Lecture 3 - Philosophy of Communication with Dr. Greg Kielmeyer
Menurut pemahaman saya daripada video yang dikongsi, komunikasi pada dasarnya adalah pemberian ataupun datang daripada Tuhan. Dalam video tersebut menyatakan bahawa lelaki terawal yang turun ke bumi tanpa mengetahui sebarang bahasa dan tidak mempunyai pengetahuan untuk berkomunikasi adalah Adam. Namun dengan kurniaan yang diterima daripada Tuhan, Adam lambat laun mampu untuk berkomunikasi walaupun pada asalnya Adam tidak mempunyai sebarang bahasa untuk berkomunikasi.
Tidak hanya itu, dalam video tersebut juga ada menyatakan mengenai pentingnya ilmu dalam berkomunikasi kerana dengan adanya ilmu kita dapat membezakan cara berkomunikasi yang betul dan cara berkomunikasi yang tidak betul. Dengan ini, manusia mampu untuk membezakan dengan baik antara baik dan buruk dalam menyampaikan maklumat ataupun semasa berkomunikasi. Dapat dilihat bahawa komunikasi memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita keranan ianya mampu memberikan impak kepada kita.Sekiranya kita tidak tahu untuk berkomunikasi dengan baik pastinya kehidupan kita akan terkesan dengannya yang hanya disebabkan oleh kecuaian kita yang tidak mengamlkan dan memanfaatkan cara berkomunikasi yang tidak benar. Maka itu, kita perlulah sentiasa belajar untuk memperoleh ilmu yang baik dan yang bermanfaat kerana dengan ilmu yang dimiliki secara tidak langsung kita tahu membezakan antara benda yang baik dan buruk. Tidak hanya itu, kita juga secara tidak sedarnya mampu untuk berkomunikasi dengan baik disebabkan ilmu yang ada pada diri kita.
Selain itu, dalam video tersebut ada menyentuh mengenai kedudukan manusia di dunia. Walaupun individu tersebut mempunyai kedudukan yang tinggi dalam pekerjaan tidak menandakan bahawa individu tersebut perlu bersifat acuh tidak acuh apabila berkomunikasi dengan orang bawahannya. Hal ini demikian kerana walaupun terdapat perbezaan dari segi pangkat ataupun kedudukan, sebagai manusia kita masih mempunyai kedudukan yang sama rata di sisi Tuhan. Tidak hanya itu, setiap individu perlulah tahu untuk menggunakan bahasa apabila berkomunikasi dengan orang sekeliling agar persefahaman dalam berkomunikasi dapat dicapai dalam erti kata lain menggunakan bahasa yang sama dengan individu tersebut agar memudahkan mereka untuk memahami maklumat yang ingin disampaikan.
Kesimpulannya, sebagai manusia kita perlulah sentiasa bersifat terbuka dan sentiasa mengamlkan sifat sentiasa ingin mencari ilmu kerana dengan ilmu yang dimiliki secara tidak langsung mampu menggambarkan diri kita dan mampu untuk berkomunikasi dengan baik keranan tahu akan benda baik dan buruk.
NUR LIYANA BINTI SULAIMAN
BA16161005
Saya setuju dengan anda. Komunikasi datangnya daripada Allah yang maha esa dan diturunkan kepada Adam, iaitu lelaki pertama yang turun ke bumi. Dengan kuasa Allah, Adam boleh berkomunikasi meskipun belum ada bahasa yang wujud pada ketika itu.
ReplyDeleteCerita ini memberikan kita iktibar dan pengajaran. Seharusnya kita menggunakan kelebihan kita dalam berkomunikasi dengan cara yang baik dan memberi manfaat kepada semua manusia.
Betul sekali kawan-kawan. Sebagai pelajar komunikasi dan bakal menjadi pengamal bidang komunikasi nanti, kita seharusnya tahu cara untuk berkomunikasi dengan baik, sekaligus menjadi contoh kepada orang lain.
ReplyDeletePangkat, kedudukan sememangnya tidak menggambarkan apa-apa, kita semua adalah sama di sisi Allah S.W.T. Allah, insaf nya.....
Saya sangat tertarik dengan video yang dikongsikan oleh saudari Liyana. Ia membuktikan bahawa kita perlu belajar untuk berkomunikasi dengan baik bagi setiap masyarakat. kita dapat lihat melalui contoh yang diberikan apabila Nabi Adam yang tidak tahu berkomunikasi akhirnya tahu untuk berkomunikasi apabila berusaha sedaya upaya. Perkara ini sangat ketara apabila kita sebagai pengamal komunikasi harus bijak berkomunikasi dengan sesiapapun untuk menyampaikan maklumat yang benar dan sahih kepada masyarakat tanpa sebarang diskriminasi disebabkan perbezaan pangkat dan sebagainya. Tetapi adakah rakan-rakan bersetuju sekiranya kita menggunakan kemahiran berkomunikasi untuk mendapatkan kepentingan yang dilihat menguntungkan diri sendiri?
ReplyDeleteNUR HAMIZAH BINTI YUSOFF
BA15111098
As a human person we must always respect one another despite our differences. Everyone deserves to be treated as equal and that nobody should be discriminated, disrespected or being left behind. Some people may say that they have the right to do everything they desire because they have higher position in the community, they are educated and they know stuff others don't and instead of sharing them, they use it to discriminate others, they are rich but instead of investing their money to something good they rather waste it for their self-interest. This greed and selfishness will be the doom of us as a human person. It is not God's desire for us to behave such ways because to God, we are just human after all. God has created us to be a human who can differentiate wrong and right doings. So we should use that gift to do good.
ReplyDelete