video mengenai etika kewartawan yang boleh difahami oleh pembaca dengan lebih mudah dan berkesan
Jika
dikatakan tentang etika, etika juga merupakan sebahagian dari cabang falsafah
di mana etika bermaksud tingkah laku terhadap kerja yang dijalankan dengan
mengikut peraturan yang tidak melanggar mana-mana etika. Etika juga dipandang
sebagai sesuatu perbuatan yang sangat positif di mana pelakunya melakukan
sesuatu itu dengan penuh bersungguh-sungguh dan menganggap sesuatu pekerjaan
itu adalah sesuatu yang sangat penting dengan melakukannya dengan sangat
beretika. Perkatan etika berasal dari perkataan Greek iaitu ‘ethos’ yang
bermaksud ‘character’ atau
lebih teliti lagi ia bermaksud perwatakan dan keperibadian. Menurut Gluck
(1986), etika bermaksud kajian filosofikal terhadap moraliti dan menurut Shea
(1988), etika bermaksud prinsip dan tingkahlaku yang mengawal seseorang individu
dalam pekerjaannya serta ia merupakan suatu ‘standard’ terhadap tingkah laku
seseorang.
Dalam
bidang komunikasi, saya memilih bidang kewartawanan untuk diketengahkan dan
dibincangkan dalam ruangan ini. Menurut Kamus Dewan (2007), wartawan adalah seorang
individu yang telah ditugaskan untuk mendapatkan maklumat dan menyampaikan
maklumat tersebut kepada khalayak dengan menulis berita untuk surat khabar atau
majalah. Manakala definisi bagi bidang kewartawanan pula ialah bidang tugas
bagi kegiatan kewartawanan yang berkaitan dengan penerbitan, penullisan surat
khabar, pembaca berita dan sebagainya.
Dalam
mencorakkan komunikasi yang beretika dalam bidang kewartawanan adalah dengan
mematuhi dan mengikuti semua etika yang berkaitan dengan bidang kewartawanan.
Menurut Faridah Ibrahim, Mohd Rajib Ghani & Mohd Adnan Hashim (2000), etika
kewartawanan adalah merupakan satu sistem dan garis panduan yang merangkumi
prinsip dan perilaku tingkah laku yang boleh membimbing semua wartawan
berpelakuan yang baik serta bertanggungjawab dengan membezakan perkara yang
baik dan buruk. Perkara ini juga adalah untuk memastikan pengamal wartawan
sentiasa berada di landasan yang betul.
Wartawan
yang berusaha mendapatkan maklumat dan berita yang sahih dengan penuh
berdedikasi
Sebagai
seoarng wartawan, dalam profesion ini sangat mementingkan kejujuran di mana
para wartawan harus menjadi seorang yang jujur dalam mengumpulkan berita dan
maklumat yang diperolehi untuk disampaikan kepada khalayak. Memberikan maklumat
yang benar kepada masyarakat adalah merupakan matlamat utama dalam bidang
kewartawanan. Bukan itu sahaja, sebagai seorang wartawan yang mengamalkan etika
kewartawanan, mereka juga haruslah menggunakan cara yang benar atau wajar dalam
mendapatkan berita dan gambar. Hal ini kerana, jika wartawan menggunakan berita
atau gambar orang lain ia merupakan suatu kesalahan dan melanggar etika sebagai
seoarang wartawan. Kesemua bahan yang ingin digunakan haruslah mempunyai sumber
yang sahih dan yang paling penting sekali adalah merupakan bahan yang dikumpul
sendiri oleh wartawan tersebut.
Pelbagai
kesan yang buruk boleh timbul sekiranya seoarang wartawan ini tidak menjadikan
etika kewartawanan sebagai tunggak utama mereka. Pelbagai berita yang tidak
benar dan sahih akan tersebar yang boleh menyebabkan masyarakat salah faham dan
timbul kekecohan dari berita yang tersebar. Selain itu, bidang kewartawanan
akan dipandang rendah oleh masyarakat kerana nama baik wartawan telah jatuh
disebabkan perilaku mereka sendiri dalam menjalankan tugas dengan tidak
mengikut ‘standard’ seoarang wartawan.
Kesimpulannya,
etika dalam kewartawanan adalah merupakan panduan tingkahlaku yang harus
dipatuhi oleh semua wartawan untuk mengawal perilaku mereka. Tidak hanya
tertakluk kepada seorang wartawan, tetapi etika profesion ini juga harus
dipatuhi oleh setiap masyarakat kerana perkara ini berkait rapat dalam
kehidupan seharian kita. Etika kewartawanan ini harus dipelajari dan diamalkan
oleh semua wartawan dan keberkesanan etika ini adalah bergantung kepada
wartawan itu sendiri. Tanpa disiplin diri yang kuat, seoarang wartawan itu
tidak akan mampu untuk mencapai etika yang telah digariskan bagi setiap
wartawan.
DITULIS
OLEH:
NUR
HAMIZAH BINTI YUSOFF
BA15111098
Betul sekali apa yang dibincangkan oleh Miza. Sebagai seorang pengamal media, tidak kira dalam apa jua bidang sekali pun, etika sememangnya perlu dititik beratkan kerana kerjaya tersebut adalah satu amanah yang cukup besar. Segala maklumat yang bakal diterima oleh masyarakat adalah di bawah tanggungjawab wartawan yang menyampaikannya.
ReplyDeleteSaya setuju dengan anda. Pengamal media perlu menjadi contoh kepada masyarakat dengan menyampaikan berita yang sahih kepada mereka. Kegagalan dalam menyampaikan maklumat benar kepada masyarakat akan menyebabkan masyarakat keliru dan ianya mampu mencetuskan pergaduhan antara mereka. Sebagai contoh, berita mengenai suatu budaya yang disebarkan tidak tepat dan ianya akan mencetuskan pergaduhan, samada antara masyarakat atau pihak media.
DeleteDisebabkan perkara ini kita sebagai pengamal media khususnya dalam bidang kewartawanan perlu mengambil berat tentang etika kerana etika yang baik akan mencerminkan peribadi seseorang itu. Jika kita menjadikan etika sebagai garis panduan InshaAllah tiada masalah yang akan timbul seperti pergaduhan yang saudari Hajar tulis di atas.
DeleteSaya bersetuju dengan kenyataan pengamal media yang mana setiap wartawan perlu mematuhi etika kewartawanan. Etika menurut Aminudin Basir (2009), media komunikasi tidak dapat dipisahkan daripada mesej.
ReplyDeleteUntuk memperoleh mesej yang telus dan benar, kebebasan diperlukan. Tanpa kebebasan mesej, media komunikasi tidak dapat mencapai matlamat yang dikehendaki. Untuk menjaga kepentingan masyarakat awam dan keselamatan negara, kebebasan media dalam memperoleh mesej dan menyampaikannya perlu bergerak dalam lingkungan undang-undang serta berpegang teguh pada akhlak dan etika yang luhur.
Antara garis panduan etika yang perlu dipatuhi sebagai seorang wartawan ialah dilarang mendedahkan keburukan serta aib seseorang tanpa sesuatu kepentingan yang jelas. Seterusnya dilarang menyiarkan berita berunsurkan fitnah dalam pelbagai bentuk dan banyak lagi.
Oleh kerana pengamal media merupakan mata dan telinga masyarakat maka setiap yang diutarakan oleh mereka boleh memberi kesan yang kekal kepada masyarakat oleh itu pentingnya pengamal media mematuhi semua etika agar tidak menimbulkan huru-hara dalam masyarakat.
Terima kasih saudari Evonnetasya atas pertambahan yang dilakukan. semoga memberi manfaat kepada pembaca lain.
DeleteTerima kasih atas perkongsiannya saudari. Sangat bermanfaat.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMaafkan saya kerana terpaksa delete comment ini atas sebab tertentu. Terima kasih
DeleteOkay je hajar 😊
DeletePerbincangan yang sangat baik dan bermanfaat. Wartawan merupakan individu yang berperanan penting dalam menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Dalam menjalankan tugas mereka, terdapat beberapa etika kewartawanan yang perlu dipatuhi oleh setiap wartawan. Sebagai contoh, seorang wartawan tersebut perlu jujur dan telus dalam menyampaikan beritanya kepada orang ramai. Ketidakjujuran mereka dalam menyebarkan suatu berita akan menyebabkan mereka dipandang serong oleh masyarakat sehingga mampu menjejaskan reputasi mereka.
ReplyDeleteOleh itu, bagi memastikan berita mereka sentiasa diterima dan dipercayai oleh golongan masyarakat, mereka perlu berusaha untuk mencari berita dan menyampaikan berita mereka TANPA melanggar apa-apa peraturan atau etika yang telah ditetapkan.
Tepat sekali. Tidak salah dan perkara ini sangat mudah untuk etika itu dipraktikkan oleh seseorang wartawan. Malah etika yang asas seperti hormat menghormati, jujur, telus dan bertanggungjawab sudah pun diajar kepada kita sewaktu kecil. Sangat penting untuk pengamal media menerapkan etika-etika ini di alam pekerjaan mereka.
DeleteTidak dinafikan bahawa etika adalah memainkan peranan yang sangat penting yang perlu diterapkan dalam setiap diri individu terutamanya apabila berkomunikasi. Hal ini demikian, sebuah komunikasi yang berkesan adalah disebabkan oleh seseorang individu tersebut mengamalkan amalan etika ketika berkomunikasi.
ReplyDeleteBetul sekali Liyana, dengan mengamalkan sikap yang beretika dalam sesuatu pekerjaan, setiap maklumat yang kita sampaikan akan dapat diterima dengan baik oleh khalayak.
DeleteBerdasarkan apa yang saya lihat, wartawan semestinya mempunyai satu etika tersendiri dalam melakukan sesuatu tugas. Sebagai contoh, panduan diperlukan oleh wartawan dalam melakukan tugas dan perlu mematuhinya setiap masa sepanjang melakukan tugas supaya perkara yang negatif boleh dielakkan daripada berlaku iaitu jika tidak jujur dalam melakukan tugas. Oleh itu, timbul berita palsu hingga menyebabkan tercemarlah imej seseorang atau syarikat dan itu mengakibatkan berita buruk atau kesan yang sangat tidak baik yang boleh menjejaskan dirinya.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSaya sangat bersetuju dengan pendapat saudari. Walau apapun bidang amalan komunikasi, kita semestinya hanya perlu menyanpaikan kebenaran kepada masyarakat bahkan dunia. Ini kerana jika kita menyampaikan suatu yang tidak benar atau meragukan ianya sudah melanggar etika yang telah ditetapkan. Saya berpendapat seorang yang tidak boleh menurut etika yang ditetapkan tidak layak dikatakan sebagai seorang ahli komunikasi kerana jika perturan seperti itu pun tidak mampu dipatuhi, maka tanggungjawab yang lain tentu sahaja tidak dapat dijalankan dengan baik.
ReplyDeleteBerdasarkan pendapat saudari, saya berkeras untuk bersetuju dengan pendapat tersebut iaitu profesion kewartawanan sangat mementingkan kejujuran dalam melakukan tugas. Bagi pendapat saya, seseorang wartawan itu perlu mempunyai satu sikap yang sentiasa positif dalam diri iaitu melakukan sesuatu bukan kerana takut di kecam, gaji tidak dibayar, kerja yang dilakukan ditolak tetapi cubalah sentiasa rasional dalam melakukan sebarang tugas. Berpandukan etika kewartawanan perlulah dipatuhinya agar dapat memberi keberkesanan dalam memberi kesan yang positif supaya bidang kewartawanan sentiasa berada pada landasan yang betul.
ReplyDeleteMOHAMAD NUR AMIN MD ZAIN
BA16110270