Ketegasan dalam melaporkan berita amat penting. Malah, menurut
Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Malaysian Communications and Multimedia
Commission (MCMC) menegaskan bahawa sebarang laporan yang palsu atau kurang
tepat, penyebaran maklumat yang tidak benar yang mana boleh mengganggu serta
menggugat keamanan dan kestabilan negara merangkumi aspek ekonomi dan
keselamatan nasional akan diambil tindakan tegas.
Berdasarkan kenyataan tersebut kita dapat melihat bahawa sebagai
seorang wartawan merupakan alat penghubung dan penyampai maklumat kepada orang
awam. Disebabkan itu, individu tersebut
perlu mengelakkan diri daripada melaporkan suatu berita yang tidak tepat
ataupun yang mana maklumatnya tidak dapat atau belum ditentukan kesahihannya.
Wartawan
ialah golongan profesional yang dapat mempengaruhi pandangan serta sikap
masyarakat berdasarkan laporan dan penulisannya. Oleh itu, masyarakat berhak
untuk mengetahui kebenaran yang disampaikan berkaitan isu-isu yang timbul.
Berdasarkan kebenaran laporan yang dikeluarkan oleh wartawan, masyarakat akan
tahu situasi dan keadaan sebenar yang berlaku dalam negara.
Hal
ini akan memudahkan masyarakat untuk menganalisis kebenaran yang perlu mereka
percayai. Sehubungan itu, ia juga dapat mengelakkan mereka dipengaruhi oleh
gosip-gosip dan maklumat yang tidak diketahui kesahihannya yang mana selalu dilaporkan
oleh mana-mana pihak menggunakan saluran media sosial.
Selain
itu, kebenaran dalam menghasilkan iklan boleh dilihat dalam Story of
Advertising (1958), yang mana telah dipetik oleh Pollay (1978) dalam (Mohd
Helmi bin Abd rahim, 2004), menceritakan berkaitan dengan pengiklanan yang
dikatakan sebagai cerita tentang manusia. Dari aspek kebenaran ia menghuraikan
tentang kehendak, kebiasaan, cita rasa, kelemahan, harapan serta tuntutan
manusia.
Berdasarkan
iklan, kita dapat melihat pada perkara sebenar bagaimana manusia menjalani
kehidupan mereka sehari-hari bermula pada abad yang lalu dan sehingga keadaan
mereka sekarang (hal.64). Malahan, Harper’ s Weekly dalam sebuah keluarannya
pada tahun 1879, telah memberikan pandangan bahawa iklan merupakan cermin
kepada kehidupan sebenar (Mohd Helmi bin Abd rahim, 2004).
Berdasarkan kenyataan tersebut kita boleh melihat bahawa kebenaran
perlu diaplikasikan dalam penghasilan iklan. Hal ini kerana, ia mencerminkan kehidupan
manusia yang mana merangkumi aspek kehendak, kebiasaan, cita rasa, kelemahan,
harapan serta tuntutan manusia pada masa kini. Kesemua aspek tersebut dapat
dilihat melalui iklan-iklan yang dihasilkan yang mana akan menjadi rujukan
kepada generasi hadapan dan mereka dapat melihat cara kehidupan budaya masyarakat
terdahulu melalui iklan.
Selain itu, dalam iklan, mesej yang ingin disampaikan oleh peniaga
harus benar dan tidak meragukan. Sebagai contoh, maklumat tentang barangan atau
perkhidmatan yang ditawarkan. Ini kerana ia akan memberikan kesan kepada
pengguna, malah ia juga menjadi satu pengaruh untuk pengguna melakukan
keputusan pembelian yang mana juga akan membina kepercayaan pengguna terhadap
jenama barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan.
DEBBIE RACHEL BALANTIS (BA15110101)
Rujukan
Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia. (2015). Kenyataan Media: Berpegang Kepada
Kebenaran, MCMC Memperingatkan. (Atas Talian).
https://www.skmm.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/MCMC-STICK-TO-THE-TRUTH-PRESSER-v2.pdf.
Diakses pada 26 December 2018.
Mohd Helmi
bin Abd Rahim. (2004). Pengiklanan dan Budaya Tempatan. Jurnal Komunikasi Jilid
20, 2004 m.s: 79-93.
Benar sekali ulasan yang diberikan. Saya lihat sngt berbaloi untuk kita menegakkan kebenaran dalam menyampaikan apa-apa sahaja berita tidak kira melalui berita mahupun iklan. Seperti kita semua sedia maklum dua medium ini digunakan untuk menyampaikan mesej dan maklumat kepada penonton. Sebagai penonton pula kita seharusnya bijak untuk membezakan antara yang betul atau salah.
ReplyDeleteNUR HAMIZAH BINTI YUSOFF
BA15111098
sebagai tambahan, sebelum menyampaikan kebenaran kita harus perhatikan kesan jika kita sampaikan kebenaran tersebut. boleh jadi ia akan menampakkan kelemahan kita sendiri. tidak semua perkara kita boleh jadi 'transparent'. jika kebenaran yang mengandungi kelemahan dikongsikan di dalam syarikat sahaja ia adalah sesuatu yang baik di mana mereka akan dapat memperbaiki kelemahan tersebut. tetapi jika kelemahan tersebut diberitahu kepada semua orang ia akan menjejaskan nama baik syarikat tersebut. disebabkan perkara ini tidak semua perkara boleh diberitahu kebenarannya demi menjaga kepentingan sesuatu perkara.
DeleteBetul Miza.... Selepas banyak membaca mengenai Falsafah, baru saya tahu bahawa ada sebab mengapa syarikat dan media tidak menyatakan kebenaran secara mendalam atau terperinci.
DeleteBetul Miza.... Selepas banyak membaca mengenai Falsafah, baru saya tahu bahawa ada sebab mengapa syarikat dan media tidak menyatakan kebenaran secara mendalam atau terperinci.
DeleteThis comment has been removed by the author.
Deletetepat fatin. kita mahukan keadilan dengan mendapatkan kebenaran. tetapi kita harus tahu sebab mengapa media tidak mengulas sesuatu perkara kepada khalayak. ia demi menjaga keselamatan dan keharmonian negara dan rakyat. tetapi pihak media juga tidak boleh mengambil kesempatan untuk memutarkan belit sesuatu maklumat. perkara ini akan menimbulkan kekecohan dan pergaduhan juga dalam kalangan kita
DeleteSaya bersetuju dengan pendapat anda yang mengatakan bahawa bertegas kepada kebenaran dalam melaporkan berita dan iklan sangat penting. Hal ini demikian kerana bertegas kepada kebenaran merupakan suatu cara terbaik untuk mencegah para wartawan khususnya daripada melaporkan berita palsu. Selain itu, ianya penting untuk mendidik jiwa manusia agar sentiasa menyampaikan kebenaran bagi mengelakkan kekeliruan berlaku dalam kalangan mereka.
ReplyDeleteTidak dapat dinafikan bahawa semua orang berhak untuk mendapatkan maklumat yang benar. Manusia juga mempunyai sikap yang berbeza dimana segelintir daripada mereka cenderung untuk mempercayai semua maklmuat yang disampaikan kepada mereka kerana mereka mempercayai individu yang menyampaikan maklumat tersebut. Perkara ini menyebabkan ramai individu yang tidak bertanggungjawab memperalatkan kenaifan individu lain. Perkara ini adalah salah dan sepatutnya tidak berlaku. Individu atau pihak-pihak yang menyebarkan berita palsu ini perlu diambil tindakan yang sepatutnya. Oleh yang demikian saya amat bersetuju dengan huraian pendapat anda di atas.
ReplyDeleteWartawan merupakan individu yang penting dalam masyarakat kerana mereka mempunyai pengetahuan dan maklumat yang tidak dimiliki oleh orang lain. Rahsia besar juga sering di hadapan mata mereka namun profesion mereka menjadikan mereka lebih amanah dalam menjaga rahsia tersebut. Jika tidak tegas dalam menyuarakan mesej yang berbaur fitnah maka satu negara boleh berlaku kekecohan. Oleh itu pentingnya pendedahan kepada berita palsu kepada masyrakat luar yang tidak peka terhadap apa yang berlaku sebenarnya.
ReplyDeleteSaya bersetuju dengan anda. Tidak hanya bagi pihak kewartawanan dan juga para pengiklan, masyarakat juga perlu untuk bersikap tegas dalam menampilkan ataupun menegakkan kebenaran dan tidak membiarkan diri berterus-terusan di herdik oleh kata-kata yang negatif disebabkan oleh beritan yang tidak mengenai diri kita. Sikap untuk mempertahankan diri perlulah kuat dan perlu ada pada setiap diri manusia.
ReplyDeleteKebenaran sememangnya penting untuk diketahui oleh masyarakat tidak kira dalam berita atau iklan. Hal ini demikian kerana mereka hanya menerima dan mempercayai sahaja sebarang maklumat yang diterima daripada media yang mereka gunakan. Jika kebenaran disembunyikan disebalik mesej atau berita yang disampaikan, ianya pasti akan terbongkar juga pada suatu masa. Maka, pada waktu itu berlakulah kekecohan dan pertengkaran dalam masyarakat. Oleh itu, kebenaran sesuatu berita atau mesej itu perlu disampaikan secara terus pada waktunya.
ReplyDeleteDalam melakukan seharusnya wujud etika dan profesionalisme dalam melakukan tugas supaya kerja yang dilakukan sentiasa positif supaya tidak membawa kesan yang tidak baik kepada seseorang. Berita yang tidak benar sememangnya boleh membwa kesan yang buruk kepada seseorang iaitu melibatkan maruahnya dan boleh terjadi juga kesalahan maklumat yang boleh menyumbang kepada fitnah dan menyebabkan nama seseorang itu tercalar. Oleh itu, perlu wujudnya undang-undang yang boleh mendakwa akta menyebarkan berita tidak benar.
ReplyDelete