Tuesday, 25 December 2018

PENGERTIAN DAN SUMBER FALSAFAH KOMUNIKASI


Falsafah adalah kecintaan kepada ilmu pengetahuan dan keinginan yang kuat oleh seseorang untuk memiliki ilmu pengetahuan dan mempraktikkannya dengan betul. Falsafah berasal daripada perkataan Greek iaitu philia yang bermaksud cinta dan Sophia yang bermaksud pengetahuan. Falsafah berasal daripada seseorang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam dan memahami mengenai sesuatu bidang ilmu. falsafah terdiri daripada logic, etika, epistemology dan juga metafizik. Tokoh-tokoh falsafah yang terkemuka adalah seperti Socrates, Plato dan Aristotle.


ANDRISIA ANDREAS (BA16110454)


11 comments:

  1. Baik la Andrisia, saya jelas mengenai pengertian falsafah. Bagaimana pula dengan yang dimaksudkan sumber falsafah komunikasi?? Kawan-kawan tolong jawab....Kite kongsi-kongsi maklumat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin Saudari Andrisia maksudkan bahawa sumber falsafah adalah daripada tokoh-tokoh yang bijaksana atau mungkin ianya berasal daripada orang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih tinggi mengenai sesuatu perkara.

      Delete
    2. Ya saudari Hajar, itulah perkara sebenar yang ingin saya sampaikan. Terima kasih kerana sudi memberi pencerahan bagi pihak saya.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Saudari Andrisia telah memberitahu bahawa sumber-sumber falsafah komunikasi adalah daripada tokoh-tokoh yang bijaksana seperti Socrates, Plato dan Aristotle. Perkara ini sememangnya benar dan saya tidak menafikannya. Walau bagaimanapun, disini saya ingin menanmbah sedikit penerangan tentang perkara ini. Sumber falsafah komunikasi sebenarnya hasil daripada penyelidikan dan kajian yang dilakukan oleh tokoh-tokoh tersebut. Malalui penyelidikan mereka, maka falsafah komunikasi dicipta dan menjadi panduan pada hari ini. Selain itu, oleh kerana falsafah komunikasi menurut Islam mestilah bersandarkan kitab Allah SWT dan tidak melanggar hukum Allah SWT, maka saya berpendapat bahawa salah satu sumber falsafah komunikasi adalah sama dengan falsafah-falsafah bidang lain iaitu kitab Al-Quran.

    ReplyDelete
  4. Perkongsian mengenai pengertian falsafah ini adalah sangat berguna kepada pembaca ataupun khususnya kepada semua masyarakat. hal ini demikian bertujuan agar semua masyarakat dapat sedia maklum apa sebenarnya pengertian falsafah dan sedikit sebanyak mampu menambah pengetahuan masyarakat mengenai falsafah ini sendiri.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Saya bersetuju dengan apa yang telah diutarakan oleh saudari Andrisia bahawa falsafah merupakan kecintaan kepada ilmu pengetahuan dan keinginan yang kuat oleh seseorang untuk memiliki ilmu pengetahuan dan mempraktikkannya dengan betul.
    Ini kerana sebagai seorang manusia sememangnya kita sentiasa ingin mencari ilmu pengetahuan yang baru disebabkan dalam pemikiran kita sentiasa terdapat persoalan-persoalan yang timbul mengenai apa sahaja isu yang belum kita ketahui jawapan kepada permasalahannya. Justeru itu, manusia sentiasa berusaha untuk mencari ilmu baru dan membina suatu ciptaan atau teori-teori baru untuk dikongsikan.

    ReplyDelete
  7. Tanpa mengira latar belakang siapa sahaja yang mengutarakan ilmu atau pendapat tapi saya tahu bahawa tokoh yang anda sebutkan di atas adalah tokoh ilmuwan daripada luar negara. Bagi saya apa sahaja ilmu atau dari mana kita dapatkan daripada siapa itu tidak penting iaitu kita boleh ambil sahaja dari sudut positif dan tinggalkan apa yang yang patut ketepikan. Oleh itu, segala ilmu boleh diamalkan dan diambil sebagai pedoman selagi tidak bertentangan dengan al Quran dan hadis.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih kerana sudi membahaskan topik ini kawan-kawan. Banyak penambahan info bermanfaat yang dapat kita peroleh melalui perbincangan ini. Teruskan berkongsi ilmu melalui ruangan ini.

    ReplyDelete
  9. Saya merasakan kemungkinan kita boleh mengaitkan falsafah komunikasi dengan model komunikasi yang dibawa oleh Harold Laswell. Model ini menggunakan lima pertanyaan yang perlu ditanyakan dan dijawab dalam melihat proses komunikasi yaitu, who (siapa), says what (apa yang dikatakan), in which channel (saluran komunikasi), to whom (kepada siapa), with what effect (unsur pengaruh).

    ReplyDelete