Thursday, 27 December 2018

KEPENTINGAN ETIKA DALAM PERHUBUNGAN AWAM


Sebagai profesion yang terlibat dalam membina nama baik seseorang, organisasi atau idea, imej pengamal perhubungan awam mestilah bersih. Jika tidak, pengamal perhubungan awam akan menghadapi berbagai-bagai rintangan untuk mewujudkan kepercayaan dan sokongan orang ramai, sekaligus akan sentiasa dipandang serong oleh masyarakat. Pada masa kini, pandangan-pandangan yang negative terhadap peranan dan fungsi perhubungan awam masih berleluasa, malahan kian buruk apabila ada manusia yang tidak bertanggungjawab dan mengendalikan berbagai-bagai kegiatan yang tidak diingini dan menggelarkan aktiviti-aktiviti itu sebagai perhubungan awam.

Perkara yang memburukkan imej perhubungan awam lagi ialah berbagai pekerjaan atau kegiatan, sama ada positif atau negative telah mengakui sebagai profesion perhubungan awam contohnya jurujual-jurujual, pegawai-pegawai akhbar sampailah teman-teman sosial. Perkara yang menaikkan lagi nama baik profesion perhubungan awam ialah sesiapa saja boleh mengakui dirinya sebagai pakar perhubungan awam. Ini tidaklah seperti profesion yang dilindungi oleh undang-undang. Ini bermakna hanya yang lulus dalam peperiksaan yang diiktiraf boleh mengakui diri mereka sebagai peguam, doktor dan sebagainya. Pertubuhan-pertubuhan professional perhubungan awam telah mengadakan etika perhubungan awam untuk memastikan yang ahli-ahli mereka sentiasa menjaga nama baik profesion mereka. Ini termasuklah Institut Perhubungan Raya Malaysia ( IPRM ). Kod tingkah laku perhubungan awam IPRM adalah berasakan kepada kod etika Persatuan Perhubungan Awam Antarabangsa ( IPRA ) yang dipanggil “ Code of Athens ”.

Dapatlah kita simpulkan di sini semakin tinggi kedudukan pengamal perhubungan awam dalam organisasi, semakin berkesan amalan perhubungan awam dalam organisasi tersebut. Keberkesanan amalan perhubungan awam dalam organisasi ini sebenarnya bergantung kepada sejauhmana seseorang pengamal perhubungan awam mematuhi etika perhubungan awam. Justeru, pengamal perhubungan awam perlu sentiasa menunjukkan tahap kemahiran dan kompetensi profesionalisme yang tinggi dalam perlaksanaan tugas komunikasi dan mempunyai tahap keilmuan dan kemahiran dalam bidang perhubungan awam dan komunikasi bagi membina keyakinan yang tinggi di kalangan sasaran organisasi dan amalan perhubungan awam ini amat dituntut dan diperlukan semasa seseorang sedang bertugas dan pengetahuan yang lebih meluas tentang perkembangan semasa serta kaitannnya dengan dasar Jabatan atau organisasi yang dianggotai amat diperlukan semasa menyelesaikan masalah pelanggan.



MOHAMAD NUR AMIN MD ZAIN
BA16110270

KEPENTINGAN FALSAFAH KOMUNIKASI DALAM MEMBENTUK KANDUNGAN KOMUNIKASI

Falsafah pada dasarnya merupakan satu aliran pemikiran dan tidak semua masyarakat yang mampu untuk memahami maksud sebenar falsafah ini sendiri. Ianya hanya mampu difahami dan dihasilkan oleh pemikir-pemikir yang kritis dan kuat jalan pemikirannya. Namun, dalam sedar tidak sedar falsafah ini turut hadir dalam diri kita iaitu melalui cara pemikiran yang di luar jangkaan ataupun diluar kemampuan orang lain berfikir. Falsafah merupakan salah satu disiplin ilmiah yang menekankan kebenaran secara umum dan asasnya kerana ia dipengaruhi oleh ciri-ciri yang sedia ada iaitu merupakan satu usaha pemikiran yang tuntas yang mana tujuannya adalah untuk mendapatkan kebenaran. Falsafah dapat dikategorikan dalam pelbagai bidang dan falsafah komunikasi bertindak sebagai payung kepada cabang yang pelbagai. Falsafah merupakan salah satu disiplin ilmiah yang menekankan kebenaran secara umum dan asasnya kerana ia dipengaruhi oleh ciri-ciri yang sedia ada iaitu merupakan satu usaha pemikiran yang tuntas yang mana tujuannya adalah untuk mendapatkan kebenaran.

Falsafah dapat dikategorikan dalam pelbagai bidang dan falsafah komunikasi bertindak sebagai payung kepada cabang yang pelbagai.Seterusnya adalah berfikir secara radikal yang mana bermaksud mempunyai pemikiran sehingga ke akarnya dan menyelesaikan segala yang masih menjadi tanda tanya dengan penuh tanggungjawab. Manakala berfikir secara sejagat pula memberi maksud sesuatu yang tidak terhad kepada mana-mana aspek tertentu dan merangkumi keseluruhannya iaitu terdapat beberapa aspek yang mana pemikiran tersebut tidak hanya memfokuskan terhadap aspek berkenaan. Menurut John Dewey (1925), falsafah merupakan sesuatu perjuangan manusia yang mampu dilihat melalui penyesuaian di antara kumpulan tradisi yang membentuk akal manusia dengan cita-cita politik baru. Hal ini memberi maksud bahawa individu yang terlibat dalam berfalsafah sememangnya sentiasa mencari teknik atau apa sahaja cara berfikir yang dianggap olehnya mampu berkesan bagi mendapatkan kebenaran mengenai sesuatu yang disasarkan oleh individu tersebut. 

Di sini dapat dilihat bahawa falsafah mempunyai peranannya yang tersendiri dalam bidang komunikasi. Dengan adanya falsafah dalam kehidupan, akan menjadi seorang individu tersebut terhindar daripada perbuatan yang tidak bermoral kerana falsafah yang ada pada dirinya menjadikan ia sebagai seorang yang lebih berfikiran kritis. Pentingnya falsafah komunikasi dalam kehidupan disebabkan ianya mampu mengelakkan kita daripada disalah ertikan dalam sesebuah konteks dan pada masa yang sama berperanan sebagai alat untuk memahami sesuatu perkara yang baharu buat seseorang. Tidak hanya itu, ia juga menjauhkan manusia yang mempunyai pengertian mengenai falsafah untuk lebih mementingkan soal kebenaran yang berlaku disekeliling daripada menceritakan ataupun menyampaikan mengenai suatu khabar yang tidak benar. 

NUR LIYANA BINTI SULAIMAN
BA16161005

Wednesday, 26 December 2018

KEBERBALOIAN BERTEGAS PADA KEBENARAN DALAM MELAPORKAN BERITA DAN MENGHASILKAN IKLAN



Ketegasan dalam melaporkan berita amat penting. Malah, menurut Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) menegaskan bahawa sebarang laporan yang palsu atau kurang tepat, penyebaran maklumat yang tidak benar yang mana boleh mengganggu serta menggugat keamanan dan kestabilan negara merangkumi aspek ekonomi dan keselamatan nasional akan diambil tindakan tegas.

Berdasarkan kenyataan tersebut kita dapat melihat bahawa sebagai seorang wartawan merupakan alat penghubung dan penyampai maklumat kepada orang awam.  Disebabkan itu, individu tersebut perlu mengelakkan diri daripada melaporkan suatu berita yang tidak tepat ataupun yang mana maklumatnya tidak dapat atau belum ditentukan kesahihannya.

Wartawan ialah golongan profesional yang dapat mempengaruhi pandangan serta sikap masyarakat berdasarkan laporan dan penulisannya. Oleh itu, masyarakat berhak untuk mengetahui kebenaran yang disampaikan berkaitan isu-isu yang timbul. Berdasarkan kebenaran laporan yang dikeluarkan oleh wartawan, masyarakat akan tahu situasi dan keadaan sebenar yang berlaku dalam negara.

Hal ini akan memudahkan masyarakat untuk menganalisis kebenaran yang perlu mereka percayai. Sehubungan itu, ia juga dapat mengelakkan mereka dipengaruhi oleh gosip-gosip dan maklumat yang tidak diketahui kesahihannya yang mana selalu dilaporkan oleh mana-mana pihak menggunakan saluran  media sosial.

Selain itu, kebenaran dalam menghasilkan iklan boleh dilihat dalam Story of Advertising (1958), yang mana telah dipetik oleh Pollay (1978) dalam (Mohd Helmi bin Abd rahim, 2004), menceritakan berkaitan dengan pengiklanan yang dikatakan sebagai cerita tentang manusia. Dari aspek kebenaran ia menghuraikan tentang kehendak, kebiasaan, cita rasa, kelemahan, harapan serta tuntutan manusia.

Berdasarkan iklan, kita dapat melihat pada perkara sebenar bagaimana manusia menjalani kehidupan mereka sehari-hari bermula pada abad yang lalu dan sehingga keadaan mereka sekarang (hal.64). Malahan, Harper’ s Weekly dalam sebuah keluarannya pada tahun 1879, telah memberikan pandangan bahawa iklan merupakan cermin kepada kehidupan sebenar (Mohd Helmi bin Abd rahim, 2004).

Berdasarkan kenyataan tersebut kita boleh melihat bahawa kebenaran perlu diaplikasikan dalam penghasilan iklan. Hal ini kerana, ia mencerminkan kehidupan manusia yang mana merangkumi aspek kehendak, kebiasaan, cita rasa, kelemahan, harapan serta tuntutan manusia pada masa kini. Kesemua aspek tersebut dapat dilihat melalui iklan-iklan yang dihasilkan yang mana akan menjadi rujukan kepada generasi hadapan dan mereka dapat melihat cara kehidupan budaya masyarakat terdahulu melalui iklan.

Selain itu, dalam iklan, mesej yang ingin disampaikan oleh peniaga harus benar dan tidak meragukan. Sebagai contoh, maklumat tentang barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan. Ini kerana ia akan memberikan kesan kepada pengguna, malah ia juga menjadi satu pengaruh untuk pengguna melakukan keputusan pembelian yang mana juga akan membina kepercayaan pengguna terhadap jenama barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan.

DEBBIE RACHEL BALANTIS (BA15110101)

Rujukan

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. (2015). Kenyataan Media: Berpegang Kepada Kebenaran, MCMC Memperingatkan. (Atas Talian).

Mohd Helmi bin Abd Rahim. (2004). Pengiklanan dan Budaya Tempatan. Jurnal Komunikasi Jilid 20, 2004 m.s: 79-93.

Tuesday, 25 December 2018

PENGERTIAN DAN SUMBER FALSAFAH KOMUNIKASI


Falsafah adalah kecintaan kepada ilmu pengetahuan dan keinginan yang kuat oleh seseorang untuk memiliki ilmu pengetahuan dan mempraktikkannya dengan betul. Falsafah berasal daripada perkataan Greek iaitu philia yang bermaksud cinta dan Sophia yang bermaksud pengetahuan. Falsafah berasal daripada seseorang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam dan memahami mengenai sesuatu bidang ilmu. falsafah terdiri daripada logic, etika, epistemology dan juga metafizik. Tokoh-tokoh falsafah yang terkemuka adalah seperti Socrates, Plato dan Aristotle.


ANDRISIA ANDREAS (BA16110454)


Monday, 24 December 2018

"EASY WATCH" VIDEOS ON PHILOSOPHY





Video yang boleh membantu pembaca memahami dengan lebih lanjut mengenai ilmu falsafah



Video yang telah dikongsikan ini adalah mengenai falsafah yang digunkan oleh manusia untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan yang timbul. Ia adalah merupakan usaha seseorang untuk memahami kebenaran seperti alam yang mereka diami, diri sendiri serta hubungan antara manusia dan dunis ini. jika diteliti, falsafah ini telah wujud 500 tahun yang lalu dan diamalkan oleh ahli falsafah zaman kuno pada waktu itu. Ia membawa maksud cintakan kebijaksanaan. Tidak hairanlah jika seseorang yang mengamalakan falsafah ini adalah merupakan  mereka daripada golongan yang bijak pandai.

Jika kita selusuri, falsafah mempunyai bidangnya yang tersendiri. Disebabkan perkara ini, Saya menyatakan ilmu falsafah ini adalah sebuah ilmu yang sangat luas. Ia boleh jadi datangnya dari bidang sains, sains sosial, perubatan atau kejuruteraan. Dengan adanya ilmu falsafah ini saya percaya setiap persoalan bakal mampu dirungkai oleh pengamalnya. Antara perkara yang penting dalam ilmu falsafah ialah hujah-hujah yang dilontarkan oleh seseorang ahli falsafah dalam menjawab persoalan yang timbul. Ahli falsafah boleh menggunakan logik untuk menjawab persoalan yang diajukan.



DITULIS OLEH :

NUR HAMIZAH BINTI YUSOFF
BA15111098

KEPENTINGAN FALSAFAH KOMUNIKASI DALAM MEMBENTUK KANDUNGAN KOMUNIKASI
by Evonnetasya Johnny (BA16160973)

Falsafah komunikasi boleh dibahagikan kepada banyak bahagian contohnya komunikasi interpersonal, intrapersonal, perhubungan awam, periklanan dan kewartawanan serta penyiaran. Kesemua falsafah yang diwujudkan atas dasar ilmiah merupakan salah satu disiplin ilmiah yang menekankan kebenaran secara umum dan asasnya kerana ia dipengaruhi oleh ciri-ciri yang sedia ada iaitu merupakan satu usaha pemikiran yang tuntas yang mana tujuannya adalah untuk mendapatkan kebenaran.
Falsafah yang diertikan dengan cinta kepada ilmu juga bermakna bahawa sesuatu yang tidak terhad kepada mana-mana aspek tertentu dan merangkumi keseluruhannya iaitu terdapat beberapa aspek yang mana pemikiran tersebut tidak hanya memfokuskan terhadap aspek berkenaan. John Dewey (1925) mengatakan bahawa falsafah merupakan sesuatu perjuangan manusia yang mampu dilihat melalui penyesuaian di antara kumpulan tradisi yang membentuk akal manusia dengan cita-cita politik baru.
Falsafah bagi saya adalah sebuah proses memahami secara mendalam dan menitikberatkan pelbagai faktor ilmiah yang lain. Falsafah melindungi satu ilmu daripada disalahertikan kerana pemahaman setiap individu adalah berlainan. Saya melihat falsafah ini sebagai satu panduan kepada anak muda yang baru belajar memahami perkara baru. Kerana apa yang berlaku di persekitaran kita setiap hari mempunyai falsafah yang tersendiri.

Falsafah sangat penting dalam bidang komunikasi di mana ianya membantu pengamal media berfikir mengenai kehidupan dan kewujudan semua makhluk yang ada di bumi. Contohnya sebagai wartawan, mereka ditekankan agar mereka sentiasa menyebarkan kebenaran kepada masyarkat dan menjaga etika kewartawanan. Di sini kita dapat lihat bahawa kebenaran ini telah diajarkan dalam banyak agama dan diaplikasikan ke dalam kegiatan kita setiap hari. 

MENCORAKKAN KOMUNIKASI YANG BERETIKA DALAM BIDANG KEWARTAWANAN



video mengenai etika kewartawan yang boleh difahami oleh pembaca dengan lebih mudah dan berkesan



Jika dikatakan tentang etika, etika juga merupakan sebahagian dari cabang falsafah di mana etika bermaksud tingkah laku terhadap kerja yang dijalankan dengan mengikut peraturan yang tidak melanggar mana-mana etika. Etika juga dipandang sebagai sesuatu perbuatan yang sangat positif di mana pelakunya melakukan sesuatu itu dengan penuh bersungguh-sungguh dan menganggap sesuatu pekerjaan itu adalah sesuatu yang sangat penting dengan melakukannya dengan sangat beretika. Perkatan etika berasal dari perkataan Greek iaitu ‘ethos’ yang bermaksud ‘character’ atau lebih teliti lagi ia bermaksud perwatakan dan keperibadian. Menurut Gluck (1986), etika bermaksud kajian filosofikal terhadap moraliti dan menurut Shea (1988), etika bermaksud prinsip dan tingkahlaku yang mengawal seseorang individu dalam pekerjaannya serta ia merupakan suatu ‘standard’ terhadap tingkah laku seseorang.

Dalam bidang komunikasi, saya memilih bidang kewartawanan untuk diketengahkan dan dibincangkan dalam ruangan ini. Menurut Kamus Dewan (2007), wartawan adalah seorang individu yang telah ditugaskan untuk mendapatkan maklumat dan menyampaikan maklumat tersebut kepada khalayak dengan menulis berita untuk surat khabar atau majalah. Manakala definisi bagi bidang kewartawanan pula ialah bidang tugas bagi kegiatan kewartawanan yang berkaitan dengan penerbitan, penullisan surat khabar, pembaca berita dan sebagainya.

Dalam mencorakkan komunikasi yang beretika dalam bidang kewartawanan adalah dengan mematuhi dan mengikuti semua etika yang berkaitan dengan bidang kewartawanan. Menurut Faridah Ibrahim, Mohd Rajib Ghani & Mohd Adnan Hashim (2000), etika kewartawanan adalah merupakan satu sistem dan garis panduan yang merangkumi prinsip dan perilaku tingkah laku yang boleh membimbing semua wartawan berpelakuan yang baik serta bertanggungjawab dengan membezakan perkara yang baik dan buruk. Perkara ini juga adalah untuk memastikan pengamal wartawan sentiasa berada di landasan yang betul.




Wartawan yang berusaha mendapatkan maklumat dan berita yang sahih dengan penuh berdedikasi 

Sebagai seoarng wartawan, dalam profesion ini sangat mementingkan kejujuran di mana para wartawan harus menjadi seorang yang jujur dalam mengumpulkan berita dan maklumat yang diperolehi untuk disampaikan kepada khalayak. Memberikan maklumat yang benar kepada masyarakat adalah merupakan matlamat utama dalam bidang kewartawanan. Bukan itu sahaja, sebagai seorang wartawan yang mengamalkan etika kewartawanan, mereka juga haruslah menggunakan cara yang benar atau wajar dalam mendapatkan berita dan gambar. Hal ini kerana, jika wartawan menggunakan berita atau gambar orang lain ia merupakan suatu kesalahan dan melanggar etika sebagai seoarang wartawan. Kesemua bahan yang ingin digunakan haruslah mempunyai sumber yang sahih dan yang paling penting sekali adalah merupakan bahan yang dikumpul sendiri oleh wartawan tersebut.

Pelbagai kesan yang buruk boleh timbul sekiranya seoarang wartawan ini tidak menjadikan etika kewartawanan sebagai tunggak utama mereka. Pelbagai berita yang tidak benar dan sahih akan tersebar yang boleh menyebabkan masyarakat salah faham dan timbul kekecohan dari berita yang tersebar. Selain itu, bidang kewartawanan akan dipandang rendah oleh masyarakat kerana nama baik wartawan telah jatuh disebabkan perilaku mereka sendiri dalam menjalankan tugas dengan tidak mengikut ‘standard’ seoarang wartawan.

Kesimpulannya, etika dalam kewartawanan adalah merupakan panduan tingkahlaku yang harus dipatuhi oleh semua wartawan untuk mengawal perilaku mereka. Tidak hanya tertakluk kepada seorang wartawan, tetapi etika profesion ini juga harus dipatuhi oleh setiap masyarakat kerana perkara ini berkait rapat dalam kehidupan seharian kita. Etika kewartawanan ini harus dipelajari dan diamalkan oleh semua wartawan dan keberkesanan etika ini adalah bergantung kepada wartawan itu sendiri. Tanpa disiplin diri yang kuat, seoarang wartawan itu tidak akan mampu untuk mencapai etika yang telah digariskan bagi setiap wartawan.






DITULIS OLEH:

NUR HAMIZAH BINTI YUSOFF
BA15111098

KEBERBALOIAN BERTEGAS PADA KEBENARAN ATAU KEADILAN DALAM MELAPOR BERITA DAN MENGHASILKAN IKLAN


NURUL FATIN FARHANA binti AKMALUDIN
BA16110525

Menurut hukum, keadilan ialah hak dan kewajiban, di mana pelanggaran terhadap keadilan tersebut akan dikenakan hukuman berdasarkan undang-undang (Fuady,2007:118). Keadilan sering dikaitkan dengan kejujuran, kebenaran dan perkara yang berkaitan dengan hak yang sepatutnya diterima oleh seseorang.

Menurut Falsafah Yunani pula iaitu Aristotles (dalam Fuady, 2007:93) menyatakan bahawa keadilan merujuk kepada hukuman atau urutan yang perlu diikuti dan tidak boleh dilanggar oleh sesiapun. Selain itu,  seseorang itu tidak boleh mengambil lebih dari haknya. Hal ini merujuk kepada persamaan hak iaitu sama rata, seimbang, dan tidak bersifat berat sebelah.

Dalam dunia kewartawanan pula, keadilan merujuk kepada penyampaian berita daripada  gambaran yang sebenar dan jelas tentang sesuatu peristiwa .Hal ini demikian kerana, media merupakan “mata dan telinga”  kepada khalayaknya. Walau bagaimanapun, tidak semua fakta yang disampaikan dalam berita dan iklan itu datangnya daripada realiti atau perkara sebenarnya. Penyampaian berita di Malaysia kebiasaannya akan lebih berpihak atau mengikuti kepada pengelola atau pemilik syarikat media.

Berdasarkan kenyataan-kenyataan tersebut, saya berpendapat, adalah lebih berbaloi sekiranya bertegas terhadap keadilan dalam penyampaian berita dan iklan. Hal ini demikian kerana, komunikasi tidak boleh dipisahkan dari hak asasi masyarakat terhadap maklumat, serta prinsip transparansi dalam institusi dan proses-proses pemerintahan. Komunikasi memiliki sisi pendidikan. Komunikasi yang efektif tentang risiko seharusnya dihadapi bersama, misalnya fungsi dari kepemimpinan dan sebuah langkah proaktif untuk mendengar, serta berkongsi pengetahuan dan informasi.   

Sebagai contoh, hal-hal yang melibatkan agama, kaum, dan budaya perlu disampaikan secara baik dan tidak bersikap rasis dalam penyampaian berita atau iklan. Di sini,konsep keadilan yang dilanggar oleh mana-mana pihak media akan dikenakan tindakan kerana telah melanggar sensitiviti utama rakyat Malaysia. Konsep keadilan itu melibatkan hukum dan undang-undang yang telah menjaga hak asasi manusia di dalam negara. Maka di sini, hak seseorang itu dapat ditegakkan sekiranya mereka merasa dirinya terancam atau tidak selamat.

Misalnya, Isu ICERD atau segala bentuk diskriminasi kaum yang semakin hangat diperkatakan sekarang, tidak diteruskan setelah melihat kepada keburukan atau kesan yang bakal dihadapi sekiranya ianya diteruskan di Malaysia yang mempunyai masyarakat berbilang kaum. Kebanyakan laporan berita menggunakan headline yang lebih ke arah untuk menunjukkan bahawa negara lebih bersikap adil dalam mendengar atau mengambil pendapat daripada rakyat yang kebanyakannya tidak bersetuju dengan ICERD. Antaranya  daripada “Bh Online”, menggunakan Headline “Isu ICERD: Biar rakyat tentukan” , Isu ICERD:PH tidak akan langgar perlembagaan negara (Kosmo Online).

“Kumpulan yang membantah khuatir pengesahan Malaysia ke atas konvensyen berkenaan membawa implikasi negatif kepada keadaan demografi rakyat negara ini terutama Bumiputera dan Melayu kerana berpendapat, penduduk asal tidak lagi akan dilindungi keistimewaan seperti diperuntukkan dalam kontrak social”.

“Jaminan Dr Mahathir itu melegakan kerana memang sewajarnya cadangan yang sensitif seperti isu ICERD dirujuk untuk mendapatkan pandangan rakyat terlebih dahulu, selain dipastikan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia, iaitu undang-undang tertinggi yang sudah lama menyatukan rakyat kita”.
                                                                                              (Sumber: BH Online)

“Malaysia mempunyai pelbagai kaum, agama dan budaya serta mengamalkan cara kehidupan yang berbeza dengan negara-negara lain, apa yang penting kita perlu menjaga kesejahteraan dan keamanan serta hubungan baik antara kaum yang ada di negara kita," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP), Pagoh, di sini hari ini”. 

“Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata PH adalah kerajaan yang bertanggungjawab dan segala keputusan yang akan diambil dalam pelaksanaan ratifikasi ICERD akan diteliti dan mengambil kira kepentingan semua pihak”.
                                                                                           (Sumber: Kosmo Online)




Sunday, 23 December 2018


KESESUAIAN MENERAPKAN FALSAFAH YANG TIDAK BERSANDARKAN AGAMA DALAM PRAKTIS KOMUNIKASI

Pada pendapat saya, agama merupakan aspek yang perlu dititikberatkan dalam falsafah untuk berkomunikasi.  Falsafah bertujuan untuk mengubah pemikiran manusia agar berfikiran lebih kritis dan logik. Falsafah yang tidak bersandarkan kepada agama dianggap tidak benar kerana ianya akan menyebabkan wujud fahaman-fahaman lain seperti idealisme dan sebagainya.

Namun begitu, tidak semestinya semua falsafah perlu bersandarkan kepada agama.  Hal ini demikian kerana apabila falsafah tersebut dilihat atau diyakini sesuai untuk digunakan dalam berkomunikasi, maka ianya boleh digunakan. Selain itu, falsafah juga boleh diperolehi melalui penyelidikan atau kajian daripada tokoh-tokoh terdahulu. Berdasarkan kepada kajian tersebut, maka falsafah wujud dan menjadi panduan masyarakat sehingga ke hari ini. Antara tokoh-tokoh falsafah pada zaman dahulu ialah Plato, Socrates dan Aristotle.

Falsafah sebenarnya boleh diperolehi melalui pemikiran yang logik dan kritis, dan mampu menjawab persoalan-persoalan yang akan timbul pada masa akan datang. Sebagai contoh, apabila pertanyaan masyarakat dapat dijawab dengan bersandarkan falsafah tersebut,  maka ianya adalah sesuai digunakan dan boleh dikomunikasikan untuk menerangkan suatu perkara atau isu.

Selain itu, kesesuaian falsafah tersebut yang tidak bersandarkan kepada agama perlu dipercayai, diyakini dan diterima oleh semua orang. Meskipun ianya diperolehi mengikut kesesuaian, tetapi kepercayaan dan keyakinan masyarakat untuk menggunakan falsafah tersebut perlulah tinggi. Hal ini demikian kerana kewujudan falsafah tersebut akan mula dipersoalkan jika sesetengah orang tidak percaya dan yakin mengenai falsafah tersebut dan tidak mustahil jika mereka akan membangkitkan pula isu agama.

Sebagai kesimpulan, kesesuaian falsafah tanpa bersandarkan pada agama diperbolehkan, asalkan ianya diterima dan dipercayai manusia sejagat.  Falsafah tersebut perlulah kuat dan mampu menjawab soalan-soalan yang timbul dalam masyarakat.  Hal ini penting bagi memastikan kewujudannya kekal dan boleh digunapakai dalam mana-mana perkara yang akan dikomunikasikan.

SITI NUR HAJAR BINTI JUNI@ANUS
BA16110060

Wednesday, 14 November 2018

PENGENALAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Berikut merupakan ahli kumpulan bagi tugasan AK30103 Falsafah Komunikasi, Universiti Malaysia Sabah (UMS):

  1. ANDRISIA ANDREAS (BA16110454)
  2. DEBBIE RACHEL BALANTIS (BA15110101)
  3. EVONNETASYA JOHNNY (BA16160973)
  4. MOHAMAD NUR AMIN BIN MD ZAIN (BA16110270)
  5. MOHAMMAD ISKAM BIN JOHARI (BA16110603)
  6. NUR HAMIZAH BINTI YUSOFF (BA15111098)
  7. NUR LIYANA BINTI SULAIMAN (BA16161005)
  8. NURUL FATIN FARHANA BINTI AKMALUDIN (BA16110525)
  9. SITI NUR HAJAR BINTI JUNI@ANUS (BA16110060)

SOCRATIC METHOD




Socratic Method


Menurut daripada video yang diberikan, apa yang dapat disimpulkan mengenai kaedah socratic adalah ianya ubertujuan untuk membincangkan konsep-konsep kunci moral. Kunci-kunci moral yang dimaksudkan adalah seperti kebaikan dan keadilan. Untuk menyelesaikan suatu permasalahan, seseorang akan bertanyakan soalan dan setelah menemui jawapannya, individu tersebut akan menemui jawapan bagi menyelesaikan masalahnya. Dalam kaedah ini, suatu rangkaian soalan-soalan diajukan untuk membantu seseorang atau sebuah kumpulan untuk mengetahui kepercayaan dasar mereka dan sejauh mana pengetahuan yang dimiliki oleh individu tersebut. Kaedah socratic ialah kaedah negatif pengahapusan hipotesis (hypothesis elimination), di mana hipotesis-hipotesis yang membawa kontradiksi. Ia direka bentuk untuk memaksa seseorang memeriksa kepercayaannya dan kesahihan kepercayaan tersebut. Ini adalah ketika sebuah gaya kelas pembelajaran didasarkan pada pemahaman melalui dialog, bukan kuliah.

Nur Liyana Binti Sulaiman
BA16161005

FALSAFAH MENURUT ISLAM



Sebelum kedatangan Islam, istilah falsafah tidak wujud di Tanah Arab. Al- Gahzali iaitu seorang tokoh falsafah Islam menegaskan bahawa ilmu kalam tidak dapat menghasilkan kesan pemikiran falsafah yang sebenar walaupun ramai ahli ilmu kalam yang cuba meyakinkan peranan akal dan pemikiran. Mereka tetap tidak dapat mencapai kebebasan akal yang sebenar (Mahmud Hamdi, 1993).



Pada awalnya, falsafah dianggap sebagai cara baru untuk mengubah pemikiran agar lebih kritis dan logik tetapi telah disalahgunakan terutamanya jika berkaitan dengan bidang ketuhanan. Sangkaan dan andaian menjadi tunjang untuk manusia membuat keputusan dan kesimpulan dalam bidang ketuhanan. Menurut Al-Ghazali, falsafah pada masa itu sebenarnya merosakkan aqidah kerana memaksa manusia menguasai sepenuhnya sesuatu kejadian walaupun terpaksa melanggar hukum akhlak dan aqidah (Mahmud Hamdi, 1993).

Tambahan lagi, Al-Ghazali menjelaskan bahawa, dalam kalangan orang arab, falsafah yang diasaskan oleh Aristotle hanya dapat diungkapkan dan diterjemah maknanya dengan betul oleh Al-Farabi dan Ibnu Sina sahaja Mahmud Hamdi, 1993). Dengan itu, dapat disimpulkan bahawa falsafah menurut Islam adalah satu usaha untuk mencari kebenaran. Falsafah yang tidak bersandarkan kepada kitab Allah SWT, maka ianya tidak benar dan hanya bersifat relatif. Selain itu, segala fikiran dan andaian merupakan falsafah individu itu sendiri dan ianya menyebabkan fenomena dan fahaman seperti liberalisme, idealisme dan kapitalisme itu wujud walaupun melanggar hukum akhlak dan aqidah.

Falsafah sebenar perlulah datangnya dari Allah SWT kerana; jika falsafah itu datangnya dari Allah, maka prinsip dan matlamatnya adalah sama (Mahmud Hamdi, 1993).




RUJUKAN

Nurfaraheen Binti Mohd Nasir. 2011. Isu-isu Falsafah Barat Menurut Pandangan Islam. Universiti Malaysia Sarawak.


MOHAMMAD ISKAM BIN JOHARI
BA16110603 

PHILOSOPHY OF COMMUNICATION?



Objectives - Philosophy of Communication
Communication has been an integral part of philosophy. We cannot study communication without philosophy. Communication is the foundational dimension embodied by the section. Philosophy of communication is concerned with questions regarding theory formation and methodology in communication scholarship, and with fundamental questions regarding the place of communication in human existence. 

Philosophical reflection on communication may set free practices and insights which may help mitigate structures of oppression in self, culture and society and foster an open, critical debate. Philosophy of communication encompasses a variety of concerns including reflective, theoretical, analytical, normative and historical questions relating to communication as a phenomenon, a dialectical process, a social reality, a form of expression, a theoretical construct or a paradox.

ANDRISIA ANDREAS
BA16110454

FALSAFAHKAN: VIDEO 2 “THIS IS WHY GOING TO COLLAGE IS A WASTE OF TIME FT. MATTHEW MCCONOUGHEY”


Is education a waste of time for married women? (1961)

Pendidikan amatlah penting kepada semua lapisan masyarakat tidak kira ia melibatkan lelaki ataupun perempuan. Ini kerana belajar adalah satu proses mencari, memahami dan menganalisis suatu keadaan sehingga wujudnya perubahan kepada perilaku. Belajar mempunyai peranan yang penting dalam kehidupan semua manusia tanpa mengira peringkat umur, bangsa, agama dan lain-lain. Belajar mampu mendapatkan kepercayaan kepada diri sendiri dan membantu membangunkan keperibadian seseorang.


Saya berpendapat bahawa mentaliti yang menganggap wanita yang berkahwin dan belajar hanya membuang masa adalah satu tanggapan yang salah. Seiring dengan kemajuan dunia pada masa kini wanita seharusnya bersaing dan berjalan seiring dengan lelaki kerana wanita juga mampu memberi sumbangan kepada kemajuan sektor-sektor tertentu dalam negara kita. Malahan, terdapat sektor pekerjaan yang sebelum ini hanya tertumpu pada lelaki dapat dilakukan dengan lebih baik oleh wanita.Seorang wanita yang berpendidikan adalah mereka yang punya sikap yang baik, mereka yang punya fikiran terbuka, punya wawasan yang luas, kreatif dan mempunyai keyakinan. Apabila wanita berkahwin itu punya pendidikan, segala hal rumah tangga dapat diurus dengan efektif dan teratur. Tidak salah sekiranya wanita yang berkahwin itu belajar,  kerana selagi kita hidup di dunia ini kita seharusnya terus menerus mencari ilmu.



Ditulis oleh:


DEBBIE RACHEL BALANTIS 

BA15110101

Tuesday, 13 November 2018

DIMENSIONS OF REALITY? WATCH AND DISCUSS HOW WOULD YOU APPLY THIS TO THE VARIOUS AREAS OF COMMUNICATION?



Dimensions of reality? Watch and discuss how would you apply this to the various areas of communication?


String teori bermakna satu teori yang boleh menjelaskan setiap unsur-unsur kehidupan yang wujud dalam kehidupan kita sehari-hari. Teori ini membawa kita memahami bagaimana sesuatu benda boleh wujud dan bagaimana ia terbina bermula dengan perkara yang sangat kecil seperti unsur-unsur molekul.

String teori yang juga boleh difahami sebagai teori tali bermaksud setiap benda yang wujud di dunia ini mempunyai satu penjana yang menjadikan benda tersebut boleh melakukan fungsinya. Contohnya seperti buah rambutan, buah ini tumbuh kerana bijinya ditanam di tanah, biji tersebut akan melakukan fungsinya dan membesar di dalam tanah dan tumbuh besar apabila buah tersebut telah cukup mendapat nutrisi daripada alam sekitar yang menghidupkannya.
Teori yang mendalam ini wujud kerana Kaluza dan Klein ingin membuktikan bahawa setiap benda fizik di dunia ini wujud kerana bantuan sains seperti electron dan molekul. Walaupun teori ini susah dijelaskan secara tepat ianya lebih terarah kepada bagaimana sesuatu perkara itu boleh wujud.
Bagaimana teori ini boleh digunakan dalam dunia komunikasi dan perkaitannya adalah bagi saya setiap peristiwa yang dirancang mahupun yang telah wujud secara semulajadi mempunyai tujuan masing-masing di dunia ini. Contohnya dalam bidang penyiaran drama televisyen, perkara penting yang pertama kru produksi harus tetapkan ialah tujuan mereka dan sasaran mereka sepanjang proses penyiaran tersebut habis. Perkara asas ini merupakan akar umbi bagi mereka untuk menjalankan projek.

Bidang komunikasi seperti yang diketahui oleh pengamalnya, proses menyampaikan sesuatu mesej merupakan benda penting yang harus mereka fasih dan cekap kerana kesilapan menyampaikan sesuatu mesej boleh mengubah banyak perspektif mesej dan pemahaman seseorang. Sama seperti teori tali ini digunakan untuk menjelaskan perkara yang tidak wujud di mata kasar manusia, teori ini apabila digunakan dalam bidang komunikasi adalah apabila medium yang digunakan dalam proses penyampaian mesej boleh memberi impak positif dan negatif.

EVONNETASYA JOHNNY 
BA16160973

PHILOSOPHY OF COMMUNICATION WITH DR GREG KIELMEYER

Lecture 3 - Philosophy of Communication with Dr. Greg Kielmeyer
Menurut pemahaman saya daripada video yang dikongsi, komunikasi pada dasarnya adalah pemberian ataupun datang daripada Tuhan. Dalam video tersebut menyatakan bahawa lelaki terawal yang turun ke bumi tanpa mengetahui sebarang bahasa dan tidak mempunyai pengetahuan untuk berkomunikasi adalah Adam. Namun dengan kurniaan yang diterima daripada Tuhan, Adam lambat laun mampu untuk berkomunikasi walaupun pada asalnya Adam tidak mempunyai sebarang bahasa untuk berkomunikasi.

Tidak hanya itu, dalam video tersebut juga ada menyatakan mengenai pentingnya ilmu dalam berkomunikasi kerana dengan adanya ilmu kita dapat membezakan cara berkomunikasi yang betul dan cara berkomunikasi yang tidak betul. Dengan ini, manusia mampu untuk membezakan dengan baik antara baik dan buruk dalam menyampaikan maklumat ataupun semasa berkomunikasi. Dapat dilihat bahawa komunikasi memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita keranan ianya mampu memberikan impak kepada kita.Sekiranya kita tidak tahu untuk berkomunikasi dengan baik pastinya kehidupan kita akan terkesan dengannya yang hanya disebabkan oleh kecuaian kita yang tidak mengamlkan dan memanfaatkan cara berkomunikasi yang tidak benar. Maka itu, kita perlulah sentiasa belajar untuk memperoleh ilmu yang baik dan yang bermanfaat kerana dengan ilmu yang dimiliki secara tidak langsung kita tahu membezakan antara benda yang baik dan buruk. Tidak hanya itu, kita juga secara tidak sedarnya mampu untuk berkomunikasi dengan baik disebabkan ilmu yang ada pada diri kita.

Selain itu, dalam video tersebut ada menyentuh mengenai kedudukan manusia di dunia. Walaupun individu tersebut mempunyai kedudukan yang tinggi dalam pekerjaan tidak menandakan bahawa individu tersebut perlu bersifat acuh tidak acuh apabila berkomunikasi dengan orang bawahannya. Hal ini demikian kerana walaupun terdapat perbezaan dari segi pangkat ataupun kedudukan, sebagai manusia kita masih mempunyai kedudukan yang sama rata di sisi Tuhan. Tidak hanya itu, setiap individu perlulah tahu untuk menggunakan bahasa apabila berkomunikasi dengan orang sekeliling agar persefahaman dalam berkomunikasi dapat dicapai dalam erti kata lain menggunakan bahasa yang sama dengan individu tersebut agar memudahkan mereka untuk memahami maklumat yang ingin disampaikan.

Kesimpulannya, sebagai manusia kita perlulah sentiasa bersifat terbuka dan sentiasa mengamlkan sifat sentiasa ingin mencari ilmu kerana dengan ilmu yang dimiliki secara tidak langsung mampu menggambarkan diri kita dan mampu untuk berkomunikasi dengan baik keranan tahu akan benda baik dan buruk.



NUR LIYANA BINTI SULAIMAN

BA16161005

WESTERN PHILOSOPHY


                                              
Philosophy - Plato


Western philosophy merujuk kepada ahli falsafah yang berada di negara-negara barat dan juga negara-negara eropah seperti Athens, Greece dan Rome. Dalam video ini, ahli falsafah terkemuka yang diketengahkan adalah Plato iaitu seorang ahli falsafah yang berasal dari Athens. Plato mengabdikan diri untuk mencapai suatu kejayaan iaitu membantu manusia untuk mencapai peringkat Euduimonia atau dikenali sebagai kejayaan dan kegemilangan. Plato mempunyai empat idea yang besar untuk menjadikan hidup ini lebih Berjaya.

Idea pertama ialah memperbanyakkan untuk berfikir. Dalam kehidupan kita harus memikirkan tentang bagaimana untuk menjalani kehidupan ini dengan lebih baik. Plato ada menulis dalam karya mengenai doxa atau pendapat popular. Ia membincangkan tentang prejudis, mempercayai perkara karut dan mencari kesalahan. Plato menyatakan untuk berhenti berfikir bahawa bagi menjadi seseorang yang popular atau dikenali ramai adalah sesuatu yang bagus dan hanya duit semata-mata yang boleh membahagiakan kehidupan. Masalah yang timbul dari doxa atau pendapat popular ini adalah ia mendatangkan nilai yang buruk dalam kerjaya dan perhubungan. Penyelesaian daripada masalah ini menurut Plato adalah dengan mengenali diri sendiri. Dengan mengenali diri sendiri ia membantu kita untuk mendalami dan memahami idea-idea yang diperoleh dan bukannya terus mengambil tindakan terhadap idea tersebut.

Seterusnya idea yang kedua ialah membiarkan pasangan mengubah diri kita. Menurut Plato, pasangan kita seharusnya mempunyai kualiti yang baik. Pasangan yang benar-benar tepat untuk kita adalah individu yang dapat membantu dan menyokong sepenuhnya potensi yang seseorang pasangan itu perolehi. Sebagai pasangan juga mereka harus mendidik antara satu sama lain untuk mengaharungi fasa yang bergolak dalam hubungan. Idea yang ketiga ialah merungkaikan mesej kecantikan. Secara realitinya semua orang menyukai perkara yang cantik dan indah. Tetapi Plato adalah individu yang pertama mempersoalkan kenapa manusia hanya tertarik kepada perkara yang cantik. Beliau menemui sebab mengapa manusia hanya menyukai perkara yang cantik dan indah. Perkara ini adalah disebabkan perkara yang cantik dan indah ini menggambarkan kehidupan yang baik. Ia dapat membantu untuk mendidik jiwa kita dari sebarang perkara yang buruk yang boleh menghalang kita untuk menjadikan waras, baik dan tenang.

Idea yang terakhir ialah membangunkan masyarakat. Plato telah terinspirasi dari pejuang-pejuang Athen iaitu orang-orang Sparta. Beliau terinspirasi tentang bagaimana mereka membesarkan anak-anak, mengurus ekonomi dan sebagainya untuk mencapai sesuatu kejayaan. Orang-orang Sparta juga sangat terkenal dengan kejayaan dalam sistem ketenteraan mereka. Tetapi bagi Plato bukan perkara itu yang dikendaki dalam membangunkan masayarakat. Beliau hanya ingin tahu bagaimana masayarakat menjadi lebih baik dengan inspirasi yang diperoleh dari masyarakat Sparta.

Kesimpulannya, Plato mengetengahkan ideanya serta beliau juga menulis dalam karyanya agar dapat membantu manusia untuk mencapai kejayaan yang dianggap sebagai kejayaannya kerana dapat membantu manusia untuk mengubah kehidupan mereka. Idea-idea ini membantu untuk manusia berfikir serta dapat mengaplikasikan idea yang diketengahkan Plato untuk lebih berjaya dalam kehidupan.

Ditulis oleh:
NUR HAMIZAH BINTI YUSOFF
BA15111098

Monday, 12 November 2018

WHAT IS PHILOSOPHY ? INTRO TO THE PHILOSOPHY OF THE HUMAN PERSON – PHILO- NOTES DAILY WHITEBOARD




What Is Philosophy? - Intro to the Philosophy of the Human Person


Berdasarkan video tersebut, Falsafah didefinisikan sebagai kebijaksanaan yang terhasil daripada dua perkataan iaitu "Philia" yang bermaksud Cinta dan "Sophia" yang bermaksud Kebijaksanaan. Secara keseluruhannya ia merujuk kepada cinta kepada kebijaksanaan. "Wisdom" pula merujuk kepada ilmu pengetahuan. Dalam konteks "Love of Wisdom", ia merujuk kepada cinta kepada ilmu pengetahuan. Falsafah juga boleh dilihat sebagai Sains yang mana mengkaji benda hidup dan bukan hidup. Sebagai contoh persoalan yang timbul seperti kewujudan tuhan. Falsafah juga boleh dirujuk untuk menjawab persoalan secara fizikal mahupun logikal. Persoalan-persoalan tersebut mendapat pandangan yang berbeza-beza daripada para filosofi pada zaman dahulu namun masih boleh dirujuk pada hari ini. Filosofi dapat dibahagikan kepada 4 definisi yang berbeza iaitu Epistemologi, Logik, Metafizik, dan Etika. 

Metafizik merupakan elemen utama dalam pembentukan falsafah yang mana ianya merupakan sesuatu yang wujud namun tidak dapat dilihat atau dirasai. Hal ini dapat dilhat melalui persoalan yang timbul tadi iaitu kewujudan Tuhan. Metafizik juga dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu metafizik umum atau dikenali sebagai ontologi dan metafizik istimewa (kosmologi, psikologi @ antropologi dan teologi semula jadi). Ontologi dalam general metafizik bermaksud kajian tentang semua perkara yang wujud yang mana mengkaji prinsip awal tentang kewujudan semua perkara. Kosmologi bermaksud kajian tentang alam semesta. Manakala, psikologi bermaksud mengkaji tentang roh dan fikiran seseorang tentang bagaimana minda seseorang itu berfungsi dan bagaimana kelakuannya. Teologi pula bermaksud kajian mengenai tuhan dan justifikasi tentang kebaikan tuhan dalam kewujudan anasir jahat.

Epistomologi pula merujuk kepada kajian tentang sifat dan skop pengetahuan serta justifikasi kepercayaan. Logik pula adalah kajian tentang prinsip dan kriteria hujah yang sah. Akhir sekali ialah etika yang merujuk kepada moraliti tindakan manusia bagaimana mereka bertindak. Namun begitu, etika dan moraliti adalah dua konteks yang berbeza. Hal ini demikian kerana Etika merujuk kepada kod peraturan yang sedia ada, sebaliknya ,moraliti pula merujuk kepada bagaimana manusia bertindak dengan kod peraturan yang sudah ditetapkan.




NURUL FATIN FARHANA BINTI AKMALUDIN
BA16110525

WHAT IS PHILOSOPHY FOR?


What is Philosophy for?



Falsafah merupakan suatu usaha berfikir untuk mencari kebenaran. Ia termasuklah cara bagaimana manusia berfikir untuk mencari kebenaran mengenai suatu perkara atau peristiwa.

Pada saya, falsafah diperlukan untuk melahirkan idea-idea dan pemikiran-prmikiran yang baharu terhadap suatu perkara. Apabila manusia dapat berfikir secara falsafah, maka kebenaran mengenai suatu perkara akan dapat diperolehi dan setiap masalah yang timbul akan terjawab.

Selain itu, ia juga adalah sains untuk mengkaji segala persoalan, perkara atau peristiwa yang wujud. Dengan kata lain, ia merupakan ilmu untuk menyelidik sesuatu dengan lebih mendalam dan mencari sebab mengapa suatu peristiwa berlaku.

Cabang falsafah dapat dibahagikan kepada tiga. Ia termasuklah cabang ilmu metafizik, epistemologi dan aksiologi.


SITI NUR HAJAR BINTI JUNI@ANUS 
BA16110060

GETTING TO KNOW PLATO'S REPUBLIC. WHERE DID HE COMMENTED ANYTHING TO DO WITH COMMUNICATION?


Plato: The Republic 

Video di atas membincangkan tentang buku yang bertajuk 'The Republic' yang ditulis oleh Plato. Buku tersebut menceritakan dan menerangkan mengenai idea-idea yang digunakan untuk mencari keadilan. Terdapat dua jenis keadilan, iaitu keadilan individual dan keadilan dalam negara. Dalam buku tersebut, terdapat juga perbincangan mengenai definisi keadilan dan mengapa kita perlu bersikap adil dalam kehidupan seharian.

Dalam kerajaan, sikap adil perlu ada kerana ianya merupakan tunjang kepada pembentukan dan kekuatan sesebuah negara. Sebagai contoh, pemimpin dan pihak kerajaan perlu bersikap adil kepada rakyat untuk mengelakkan rakyat tidak rasa terpinggir dan ditindas. Komunikasi yang berkesan juga perlu wujud antara pihak kerajaan dan rakyat bagi memastikan keadilan dapat diwujudkan dan mencapai rasa kebersamaan.

Begitu juga dengan setiap individu. Seseorang individu perlu mengamalkan sikap adil untuk membentuk kesejahteraan dan mengelakkan unsur pilih kasih dan ketidakadilan dalam diri mereka. Socratic juga mengatakan bahawa keadilan tersebut termasuklah berbuat baik kepada rakan dan orang lain.

Kesimpulannya kesemua bab membincangkan mengenai keadilan dan mengapa ianya perlu dipraktikkan dalam kehidupan manusia. Keadilan jika dimanfaatkan dengan baik akan membentuk sebuah keamanan samada dalam diri setiap individu mahupun dalam sesebuah negara.


SITI NUR HAJAR BINTI JUNI@ANUS 
BA16110060

Sunday, 11 November 2018

Falsafah (wisdom=kebijaksanaan) boleh ditemui (ye ke?) dengan, 1. Ikut otak semata-mata 2. Ikut hati semata-mata 3. Ikut nafsu semata-mata 4. Ikut 1, 2, dan 3 mengikut kadar-kadar yg munasabah 5. Ikut "agama" dengan melulu (tidak memahami maqasid) 6. Ikut ajaran mereka yg mungkin juga keliru Apa pilihan kita? Apa kekusutan besar yg mesti dirungkaikan?



Menurut Abdullah Ishak (1995), falsafah didefinisikan sebagai suatu usaha ke arah mencintai, mencari, mengkaji dan menggapai sesuatu perkara dengan menggunakan kecerdasan akal fikiran dan kebijaksanaannya untuk mendapatkan kebenaran dan keyakinan yang hakiki. Walaupun begitu, ada yang berpendapat bahawa falsafah adalah suatu yang amat sukar untuk ditakrif dengan lengkap dan menyeluruh. Dalam konteks ini, manusia/kita semestinya tidak begitu yakin lalu mengikut 1,2,3 mengikut kadar -kadar yang munasabah kerana falsafah-falsafah yang sedia ada diutarakan oleh para filosofi suatu ketika dahulu. Tambahan lagi, para filosofi adalah manusia sama seperti kita yang mempunyai otak, hati dan nafsu, kita sendiri pun tidak tahu / begitu pasti dari mana / keadaan apa yang mendorong mereka mengemukakan falsafah tertentu. Oleh itu, kemungkinan falsafah yang dikemukakan bersesuaian dengan keadaan-keadaan tertentu sahaja dan pada pendapat saya, tidak ada masalah pun kalau kita tidak mengikuti falsafah itu sepenuhnya.

NURUL FATIN FARHANA BINTI AKMALUDIN
BA16110525