Monday, 12 November 2018

WHAT IS PHILOSOPHY FOR?


What is Philosophy for?



Falsafah merupakan suatu usaha berfikir untuk mencari kebenaran. Ia termasuklah cara bagaimana manusia berfikir untuk mencari kebenaran mengenai suatu perkara atau peristiwa.

Pada saya, falsafah diperlukan untuk melahirkan idea-idea dan pemikiran-prmikiran yang baharu terhadap suatu perkara. Apabila manusia dapat berfikir secara falsafah, maka kebenaran mengenai suatu perkara akan dapat diperolehi dan setiap masalah yang timbul akan terjawab.

Selain itu, ia juga adalah sains untuk mengkaji segala persoalan, perkara atau peristiwa yang wujud. Dengan kata lain, ia merupakan ilmu untuk menyelidik sesuatu dengan lebih mendalam dan mencari sebab mengapa suatu peristiwa berlaku.

Cabang falsafah dapat dibahagikan kepada tiga. Ia termasuklah cabang ilmu metafizik, epistemologi dan aksiologi.


SITI NUR HAJAR BINTI JUNI@ANUS 
BA16110060

6 comments:

  1. Betul sekali Hajar, saya sangat setuju. Falsafah ni sebenarnya sebagai landasan sahaja untuk kita mencari jawapan, kebenaran, dan keadilan. Falsafah juga banyak terkait dengan ilmu-ilmu lain seperti Sains dan banyak lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bersetuju dengan saudari Fatin dan Hajar. Setiap idea-idea yang dibangunkan ini sangat berguna untuk menjadi panduan kepada masyarakat.

      NUR HAMIZAH BINTI YUSOFF
      BA15111098

      Delete
    2. Benar sekali Fatin, melalui falsafah manusia akan mampu mendapatkan pengetahuan yang dapat dijadikan sebagai panduan dalam kehidupan mereka.

      Delete
  2. Saya berpendapat falsafah adalah sesuatu yang penting untuk menghasilkan idea-idea yang baharu seiring perkembangan masa. setiap zaman memerlukan pendapat dan idea yang baharu mengenai sesuatu perkara untuk memastikan masyarakat mempunyai panduan yang benar tentang sesuatu perkara terutamanya dalam ilmu pengetahuan.

    NUR HAMIZAH BINTI YUSOFF
    BA15111098

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya menyokong pendapat Miza berkaitan topik ini. Cara manusia berfikir akan berubah selaras dengan perubahan semasa. Apa yang dirasakan benar pada suatu ketika dahulu mungkin tidak dapat dipraktikkan pada masa kini. oleh itu, ia perlu diperbaharui dan diselaraskan dengan perubahan semasa.

      Delete
  3. Terima kasih Saudari Fatin dan Miza. Pandangan anda mengenai falsafah sangat tepat. Bagaimana dengan rakan-rakan yang lain?

    ReplyDelete