Thursday, 27 December 2018

KEPENTINGAN ETIKA DALAM PERHUBUNGAN AWAM


Sebagai profesion yang terlibat dalam membina nama baik seseorang, organisasi atau idea, imej pengamal perhubungan awam mestilah bersih. Jika tidak, pengamal perhubungan awam akan menghadapi berbagai-bagai rintangan untuk mewujudkan kepercayaan dan sokongan orang ramai, sekaligus akan sentiasa dipandang serong oleh masyarakat. Pada masa kini, pandangan-pandangan yang negative terhadap peranan dan fungsi perhubungan awam masih berleluasa, malahan kian buruk apabila ada manusia yang tidak bertanggungjawab dan mengendalikan berbagai-bagai kegiatan yang tidak diingini dan menggelarkan aktiviti-aktiviti itu sebagai perhubungan awam.

Perkara yang memburukkan imej perhubungan awam lagi ialah berbagai pekerjaan atau kegiatan, sama ada positif atau negative telah mengakui sebagai profesion perhubungan awam contohnya jurujual-jurujual, pegawai-pegawai akhbar sampailah teman-teman sosial. Perkara yang menaikkan lagi nama baik profesion perhubungan awam ialah sesiapa saja boleh mengakui dirinya sebagai pakar perhubungan awam. Ini tidaklah seperti profesion yang dilindungi oleh undang-undang. Ini bermakna hanya yang lulus dalam peperiksaan yang diiktiraf boleh mengakui diri mereka sebagai peguam, doktor dan sebagainya. Pertubuhan-pertubuhan professional perhubungan awam telah mengadakan etika perhubungan awam untuk memastikan yang ahli-ahli mereka sentiasa menjaga nama baik profesion mereka. Ini termasuklah Institut Perhubungan Raya Malaysia ( IPRM ). Kod tingkah laku perhubungan awam IPRM adalah berasakan kepada kod etika Persatuan Perhubungan Awam Antarabangsa ( IPRA ) yang dipanggil “ Code of Athens ”.

Dapatlah kita simpulkan di sini semakin tinggi kedudukan pengamal perhubungan awam dalam organisasi, semakin berkesan amalan perhubungan awam dalam organisasi tersebut. Keberkesanan amalan perhubungan awam dalam organisasi ini sebenarnya bergantung kepada sejauhmana seseorang pengamal perhubungan awam mematuhi etika perhubungan awam. Justeru, pengamal perhubungan awam perlu sentiasa menunjukkan tahap kemahiran dan kompetensi profesionalisme yang tinggi dalam perlaksanaan tugas komunikasi dan mempunyai tahap keilmuan dan kemahiran dalam bidang perhubungan awam dan komunikasi bagi membina keyakinan yang tinggi di kalangan sasaran organisasi dan amalan perhubungan awam ini amat dituntut dan diperlukan semasa seseorang sedang bertugas dan pengetahuan yang lebih meluas tentang perkembangan semasa serta kaitannnya dengan dasar Jabatan atau organisasi yang dianggotai amat diperlukan semasa menyelesaikan masalah pelanggan.



MOHAMAD NUR AMIN MD ZAIN
BA16110270

11 comments:

  1. Betul tu Amin.... Tugas sebagai PRO sememangnya sangat penting sebagai penghubung kepada pihak media mahupun sebuah organisasi. Maka dengan itu, etika dan profesionalisme menjadi keutamaan kepada PRO.

    Bagaimana kita hendak melihat tahap profesionalisme PRO, dan apakah etika yang perlu dipatuhi oleh mereka?? Boleh bagi contoh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahap profesionalisme PRO mungkin dapat dilihat melalui cara mereka mengendalikan suatu situasi dalam sidang 'press conference'. Sebagai contoh, mereka memberikan jawapan yang jelas mengenai suatu perkara kepada wartawan.

      Etika yang perlu mereka patuhi ialah elakkan melakukan plagiat, seperti meniru iklan syarikat lain dan sebagainya.

      Delete
  2. Pada pendapat saya, Kepentingan etika dalam perhubungan awam ialah memastikan PRO menyampaikan maklumat dengan lebih jelas dan tepat kepada orang awam. Tugas sebenar PRO adalah sama seperti tanggungjawab wartawan. Oleh itu, keperluan etika sangat penting bagi mendidik dan mengelakkan PRO melakukan perkara-perkara yang salah dan melanggar etika mereka sebagai pihak yang berkepentingan dalam sesebuah syarikat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat tu Hajar. Tapi sebagai seorang PRO juga meraka harus berhati-hati ketika menyampaikan maklumat kepada pelanggan mereka. Mereka tidak harus memberitahu semua perkara yang dihadapi oleh organisasi sehingga mendatangkan keburukan kepada organisasi tersebut.

      Delete
  3. Seorang pengamal Pengamal Perhubungan awam semestinya perlu mengamalkan etika dan professionalism dalam menjalankan tugas mereka. Perkara ini adalah untuk memastikan khalayak untuk mempercayai dan meyakini mereka dan semua ini penting untuk menjaga imej organisasi tempat mereka berkerja. Semua pendapat yang dihuraikan oleh saudari Amin amat berguna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. trima kasih kpd saudara andrisia kerana telah membaca dan ambil pengetahuan

      Delete
    2. By MOHAMAD NUR AMIN MD ZAIN (BA16110270)

      Delete
  4. Di sini saya ingin ajukan soalan iaitu sejauhmanakah keberkesanan amalan perhubungan awam dalam organisasi ?

    ReplyDelete
  5. Sangat penting bagi pengamal PR untuk menjalankan tugas mengikut etika yang telah ditetapkan. Lebih-lebih lagi mereka berhadapan dengan masyarakat setiap hari. Dengan menjadikan etika sebagai garis panduan mereka ia akan dapat membimbing mereka menjadi pekerja yang baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, saya sangat bersetuju dengan pandangan saudari Hamizah bahawa pengamal perhubungan awam menjadikan etika sebagai garis panduan untuk membimbing mereka menjadi seorang pekerja yang baik.
      Pada pendapat saya pula pengamal perhubungan awam sememangnya perlu mengikut etika pekerjaan yang telah ditetapkan bukan hanya kerana untuk membimbing mereka menjadi seorang pekerja yang baik, ia juga kerana mereka sedar akan tanggungjawab mereka untuk mencapai matlamat sesebuah organisasi.
      Menurut pembacaan saya dalam jurnal Komunikasi “Peranan Perhubungan Awam dalam Pengurusan Masa kini: Satu Penilaian Semula”, seorang pengamal perhubungan awam adalah satu alat yang kuat digunakan oleh organisasi untuk membina identiti korporat. Hal itu merangkumi segala kegiatan pengaliran maklumat daripada organisasi kepada publik agar polisi serta organisasi dapat diterima dan dimanfaatkan bersama.
      Selain itu, seorang pengamal perhubungan awam juga bertanggungjawab untuk menghadapi krisis secara rasional dan untuk mengembalikan perasaan keyakinan di kalangan mereka yang menilai (publik/orang awam). Malah, mereka juga membantu memajukan kebajikan masyarakat. Dengan adanya berbagai-bagai kegiatan ini, polisi serta operasi organisasi akan dapat membantu menjamin kebajikan masyarakat.
      Oleh itu, berdasarkan kenyataan yang saya nyatakan di atas disebabkan kesedaran para pengamal perhubungan awam pada tanggungjawab yang perlu mereka laksanakan dan mereka sebagai alat untuk sebuah organisasi mencapai matlamat yang telah ditetapkan mereka akan lebih cenderung untuk merujuk etika kerja sebelum menjalankan tugas mereka.

      Delete