Buku tersebut menceritakan dan menerangkan mengenai idea-idea yang digunakan untuk mencari keadilan. Terdapat dua jenis keadilan, iaitu keadilan individual dan keadilan dalam negara. Dalam buku tersebut, terdapat juga perbincangan mengenai definisi keadilan dan mengapa kita perlu bersikap adil dalam kehidupan seharian.
Dalam kerajaan, sikap
adil perlu ada kerana ianya merupakan tunjang kepada pembentukan dan kekuatan
sesebuah negara. Sebagai contoh, pemimpin dan pihak kerajaan perlu bersikap
adil kepada rakyat untuk mengelakkan rakyat tidak rasa terpinggir dan ditindas.
Komunikasi yang berkesan juga perlu wujud antara pihak kerajaan dan rakyat bagi
memastikan keadilan dapat diwujudkan dan mencapai rasa kebersamaan.
Begitu juga dengan setiap
individu. Seseorang individu perlu mengamalkan sikap adil untuk membentuk
kesejahteraan dan mengelakkan unsur pilih kasih dan ketidakadilan dalam diri
mereka. Socratic juga mengatakan bahawa keadilan tersebut termasuklah berbuat baik
kepada rakan dan orang lain.
Kesimpulannya kesemua bab
membincangkan mengenai keadilan dan mengapa ianya perlu dipraktikkan dalam
kehidupan manusia. Keadilan jika dimanfaatkan dengan baik akan membentuk sebuah
keamanan samada dalam diri setiap individu mahupun dalam sesebuah negara.
SITI NUR HAJAR BINTI
JUNI@ANUS
BA16110060
Keadilan sememangnya tunjang utama dalam sesebuah negara. Pucuk pangkal semuanya bermula dengan individu seterusnya diaplikasikan dalam komuniti.
ReplyDeleteBagaimana kawan-kawan lihat keadilan di negara kita sekarang?
Saya melihat rakyat Malaysia sekarang tahu menilai keadilan dengan bijak. contoh yang paling ketara kita dapat lihat apabila rakyat sudah mula berani untuk memilih pucuk kepimpinan yang lain sehingga Malaysia telah bertukar kerajaan baru-baru ini. mereka merasakan kerajaan dahulu kurang prtihatin dan tidak adil dalam melaksanakan tanggungjawab dan berani mengambil risiko dengan memilih kerajaan baharu untuk memberikan keadilan yang mereka cari. Perkara ini adalah sesuatu yang pertama kali berlaku dalam sejarah Malaysia.
DeleteNUR HAMIZAH BINTI YUSOFF
BA15111098
Ya. Saya setuju dengan anda. 'Sudah terang lagi bersuluh', rakyat Malaysia pada hari ini sudah berani menuntut keadilan, berbanding pada masa dahulu di mana mereka hanya tunduk kepada pihak tertentu.
DeleteSaya menyokong pendapat saudari semua. Semuanya bernas dan berasas. Keadilan sememangnya perlu dipraktikkan kepada semua manusia. Kerana dengan berlaku adil, krisis dapat dibendung dan dielakkan.
Delete