KEPENTINGAN FALSAFAH KOMUNIKASI DALAM
MEMBENTUK KANDUNGAN KOMUNIKASI
by Evonnetasya Johnny (BA16160973)
Falsafah komunikasi boleh dibahagikan kepada banyak
bahagian contohnya komunikasi interpersonal, intrapersonal, perhubungan awam,
periklanan dan kewartawanan serta penyiaran. Kesemua falsafah yang diwujudkan
atas dasar ilmiah merupakan salah satu disiplin ilmiah yang menekankan
kebenaran secara umum dan asasnya kerana ia dipengaruhi oleh ciri-ciri yang
sedia ada iaitu merupakan satu usaha pemikiran yang tuntas yang mana tujuannya adalah
untuk mendapatkan kebenaran.
Falsafah yang diertikan dengan cinta kepada ilmu juga
bermakna bahawa sesuatu yang tidak terhad kepada mana-mana aspek tertentu dan
merangkumi keseluruhannya iaitu terdapat beberapa aspek yang mana pemikiran
tersebut tidak hanya memfokuskan terhadap aspek berkenaan. John Dewey (1925) mengatakan
bahawa falsafah merupakan sesuatu perjuangan manusia yang mampu dilihat melalui
penyesuaian di antara kumpulan tradisi yang membentuk akal manusia dengan cita-cita
politik baru.
Falsafah bagi saya adalah sebuah proses memahami secara
mendalam dan menitikberatkan pelbagai faktor ilmiah yang lain. Falsafah
melindungi satu ilmu daripada disalahertikan kerana pemahaman setiap individu
adalah berlainan. Saya melihat falsafah ini sebagai satu panduan kepada anak
muda yang baru belajar memahami perkara baru. Kerana apa yang berlaku di
persekitaran kita setiap hari mempunyai falsafah yang tersendiri.
Falsafah sangat penting dalam bidang komunikasi di mana
ianya membantu pengamal media berfikir mengenai kehidupan dan kewujudan semua
makhluk yang ada di bumi. Contohnya sebagai wartawan, mereka ditekankan agar
mereka sentiasa menyebarkan kebenaran kepada masyarkat dan menjaga etika
kewartawanan. Di sini kita dapat lihat bahawa kebenaran ini telah diajarkan
dalam banyak agama dan diaplikasikan ke dalam kegiatan kita setiap hari.
Adakah Tasya, maksudkan di sini, bahawa pengamal media perlu mengamalkan atau menerapkan falsafah dalam diri mereka??
ReplyDeleteAdakah pengamalan falsafah ini mampu untuk menjadikan pengamal media lebih beretika dan berdisiplin???
Jika kita teliti semula maksud falsafah, Falsafah didefinisikan sebagai kebijaksanaan yang terhasil daripada dua perkataan iaitu "Philia" yang bermaksud Cinta dan "Sophia" yang bermaksud Kebijaksanaan. Secara keseluruhannya ia merujuk kepada cinta kepada kebijaksanaan. "Wisdom" pula merujuk kepada ilmu pengetahuan. Dalam konteks "Love of Wisdom", ia merujuk kepada cinta kepada ilmu pengetahuan dan usaha mencari kebenaran.
Deletesudah sememangnya apabila pengamal media menggunakan falsafah ia akan menjadikan mereka lebih beretika dan berdisiplin kerana falsafah itu sendiri mengajar kita untuk cinta kepada pengetahuan dan cinta kepada kebenaran. Bagi pengamal media yang mengamalkan falsafah mereka akan bertindak dengan lebih bijak dan mengikuti semua garis panduan atau etika yang telah ditetapkan dalam pekerjaan. Saya harap dengan penjelasan yang ringkas ini dapat memberi pencerahan kepada saudari Fatin dan rakan-rakan yang lain.
NUR HAMIZAH BINTI YUSOFF
BA15111098
Ya betul sekali Fatin Farhana, kita sebagai pengamal media perlu meletakkan perkara ini di atas prinsip kita sebagai seorang yang mempelajari dunia Komunikasi.
DeleteOleh kerana kita lebih banyak terdedah kepada dunia maya ini maka kita perlu membantu menaikkan taraf kepercayaan masyarakat kepada dunia kita.
Terima kasih Miza dan Tasya. Jadi falsafah itu sememangnya penting untuk diamalkan dan dirujuk oleh pengamal-pengamal media.
ReplyDeleteSaya bersependapat dengan anda semua. Tidak dapat dinafikan bahawa falsafah ini berperanan besar dalam membentuk sebuah komunikasi yang berkesan. Tanpa adanya falsafah, kita tidak akan dapat menghuraikan suatu isu atau perkara dengan benar dan tepat.
ReplyDeleteSaya menyokong pendapat anda semua. Falsafah merupakan kecintaan kepada ilmu pengetahuan dan keinginan seseorang untuk memiliki dan mempraktikkannya dengan betul. Merujuk kembali kepada maksud falsafah itu sendiri kita mampu melihat dengan jelas bahawa seseorang yang berpegang kepada falsafah merupakan golongan yang bjaksana, oleh itu mereka hendaklah menggunakan kebijaksanaan itu dengan sebaiknya.
ReplyDeleteSemua pendapat yang dinyatakan diatas adalah benar dan saya menyokongnya, Tidak dapat dinafikan bahawa falsafah ini juga mempunyai peranan dalam sesebuah komunikasi dan secara tidak langsung ianya diguna pakai dalam kehidupan seharian sesetengah masyarakat.
ReplyDeleteTerima kasih untuk semua respon yang membina dalam perkongsian saya.
ReplyDeleteSaya bersetuju dengan kenyataan saudari bahawa Falsafah sangat penting dalam bidang komunikasi. Dalam aspek periklanan falsafah membantu pengiklan agar berfikiran lebih kritis dan mengikut garis panduan pengiklanan yang betul. Ianya merangkumi kebenaran mesej iklan dan mengelakkan berlakunya penipuan maklumat berkaitan iklan yang dikeluarkan. Falsafah juga membuat pengiklan berfikir dengan lebih jauh tentang kesan iklan terhadap pengguna jika mereka membuat sebarang penipuan dalam iklan mereka.
ReplyDeleteTanpa memikirkan jenis falsafah komunikasi seperti periklanan, perhubungan awam, dan lain-lain tujuannya adalah untuk mencari kebenaran di sebaik falsafah tersebut. Falsafah merupakan satu bidang untuk mencari kebenaran, oleh itu perlu memahami falsafah sesuatu falsafah dengan telili supaya dapat diperjuangankan dengan sebaiknya.
ReplyDeleteMOHAMAD NUR AMIN MD ZAIN
BA16110270
Tanpa memikirkan jenis falsafah komunikasi seperti periklanan, perhubungan awam, dan lain-lain tujuannya adalah untuk mencari kebenaran di sebaik falsafah tersebut. Falsafah merupakan satu bidang untuk mencari kebenaran, oleh itu perlu memahami falsafah sesuatu falsafah dengan telili supaya dapat diperjuangankan dengan sebaiknya.
ReplyDeleteMOHAMAD NUR AMIN MD ZAIN
BA16110270