Thursday, 27 December 2018

KEPENTINGAN FALSAFAH KOMUNIKASI DALAM MEMBENTUK KANDUNGAN KOMUNIKASI

Falsafah pada dasarnya merupakan satu aliran pemikiran dan tidak semua masyarakat yang mampu untuk memahami maksud sebenar falsafah ini sendiri. Ianya hanya mampu difahami dan dihasilkan oleh pemikir-pemikir yang kritis dan kuat jalan pemikirannya. Namun, dalam sedar tidak sedar falsafah ini turut hadir dalam diri kita iaitu melalui cara pemikiran yang di luar jangkaan ataupun diluar kemampuan orang lain berfikir. Falsafah merupakan salah satu disiplin ilmiah yang menekankan kebenaran secara umum dan asasnya kerana ia dipengaruhi oleh ciri-ciri yang sedia ada iaitu merupakan satu usaha pemikiran yang tuntas yang mana tujuannya adalah untuk mendapatkan kebenaran. Falsafah dapat dikategorikan dalam pelbagai bidang dan falsafah komunikasi bertindak sebagai payung kepada cabang yang pelbagai. Falsafah merupakan salah satu disiplin ilmiah yang menekankan kebenaran secara umum dan asasnya kerana ia dipengaruhi oleh ciri-ciri yang sedia ada iaitu merupakan satu usaha pemikiran yang tuntas yang mana tujuannya adalah untuk mendapatkan kebenaran.

Falsafah dapat dikategorikan dalam pelbagai bidang dan falsafah komunikasi bertindak sebagai payung kepada cabang yang pelbagai.Seterusnya adalah berfikir secara radikal yang mana bermaksud mempunyai pemikiran sehingga ke akarnya dan menyelesaikan segala yang masih menjadi tanda tanya dengan penuh tanggungjawab. Manakala berfikir secara sejagat pula memberi maksud sesuatu yang tidak terhad kepada mana-mana aspek tertentu dan merangkumi keseluruhannya iaitu terdapat beberapa aspek yang mana pemikiran tersebut tidak hanya memfokuskan terhadap aspek berkenaan. Menurut John Dewey (1925), falsafah merupakan sesuatu perjuangan manusia yang mampu dilihat melalui penyesuaian di antara kumpulan tradisi yang membentuk akal manusia dengan cita-cita politik baru. Hal ini memberi maksud bahawa individu yang terlibat dalam berfalsafah sememangnya sentiasa mencari teknik atau apa sahaja cara berfikir yang dianggap olehnya mampu berkesan bagi mendapatkan kebenaran mengenai sesuatu yang disasarkan oleh individu tersebut. 

Di sini dapat dilihat bahawa falsafah mempunyai peranannya yang tersendiri dalam bidang komunikasi. Dengan adanya falsafah dalam kehidupan, akan menjadi seorang individu tersebut terhindar daripada perbuatan yang tidak bermoral kerana falsafah yang ada pada dirinya menjadikan ia sebagai seorang yang lebih berfikiran kritis. Pentingnya falsafah komunikasi dalam kehidupan disebabkan ianya mampu mengelakkan kita daripada disalah ertikan dalam sesebuah konteks dan pada masa yang sama berperanan sebagai alat untuk memahami sesuatu perkara yang baharu buat seseorang. Tidak hanya itu, ia juga menjauhkan manusia yang mempunyai pengertian mengenai falsafah untuk lebih mementingkan soal kebenaran yang berlaku disekeliling daripada menceritakan ataupun menyampaikan mengenai suatu khabar yang tidak benar. 

NUR LIYANA BINTI SULAIMAN
BA16161005

5 comments:

  1. Nampaknya, apa yang Liyana jelaskan disini ialah Falsafah Komunikasi membantu dalam pembentukan idea dari pelbagai bidang ilmu dan corak pemikiran secara mendalam yang digunakan untuk menjawab segala pertanyaan serta membolehkan seseorang itu berfikiran secara terbuka untuk menerima mesej yang diterima. Maka, pengamalan falsafah dalam bidang komunikasi mampu untuk membantu kita dalam membuat keputusan untuk mentafsir berita, mesej, atau maklumat yang diberikan.

    ReplyDelete
  2. Berdasarkan apa yang ditulis oleh saudari liyana bermaksud dengan adanya subjek Falsafah Komukasi para pelajar atau sesiapa sahaja dapat membuka fikiran mereka tentang perkara yang benar berlaku dan bukannya hanya khabar angin sahaja dan cara untuk mendapatkan kebenaran. Dalam falsafah ini juga terlihat cara untuk seseorang itu lebih dalam mendapatkan berita atau maklumat kerana dikuatiri apabila khabar yang buruk menular dalam kalangan masyarakat boleh membawa kesan yang negatif.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Pada pendapat saya, falsafah komunikasi sangat penting dalam kandungan komunikasi kerana ianya mendidik minda masyarakat untuk menjelaskan suatu perkara secara berasas. Ia juga membantu kita untuk berfikir secara terbuka dan melakukan tindakan yang betul.

    ReplyDelete
  5. Dari sudut pandangan saya, falsafah komunikasi merupakan panduan yang dapat digunakan oleh manusia untuk mengamalkan perbuatan yang baik dan menghindarkan diri daripada perbuatan atau perlakuan yang mampu menimbulkan kekacauan. Semua info yang dikongsikan oleh Saudari Liyana juga turut menerangkan dengan jelas mengenai topik yang dibincangkan ini.

    ReplyDelete