Sunday, 23 December 2018


KESESUAIAN MENERAPKAN FALSAFAH YANG TIDAK BERSANDARKAN AGAMA DALAM PRAKTIS KOMUNIKASI

Pada pendapat saya, agama merupakan aspek yang perlu dititikberatkan dalam falsafah untuk berkomunikasi.  Falsafah bertujuan untuk mengubah pemikiran manusia agar berfikiran lebih kritis dan logik. Falsafah yang tidak bersandarkan kepada agama dianggap tidak benar kerana ianya akan menyebabkan wujud fahaman-fahaman lain seperti idealisme dan sebagainya.

Namun begitu, tidak semestinya semua falsafah perlu bersandarkan kepada agama.  Hal ini demikian kerana apabila falsafah tersebut dilihat atau diyakini sesuai untuk digunakan dalam berkomunikasi, maka ianya boleh digunakan. Selain itu, falsafah juga boleh diperolehi melalui penyelidikan atau kajian daripada tokoh-tokoh terdahulu. Berdasarkan kepada kajian tersebut, maka falsafah wujud dan menjadi panduan masyarakat sehingga ke hari ini. Antara tokoh-tokoh falsafah pada zaman dahulu ialah Plato, Socrates dan Aristotle.

Falsafah sebenarnya boleh diperolehi melalui pemikiran yang logik dan kritis, dan mampu menjawab persoalan-persoalan yang akan timbul pada masa akan datang. Sebagai contoh, apabila pertanyaan masyarakat dapat dijawab dengan bersandarkan falsafah tersebut,  maka ianya adalah sesuai digunakan dan boleh dikomunikasikan untuk menerangkan suatu perkara atau isu.

Selain itu, kesesuaian falsafah tersebut yang tidak bersandarkan kepada agama perlu dipercayai, diyakini dan diterima oleh semua orang. Meskipun ianya diperolehi mengikut kesesuaian, tetapi kepercayaan dan keyakinan masyarakat untuk menggunakan falsafah tersebut perlulah tinggi. Hal ini demikian kerana kewujudan falsafah tersebut akan mula dipersoalkan jika sesetengah orang tidak percaya dan yakin mengenai falsafah tersebut dan tidak mustahil jika mereka akan membangkitkan pula isu agama.

Sebagai kesimpulan, kesesuaian falsafah tanpa bersandarkan pada agama diperbolehkan, asalkan ianya diterima dan dipercayai manusia sejagat.  Falsafah tersebut perlulah kuat dan mampu menjawab soalan-soalan yang timbul dalam masyarakat.  Hal ini penting bagi memastikan kewujudannya kekal dan boleh digunapakai dalam mana-mana perkara yang akan dikomunikasikan.

SITI NUR HAJAR BINTI JUNI@ANUS
BA16110060

15 comments:

  1. Adakah pendapat saya ini betul atau sebaliknya? Saya berharap rakan yang lain boleh mengemukakan idea atau pendapat yang lain. Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Saya bersetuju dengan pendapat Hajar. Bagi saya, perkaitan Falsafah dengan agama diterapkan atau tidak, tiada masalah pun sebenarnya. Hal ini demikian kerana, falsafah hanya sebagai garis panduan sahaja kepada seseorang. Setiap orang akan ada pendapat yang berbeza berdasarkan falsafah yang mereka ingin gunakan.

    Falsafah bersikap terbuka, bagi saya la....Kawan -kawan lain pulak macam mane? Setuju ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul fatin, falsafah bukan bersandarkan kepada agama sahaja tetapi juga mempertimbangkan falsafah dari bidang ilmu lain yang dapat digunakan sebagai garis panduan dan sumber pengetahuan oleh manusia.

      Delete
    2. Saya setuju dengan anda saudari Fatin. Menurut pemahaman saya, asalkan falsafah tersebut diterima dan diyakini, maka ianya diperbolehkan.

      Delete
  3. Bagi pandangan saya dialog falsafah yang dibawakan ke dalam masyarakat perlu mengambil kira pandangan semua masyarakat bukan hanya kepada wakil agama sahaja. Situasi ini boleh berlaku di mana-mana seperti di kawasan sekolah atau institusi, dalam kawasan perumahan dan rumah ibadat.
    Setiap pandangan yang diutarakan perlu dihormati kerana penerimaan seseorang terhadap sesuatu isu tidak sama di mana individu tersebut mungkin berkata dari segi pengalaman yang pernah di alaminya.
    Namun menerapkan asas agama ke dalam falsafah komunikasi ini perlu difahami lebih dalam tanpa memprovokasi kepentingan agama lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Tasya, lebih-lebih lagi kita tinggal dalam masyarakat pelbagai kaum yang berlainan agama, budaya dan bangsa. Isu agama sememangnya sensitif.

      Delete
  4. Falsafah merupakan kecintaan kepada ilmu pengetahuan dan keinginan manusia untuk memilikinya dan menggunakannya dengan betul. Oleh itu, falsafah boleh diperolehi dari pelbagai bidang ilmu termasuk agama. Disebabkan hal tersebut, falsafah tidak semestinya bersandarkan kepada konteks agama sahaja. Falsafah boleh diperoleh daripada bidang ilmu lain yang berkait rapat dengan kehidupan manusia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar sekali, saudari. Falsafah tidak semestinya bersandarkan kepada agama kerana ianya boleh diperolehi dengan cara mengkaji kebenarannya dan sebagainya

      Delete
  5. Tidak dinafikan setiap perkara itu boleh dikaitkan dengan falsafah agama. Tetapi tidak menjadi kewajipan juga untuk sentiasa mengaitkan perkara ini dengan falsafah agama. Justifikasi mengapa setiap perkara itu tidak dikaitkan dengan agama adalah untuk bersifat neutral. Apabila sesuatu pandangan itu bebas digunakanoleh sesiapapun meski beelainan agama.

    NUR HAMIZAH BINTI YUSOFF
    BA15111098

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Miza. saya sangat setuju dengan pandangan Miza.

      Delete
    2. Saya bersetuju mengenai pendapat anda berkaitan dengan perkara ini.

      Delete
  6. Terima kasih atas pendapat anda semua. Saya sangat tertarik dengan idea yang anda semua utarakan. Terima kasih semua

    ReplyDelete
  7. Saya bersetuju dengan semua kenyataan oleh ahli-ahli rakan saya mengenai hal ini. Falsafah dan agama juga adalah merupakan dua perkara yang berbeza dan tidak seharusnya sentiasa saling bersandar dan saling berkait antara falsafah dan agama.

    ReplyDelete