Monday, 24 December 2018

MENCORAKKAN KOMUNIKASI YANG BERETIKA DALAM BIDANG KEWARTAWANAN



video mengenai etika kewartawan yang boleh difahami oleh pembaca dengan lebih mudah dan berkesan



Jika dikatakan tentang etika, etika juga merupakan sebahagian dari cabang falsafah di mana etika bermaksud tingkah laku terhadap kerja yang dijalankan dengan mengikut peraturan yang tidak melanggar mana-mana etika. Etika juga dipandang sebagai sesuatu perbuatan yang sangat positif di mana pelakunya melakukan sesuatu itu dengan penuh bersungguh-sungguh dan menganggap sesuatu pekerjaan itu adalah sesuatu yang sangat penting dengan melakukannya dengan sangat beretika. Perkatan etika berasal dari perkataan Greek iaitu ‘ethos’ yang bermaksud ‘character’ atau lebih teliti lagi ia bermaksud perwatakan dan keperibadian. Menurut Gluck (1986), etika bermaksud kajian filosofikal terhadap moraliti dan menurut Shea (1988), etika bermaksud prinsip dan tingkahlaku yang mengawal seseorang individu dalam pekerjaannya serta ia merupakan suatu ‘standard’ terhadap tingkah laku seseorang.

Dalam bidang komunikasi, saya memilih bidang kewartawanan untuk diketengahkan dan dibincangkan dalam ruangan ini. Menurut Kamus Dewan (2007), wartawan adalah seorang individu yang telah ditugaskan untuk mendapatkan maklumat dan menyampaikan maklumat tersebut kepada khalayak dengan menulis berita untuk surat khabar atau majalah. Manakala definisi bagi bidang kewartawanan pula ialah bidang tugas bagi kegiatan kewartawanan yang berkaitan dengan penerbitan, penullisan surat khabar, pembaca berita dan sebagainya.

Dalam mencorakkan komunikasi yang beretika dalam bidang kewartawanan adalah dengan mematuhi dan mengikuti semua etika yang berkaitan dengan bidang kewartawanan. Menurut Faridah Ibrahim, Mohd Rajib Ghani & Mohd Adnan Hashim (2000), etika kewartawanan adalah merupakan satu sistem dan garis panduan yang merangkumi prinsip dan perilaku tingkah laku yang boleh membimbing semua wartawan berpelakuan yang baik serta bertanggungjawab dengan membezakan perkara yang baik dan buruk. Perkara ini juga adalah untuk memastikan pengamal wartawan sentiasa berada di landasan yang betul.




Wartawan yang berusaha mendapatkan maklumat dan berita yang sahih dengan penuh berdedikasi 

Sebagai seoarng wartawan, dalam profesion ini sangat mementingkan kejujuran di mana para wartawan harus menjadi seorang yang jujur dalam mengumpulkan berita dan maklumat yang diperolehi untuk disampaikan kepada khalayak. Memberikan maklumat yang benar kepada masyarakat adalah merupakan matlamat utama dalam bidang kewartawanan. Bukan itu sahaja, sebagai seorang wartawan yang mengamalkan etika kewartawanan, mereka juga haruslah menggunakan cara yang benar atau wajar dalam mendapatkan berita dan gambar. Hal ini kerana, jika wartawan menggunakan berita atau gambar orang lain ia merupakan suatu kesalahan dan melanggar etika sebagai seoarang wartawan. Kesemua bahan yang ingin digunakan haruslah mempunyai sumber yang sahih dan yang paling penting sekali adalah merupakan bahan yang dikumpul sendiri oleh wartawan tersebut.

Pelbagai kesan yang buruk boleh timbul sekiranya seoarang wartawan ini tidak menjadikan etika kewartawanan sebagai tunggak utama mereka. Pelbagai berita yang tidak benar dan sahih akan tersebar yang boleh menyebabkan masyarakat salah faham dan timbul kekecohan dari berita yang tersebar. Selain itu, bidang kewartawanan akan dipandang rendah oleh masyarakat kerana nama baik wartawan telah jatuh disebabkan perilaku mereka sendiri dalam menjalankan tugas dengan tidak mengikut ‘standard’ seoarang wartawan.

Kesimpulannya, etika dalam kewartawanan adalah merupakan panduan tingkahlaku yang harus dipatuhi oleh semua wartawan untuk mengawal perilaku mereka. Tidak hanya tertakluk kepada seorang wartawan, tetapi etika profesion ini juga harus dipatuhi oleh setiap masyarakat kerana perkara ini berkait rapat dalam kehidupan seharian kita. Etika kewartawanan ini harus dipelajari dan diamalkan oleh semua wartawan dan keberkesanan etika ini adalah bergantung kepada wartawan itu sendiri. Tanpa disiplin diri yang kuat, seoarang wartawan itu tidak akan mampu untuk mencapai etika yang telah digariskan bagi setiap wartawan.






DITULIS OLEH:

NUR HAMIZAH BINTI YUSOFF
BA15111098

17 comments:

  1. Betul sekali apa yang dibincangkan oleh Miza. Sebagai seorang pengamal media, tidak kira dalam apa jua bidang sekali pun, etika sememangnya perlu dititik beratkan kerana kerjaya tersebut adalah satu amanah yang cukup besar. Segala maklumat yang bakal diterima oleh masyarakat adalah di bawah tanggungjawab wartawan yang menyampaikannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dengan anda. Pengamal media perlu menjadi contoh kepada masyarakat dengan menyampaikan berita yang sahih kepada mereka. Kegagalan dalam menyampaikan maklumat benar kepada masyarakat akan menyebabkan masyarakat keliru dan ianya mampu mencetuskan pergaduhan antara mereka. Sebagai contoh, berita mengenai suatu budaya yang disebarkan tidak tepat dan ianya akan mencetuskan pergaduhan, samada antara masyarakat atau pihak media.

      Delete
    2. Disebabkan perkara ini kita sebagai pengamal media khususnya dalam bidang kewartawanan perlu mengambil berat tentang etika kerana etika yang baik akan mencerminkan peribadi seseorang itu. Jika kita menjadikan etika sebagai garis panduan InshaAllah tiada masalah yang akan timbul seperti pergaduhan yang saudari Hajar tulis di atas.

      Delete
  2. Saya bersetuju dengan kenyataan pengamal media yang mana setiap wartawan perlu mematuhi etika kewartawanan. Etika menurut Aminudin Basir (2009), media komunikasi tidak dapat dipisahkan daripada mesej.
    Untuk memperoleh mesej yang telus dan benar, kebebasan diperlukan. Tanpa kebebasan mesej, media komunikasi tidak dapat mencapai matlamat yang dikehendaki. Untuk menjaga kepentingan masyarakat awam dan keselamatan negara, kebebasan media dalam memperoleh mesej dan menyampaikannya perlu bergerak dalam lingkungan undang-undang serta berpegang teguh pada akhlak dan etika yang luhur.
    Antara garis panduan etika yang perlu dipatuhi sebagai seorang wartawan ialah dilarang mendedahkan keburukan serta aib seseorang tanpa sesuatu kepentingan yang jelas. Seterusnya dilarang menyiarkan berita berunsurkan fitnah dalam pelbagai bentuk dan banyak lagi.
    Oleh kerana pengamal media merupakan mata dan telinga masyarakat maka setiap yang diutarakan oleh mereka boleh memberi kesan yang kekal kepada masyarakat oleh itu pentingnya pengamal media mematuhi semua etika agar tidak menimbulkan huru-hara dalam masyarakat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih saudari Evonnetasya atas pertambahan yang dilakukan. semoga memberi manfaat kepada pembaca lain.

      Delete
    2. Terima kasih atas perkongsiannya saudari. Sangat bermanfaat.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maafkan saya kerana terpaksa delete comment ini atas sebab tertentu. Terima kasih

      Delete
  4. Perbincangan yang sangat baik dan bermanfaat. Wartawan merupakan individu yang berperanan penting dalam menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Dalam menjalankan tugas mereka, terdapat beberapa etika kewartawanan yang perlu dipatuhi oleh setiap wartawan. Sebagai contoh, seorang wartawan tersebut perlu jujur dan telus dalam menyampaikan beritanya kepada orang ramai. Ketidakjujuran mereka dalam menyebarkan suatu berita akan menyebabkan mereka dipandang serong oleh masyarakat sehingga mampu menjejaskan reputasi mereka.

    Oleh itu, bagi memastikan berita mereka sentiasa diterima dan dipercayai oleh golongan masyarakat, mereka perlu berusaha untuk mencari berita dan menyampaikan berita mereka TANPA melanggar apa-apa peraturan atau etika yang telah ditetapkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat sekali. Tidak salah dan perkara ini sangat mudah untuk etika itu dipraktikkan oleh seseorang wartawan. Malah etika yang asas seperti hormat menghormati, jujur, telus dan bertanggungjawab sudah pun diajar kepada kita sewaktu kecil. Sangat penting untuk pengamal media menerapkan etika-etika ini di alam pekerjaan mereka.

      Delete
  5. Tidak dinafikan bahawa etika adalah memainkan peranan yang sangat penting yang perlu diterapkan dalam setiap diri individu terutamanya apabila berkomunikasi. Hal ini demikian, sebuah komunikasi yang berkesan adalah disebabkan oleh seseorang individu tersebut mengamalkan amalan etika ketika berkomunikasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sekali Liyana, dengan mengamalkan sikap yang beretika dalam sesuatu pekerjaan, setiap maklumat yang kita sampaikan akan dapat diterima dengan baik oleh khalayak.

      Delete
  6. Berdasarkan apa yang saya lihat, wartawan semestinya mempunyai satu etika tersendiri dalam melakukan sesuatu tugas. Sebagai contoh, panduan diperlukan oleh wartawan dalam melakukan tugas dan perlu mematuhinya setiap masa sepanjang melakukan tugas supaya perkara yang negatif boleh dielakkan daripada berlaku iaitu jika tidak jujur dalam melakukan tugas. Oleh itu, timbul berita palsu hingga menyebabkan tercemarlah imej seseorang atau syarikat dan itu mengakibatkan berita buruk atau kesan yang sangat tidak baik yang boleh menjejaskan dirinya.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Saya sangat bersetuju dengan pendapat saudari. Walau apapun bidang amalan komunikasi, kita semestinya hanya perlu menyanpaikan kebenaran kepada masyarakat bahkan dunia. Ini kerana jika kita menyampaikan suatu yang tidak benar atau meragukan ianya sudah melanggar etika yang telah ditetapkan. Saya berpendapat seorang yang tidak boleh menurut etika yang ditetapkan tidak layak dikatakan sebagai seorang ahli komunikasi kerana jika perturan seperti itu pun tidak mampu dipatuhi, maka tanggungjawab yang lain tentu sahaja tidak dapat dijalankan dengan baik.

    ReplyDelete
  9. Berdasarkan pendapat saudari, saya berkeras untuk bersetuju dengan pendapat tersebut iaitu profesion kewartawanan sangat mementingkan kejujuran dalam melakukan tugas. Bagi pendapat saya, seseorang wartawan itu perlu mempunyai satu sikap yang sentiasa positif dalam diri iaitu melakukan sesuatu bukan kerana takut di kecam, gaji tidak dibayar, kerja yang dilakukan ditolak tetapi cubalah sentiasa rasional dalam melakukan sebarang tugas. Berpandukan etika kewartawanan perlulah dipatuhinya agar dapat memberi keberkesanan dalam memberi kesan yang positif supaya bidang kewartawanan sentiasa berada pada landasan yang betul.

    MOHAMAD NUR AMIN MD ZAIN
    BA16110270

    ReplyDelete