Sebagai profesion yang terlibat dalam membina nama baik
seseorang, organisasi atau idea, imej pengamal perhubungan awam mestilah
bersih. Jika tidak, pengamal perhubungan awam akan menghadapi berbagai-bagai
rintangan untuk mewujudkan kepercayaan dan sokongan orang ramai, sekaligus akan
sentiasa dipandang serong oleh masyarakat. Pada masa kini, pandangan-pandangan
yang negative terhadap peranan dan fungsi perhubungan awam masih berleluasa,
malahan kian buruk apabila ada manusia yang tidak bertanggungjawab dan
mengendalikan berbagai-bagai kegiatan yang tidak diingini dan menggelarkan
aktiviti-aktiviti itu sebagai perhubungan awam.
Perkara yang memburukkan imej perhubungan awam lagi ialah
berbagai pekerjaan atau kegiatan, sama ada positif atau negative telah mengakui
sebagai profesion perhubungan awam contohnya jurujual-jurujual, pegawai-pegawai
akhbar sampailah teman-teman sosial. Perkara yang menaikkan lagi nama baik
profesion perhubungan awam ialah sesiapa saja boleh mengakui dirinya sebagai
pakar perhubungan awam. Ini tidaklah seperti profesion yang dilindungi oleh
undang-undang. Ini bermakna hanya yang lulus dalam peperiksaan yang diiktiraf
boleh mengakui diri mereka sebagai peguam, doktor dan sebagainya. Pertubuhan-pertubuhan
professional perhubungan awam telah mengadakan etika perhubungan awam untuk
memastikan yang ahli-ahli mereka sentiasa menjaga nama baik profesion mereka.
Ini termasuklah Institut Perhubungan Raya Malaysia ( IPRM ). Kod tingkah laku
perhubungan awam IPRM adalah berasakan kepada kod etika Persatuan Perhubungan
Awam Antarabangsa ( IPRA ) yang dipanggil “ Code of Athens ”.
Dapatlah kita simpulkan di sini semakin tinggi kedudukan
pengamal perhubungan awam dalam organisasi, semakin berkesan amalan perhubungan
awam dalam organisasi tersebut. Keberkesanan amalan perhubungan awam dalam
organisasi ini sebenarnya bergantung kepada sejauhmana seseorang pengamal
perhubungan awam mematuhi etika perhubungan awam. Justeru, pengamal perhubungan
awam perlu sentiasa menunjukkan tahap kemahiran dan kompetensi profesionalisme
yang tinggi dalam perlaksanaan tugas komunikasi dan mempunyai tahap keilmuan
dan kemahiran dalam bidang perhubungan awam dan komunikasi bagi membina
keyakinan yang tinggi di kalangan sasaran organisasi dan amalan perhubungan
awam ini amat dituntut dan diperlukan semasa seseorang sedang bertugas dan
pengetahuan yang lebih meluas tentang perkembangan semasa serta kaitannnya
dengan dasar Jabatan atau organisasi yang dianggotai amat diperlukan semasa
menyelesaikan masalah pelanggan.
MOHAMAD NUR AMIN MD ZAIN
BA16110270
Betul tu Amin.... Tugas sebagai PRO sememangnya sangat penting sebagai penghubung kepada pihak media mahupun sebuah organisasi. Maka dengan itu, etika dan profesionalisme menjadi keutamaan kepada PRO.
ReplyDeleteBagaimana kita hendak melihat tahap profesionalisme PRO, dan apakah etika yang perlu dipatuhi oleh mereka?? Boleh bagi contoh....
Tahap profesionalisme PRO mungkin dapat dilihat melalui cara mereka mengendalikan suatu situasi dalam sidang 'press conference'. Sebagai contoh, mereka memberikan jawapan yang jelas mengenai suatu perkara kepada wartawan.
DeleteEtika yang perlu mereka patuhi ialah elakkan melakukan plagiat, seperti meniru iklan syarikat lain dan sebagainya.
Pada pendapat saya, Kepentingan etika dalam perhubungan awam ialah memastikan PRO menyampaikan maklumat dengan lebih jelas dan tepat kepada orang awam. Tugas sebenar PRO adalah sama seperti tanggungjawab wartawan. Oleh itu, keperluan etika sangat penting bagi mendidik dan mengelakkan PRO melakukan perkara-perkara yang salah dan melanggar etika mereka sebagai pihak yang berkepentingan dalam sesebuah syarikat.
ReplyDeleteTepat tu Hajar. Tapi sebagai seorang PRO juga meraka harus berhati-hati ketika menyampaikan maklumat kepada pelanggan mereka. Mereka tidak harus memberitahu semua perkara yang dihadapi oleh organisasi sehingga mendatangkan keburukan kepada organisasi tersebut.
DeleteSeorang pengamal Pengamal Perhubungan awam semestinya perlu mengamalkan etika dan professionalism dalam menjalankan tugas mereka. Perkara ini adalah untuk memastikan khalayak untuk mempercayai dan meyakini mereka dan semua ini penting untuk menjaga imej organisasi tempat mereka berkerja. Semua pendapat yang dihuraikan oleh saudari Amin amat berguna.
ReplyDeletetrima kasih kpd saudara andrisia kerana telah membaca dan ambil pengetahuan
DeleteBy MOHAMAD NUR AMIN MD ZAIN (BA16110270)
DeleteDi sini saya ingin ajukan soalan iaitu sejauhmanakah keberkesanan amalan perhubungan awam dalam organisasi ?
ReplyDeleteBY MOHAMAD NUR AMIN MD ZAIN (BA16110270)
DeleteSangat penting bagi pengamal PR untuk menjalankan tugas mengikut etika yang telah ditetapkan. Lebih-lebih lagi mereka berhadapan dengan masyarakat setiap hari. Dengan menjadikan etika sebagai garis panduan mereka ia akan dapat membimbing mereka menjadi pekerja yang baik.
ReplyDeleteYa, saya sangat bersetuju dengan pandangan saudari Hamizah bahawa pengamal perhubungan awam menjadikan etika sebagai garis panduan untuk membimbing mereka menjadi seorang pekerja yang baik.
DeletePada pendapat saya pula pengamal perhubungan awam sememangnya perlu mengikut etika pekerjaan yang telah ditetapkan bukan hanya kerana untuk membimbing mereka menjadi seorang pekerja yang baik, ia juga kerana mereka sedar akan tanggungjawab mereka untuk mencapai matlamat sesebuah organisasi.
Menurut pembacaan saya dalam jurnal Komunikasi “Peranan Perhubungan Awam dalam Pengurusan Masa kini: Satu Penilaian Semula”, seorang pengamal perhubungan awam adalah satu alat yang kuat digunakan oleh organisasi untuk membina identiti korporat. Hal itu merangkumi segala kegiatan pengaliran maklumat daripada organisasi kepada publik agar polisi serta organisasi dapat diterima dan dimanfaatkan bersama.
Selain itu, seorang pengamal perhubungan awam juga bertanggungjawab untuk menghadapi krisis secara rasional dan untuk mengembalikan perasaan keyakinan di kalangan mereka yang menilai (publik/orang awam). Malah, mereka juga membantu memajukan kebajikan masyarakat. Dengan adanya berbagai-bagai kegiatan ini, polisi serta operasi organisasi akan dapat membantu menjamin kebajikan masyarakat.
Oleh itu, berdasarkan kenyataan yang saya nyatakan di atas disebabkan kesedaran para pengamal perhubungan awam pada tanggungjawab yang perlu mereka laksanakan dan mereka sebagai alat untuk sebuah organisasi mencapai matlamat yang telah ditetapkan mereka akan lebih cenderung untuk merujuk etika kerja sebelum menjalankan tugas mereka.