NURUL FATIN FARHANA binti AKMALUDIN
BA16110525
Menurut hukum,
keadilan ialah hak dan kewajiban, di mana pelanggaran terhadap keadilan
tersebut akan dikenakan hukuman berdasarkan undang-undang (Fuady,2007:118).
Keadilan sering dikaitkan dengan kejujuran, kebenaran dan perkara yang
berkaitan dengan hak yang sepatutnya diterima oleh seseorang.
Menurut Falsafah
Yunani pula iaitu Aristotles (dalam Fuady, 2007:93) menyatakan bahawa keadilan
merujuk kepada hukuman atau urutan yang perlu diikuti dan tidak boleh dilanggar
oleh sesiapun. Selain itu, seseorang itu
tidak boleh mengambil lebih dari haknya. Hal ini merujuk kepada persamaan hak
iaitu sama rata, seimbang, dan tidak bersifat berat sebelah.
Dalam dunia
kewartawanan pula, keadilan merujuk kepada penyampaian berita daripada gambaran
yang sebenar dan jelas tentang sesuatu peristiwa .Hal ini demikian kerana,
media merupakan “mata dan telinga”
kepada khalayaknya. Walau bagaimanapun, tidak semua fakta yang
disampaikan dalam berita dan iklan itu datangnya daripada realiti atau perkara sebenarnya.
Penyampaian berita di Malaysia kebiasaannya akan lebih berpihak atau mengikuti
kepada pengelola atau pemilik syarikat media.
Berdasarkan
kenyataan-kenyataan tersebut, saya berpendapat, adalah lebih berbaloi sekiranya
bertegas terhadap keadilan dalam penyampaian berita dan iklan. Hal ini demikian
kerana, komunikasi tidak boleh dipisahkan dari hak asasi
masyarakat terhadap maklumat, serta prinsip transparansi dalam institusi dan
proses-proses pemerintahan. Komunikasi memiliki sisi pendidikan. Komunikasi yang
efektif tentang risiko seharusnya dihadapi bersama, misalnya fungsi dari
kepemimpinan dan sebuah langkah proaktif untuk mendengar, serta berkongsi
pengetahuan dan informasi.
Sebagai contoh, hal-hal
yang melibatkan agama, kaum, dan budaya perlu disampaikan secara baik dan tidak
bersikap rasis dalam penyampaian berita atau iklan. Di sini,konsep keadilan
yang dilanggar oleh mana-mana pihak media akan dikenakan tindakan kerana telah
melanggar sensitiviti utama rakyat Malaysia. Konsep keadilan itu melibatkan
hukum dan undang-undang yang telah menjaga hak asasi manusia di dalam negara.
Maka di sini, hak seseorang itu dapat ditegakkan sekiranya mereka merasa
dirinya terancam atau tidak selamat.
Misalnya, Isu
ICERD atau segala bentuk diskriminasi kaum yang semakin hangat diperkatakan
sekarang, tidak diteruskan setelah melihat kepada keburukan atau kesan yang
bakal dihadapi sekiranya ianya diteruskan di Malaysia yang mempunyai masyarakat
berbilang kaum. Kebanyakan laporan berita menggunakan headline yang lebih ke
arah untuk menunjukkan bahawa negara lebih bersikap adil dalam mendengar atau
mengambil pendapat daripada rakyat yang kebanyakannya tidak bersetuju dengan
ICERD. Antaranya daripada “Bh Online”,
menggunakan Headline “Isu ICERD: Biar
rakyat tentukan” , Isu ICERD:PH tidak akan langgar perlembagaan negara (Kosmo
Online).
“Kumpulan yang membantah khuatir pengesahan Malaysia ke
atas konvensyen berkenaan membawa implikasi negatif kepada keadaan demografi
rakyat negara ini terutama Bumiputera dan Melayu kerana berpendapat, penduduk
asal tidak lagi akan dilindungi keistimewaan seperti diperuntukkan dalam
kontrak social”.
“Jaminan Dr Mahathir itu melegakan kerana memang
sewajarnya cadangan yang sensitif seperti isu ICERD dirujuk untuk mendapatkan
pandangan rakyat terlebih dahulu, selain dipastikan tidak bercanggah dengan
Perlembagaan Malaysia, iaitu undang-undang tertinggi yang sudah lama menyatukan
rakyat kita”.
(Sumber: BH Online)
“Malaysia mempunyai pelbagai kaum, agama dan budaya serta
mengamalkan cara kehidupan yang berbeza dengan negara-negara lain, apa yang
penting kita perlu menjaga kesejahteraan dan keamanan serta hubungan baik
antara kaum yang ada di negara kita," katanya pada sidang media selepas
mengadakan lawatan kerja ke Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP), Pagoh, di sini
hari ini”.
“Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata PH
adalah kerajaan yang bertanggungjawab dan segala keputusan yang akan diambil
dalam pelaksanaan ratifikasi ICERD akan diteliti dan mengambil kira kepentingan
semua pihak”.
(Sumber:
Kosmo Online)
Mane lagi berbaloi? Kebenaran ke Keadilan? Haaaa, cube komen.
ReplyDeleteKebenaran dan keadilan sama-sama penting kerana ianya saling melengkapi untuk meningkatkan kesahihan suatu berita yang akan disebarkan kepada orang ramai.
DeleteBagi saya kebenaran dan keadilan adalah satu konsep yang saling berkait antara satu sama lain di mana jika ada kebenaran maka satu keadilan itu boleh diperjuangkan dan dimenangkan.
ReplyDeleteDalam kehidupan kita setiap hari adalah biasa kita ingin dilayan sama rata kerana ianya merupakan asas dalam kehidupan.
Melihat kepada isu yang berlaku di sekitar kita setiap hari di mana penipuan berlaku di mana-mana terutama di media sosial , ini menunjukkan bahawa integriti dan penerapan kebenaran dan keadilan dalam dunia media sosial masih rendah.
Bukan tidak diperjuangkan namun usaha beberapa orang tidak mungkin sampai kepada masyarakat yang inginkan kebenaran di mana pihak atasan mungkin telah berkomplot menutup mulut mereka.
Sejujurnya media sosial pada masa kini tidak lagi boleh dipercayai 100% kerana info yang disalurkan boleh datang daripada pelbagai sumber dan salah satu sumber adalah daripada mereka yang ingin mewujudkan huru-hara.
Betul Tasya, kedua-duanya memang saling berkaitan. Tapi,bagi Tasya, ada perbezaan atau tidak kebenaran dan keadilan tu?? Sebab bagi saya, kebenaran tu mungkin dari wartawan tu sahaja, pembaca belum tentu menyatakan sesuatu mesej itu benar atau tidak. Persepsi manusia berbeza-beza. Kalau keadilan pulak, mesej yang disampaikan mestilah berlandaskan kepada undang-undang dan peraturan. Jadi, bagi saya lebih berbaloi keadilan berbanding kebenaran.
DeleteBagi saya perbezaannya mungkin dari segi konsepnya sahaja, tetapi dari segi fungsi atau perananya dalam konteks ini, ianya hampir sama.
DeleteBagi saya, kebenaran dan keadilan adalah perkara yang penting dalam menyampaikan berita kepada masyarakat. Masyarakat mempunyai hak untuk mengetahui kebenaran dan mereka bebas membuat pengadilan terhadap perkara yang dilaporkan. Jika kita selusuri kembali Tugas utama wartawan ialah menyampaikan maklumat yang benar kepada masyarakat. Melalui kebenaran yang mereka terima secara tidak langsung boleh membawa keadilan juga kepada mereka. Sebagai contoh, wartawan melaporkan kebenaran terhadap kes penyelewengan sesebuah bank, selepas mengetahui kebenaran terhadap kes tersebut pengguna bank tersebut boleh membuat laporan untuk menuntut keadilan mereka dan mendapatkan kembali wang telah diseleweng oleh pihak bank. Itulah fungsi utama kebenaran dan keadilan dari sudut pandangan saya.
ReplyDeleteNUR HAMIZAH BINTI YUSOFF
BA15111098
Saya setuju dengan hujah kamu saudari Miza.
DeleteBaik, jadi Miza menyatakan kedua-dua nya sama penting. Saya faham apa yang dijelaskan oleh Miza.
ReplyDeleteSoalan yang sangat baik untuk dibincangkan. Pada pendapat saya, Keadilan dan kebenaran adalah sama-sama penting daam menyampaikan suatu berita kepada orang ramai. Jika salah satunya tiada, maka berita yang disampaikan tidak sempurna dan tidak memberi manfaat kepada pembaca.Seperti yang kita sedia maklum, tugas utama wartawan adalah menyampaikan kebenaran kepada masyarakat untuk memastikan masyarakat faham dengan jelas mengenai apa yang sedang berlaku dan apa yang sedang diperkatakan. Manakala, keadilan juga sangat perlu dalam menyampaikan mesej kepada audien. keadilan perlu untuk memastikan berita tersebut tidak dipersoalkan kewujudannya. Setiap berita yang disampaikan perlu adil kepada semua masyarakat dan memberi manfaat kepada mereka.
ReplyDeleteTepat sekali Hajar. Jika kita tidak mengambil berat tentang isu adil dan benar dalam menyampaikan maklumat melalui berita mahupun iklan ia akan menjadi persoalan kepada penonton dan juga pembaca.
DeleteSaya bersetuju dengan hujahan yang dibincangkan diatas. Kedua-dua kebenaran dan keadilan adalah penting dalam ssebuah perkara dan ianya juga mampu memberikan pengaruh yang besar kepada satu perkara sekiranya kebenaran dan keadilan tidak ditegakkan kerana mampu memudaratkan sesetenga pihak.
ReplyDeleteSetelah melakukan perbincangan dengan rakan-rakan kelas kita yang lain sebentar tadi, saya mendapat satu idea atau pun kefahaman yang baru mengenai kebenaran. Menyatakan kebenaran sememangnya perkara yang bagus di mana khalayak akan mendapat maklumat yang benar. Tetapi jika kita fikirkan sebentar jika kita memberitahu semua kebenaran tanpa menapis terlebih dahulu perkara ini boleh membawa kemudaratan juga sebenarnya. Sebagai contoh isu hutang yang dialami oleh Negara kita. Jika kita memberi tahu kebenaran tentang hutang yang ditanggung oleh Malaysia ia akan menimbulkan kebimbangan kepada rakyat Malaysia. Rakyat akan beranggapan malaysia akan muflis dan seterusnya negara kita akan menjadi negara yang mundur. Tetapi jika tidak memberitahu tentang nilai sebenar hutang yang malaysia tanggung, sedikit sebanyak rakyat tidak akan berasa takut atau bimbang mengenai ekonomi negara. Bagaimana pendapat rakan-rakan yang lain?
ReplyDeleteNUR HAMIZAH BINTI YUSOFF
BA15111098
Betul tu Miza.... Saya sangat setuju, memang benar kebenaran adalah keutamaan dalam penyampaian berita mahupun iklan. Tapi hakikatnya, tidak semua kita perlu sampaikan secara mendalam atau terperinci. Maka, di sini kita dapat lihat penyampaian berita dan iklan lebih berbaloi dalam bentuk keadilan. Keadilan untuk mereka tahu, supaya mereka mendapat maklumat dan mengikuti perkembangan semasa. Sebenarnya, apa yang dilakukan para wartawan itu tidak salah kerana mereka sudah menyampaikan kebenaran, namun tidak semuanya perlu diketahui pembaca atau pendengar. Hal ini demikian kerana, jika rakyat tahu semua perkara, maka negara akan mengalami kekecohan dan banyak rusuhan akan berlaku.
ReplyDeleteSemua pendapat yang dihuraikan di atas sememangnya bernas dan bermanfaat. Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa, kebenaran merupakan perkara yang paling diperlukan oleh semua manusia. mendapatkan maklumat yang benar adalah hak semua orang. keadilan juga sama dimana, tanpa keadilan huru-hara akan berlaku.
ReplyDelete