Video yang boleh membantu pembaca memahami dengan lebih lanjut
mengenai ilmu falsafah
Video
yang telah dikongsikan ini adalah mengenai falsafah yang digunkan oleh manusia
untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan yang timbul. Ia adalah merupakan usaha
seseorang untuk memahami kebenaran seperti alam yang mereka diami, diri sendiri
serta hubungan antara manusia dan dunis ini. jika diteliti, falsafah ini telah
wujud 500 tahun yang lalu dan diamalkan oleh ahli falsafah zaman kuno pada
waktu itu. Ia membawa maksud cintakan kebijaksanaan. Tidak hairanlah jika
seseorang yang mengamalakan falsafah ini adalah merupakan mereka daripada
golongan yang bijak pandai.
Jika kita selusuri, falsafah
mempunyai bidangnya yang tersendiri. Disebabkan perkara ini, Saya menyatakan
ilmu falsafah ini adalah sebuah ilmu yang sangat luas. Ia boleh jadi datangnya
dari bidang sains, sains sosial, perubatan atau kejuruteraan. Dengan adanya
ilmu falsafah ini saya percaya setiap persoalan bakal mampu dirungkai oleh
pengamalnya. Antara perkara yang penting dalam ilmu falsafah ialah hujah-hujah
yang dilontarkan oleh seseorang ahli falsafah dalam menjawab persoalan yang
timbul. Ahli falsafah boleh menggunakan logik untuk menjawab persoalan yang
diajukan.
DITULIS OLEH :
NUR HAMIZAH BINTI YUSOFF
BA15111098
Wah, memang menarik. Begitu rupanya kemunculan ilmu dalam bidang falsfah. Terima kasih atas perkongsiannya Miza, siap dengan video sekali.
ReplyDeletesama-sama fatin. Banyak lagi sebenarnya sumber yang kita boleh peroleh. tetapi ini adalah merupakan salah satu sumber yang abah sudah kongsikan dalam FB baru-baru ini :)
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsiannya saudari Miza. Video tersebut sangat membantu kami untuk memahami ilmu falsafah dengan lebih mudah dan cepat.
ReplyDeletevideo yang dikongsikan sangat membantu dalam memahami ilmu falsafah. Terima kasih Hamizah
ReplyDeletemelalui video yang dikongsikan ianya dapat membantu menambahkan dan meningkatkan pengetahuan mengenai ilmu falsafah ini.
ReplyDeleteSelepas melihat video yang dikongsi oleh saudari saya berpandangan bahawa falsafah sememangnya selalu digunakan oleh manusia untuk menyelesaikan persoalan dan isu-isu yang timbul. Falsafah juga sememangnya telah wujud dari dulu lagi dan semakin berkembang dan sangat besar jangkauannya. Malah masih lagi diamalkan sehingga pada masa ini oleh golongan bijak pandai.
ReplyDeleteJika difahami dengan betul, ilmu falsafah adalah satu bidang yang luas mengenai sesuatu perkara yang penting bagi kelangsungan hidup. Dengan adanya video tersebut saya dapat memahami lebih lanjut mengenai ilmu falsafah iaitu dapat membuka fikiran, lebih cekap dalam pencarian atau pemilihan maklumat dan dapat mengelakkan terus mempercayai berita-berita palsu tanpa menyelidik terlebih dahulu supaya berfikiran lebih matang daripada sebelumnya.
ReplyDelete