Sebagai profesion yang terlibat dalam membina nama baik
seseorang, organisasi atau idea, imej pengamal perhubungan awam mestilah
bersih. Jika tidak, pengamal perhubungan awam akan menghadapi berbagai-bagai
rintangan untuk mewujudkan kepercayaan dan sokongan orang ramai, sekaligus akan
sentiasa dipandang serong oleh masyarakat. Pada masa kini, pandangan-pandangan
yang negative terhadap peranan dan fungsi perhubungan awam masih berleluasa,
malahan kian buruk apabila ada manusia yang tidak bertanggungjawab dan
mengendalikan berbagai-bagai kegiatan yang tidak diingini dan menggelarkan
aktiviti-aktiviti itu sebagai perhubungan awam.
Perkara yang memburukkan imej perhubungan awam lagi ialah
berbagai pekerjaan atau kegiatan, sama ada positif atau negative telah mengakui
sebagai profesion perhubungan awam contohnya jurujual-jurujual, pegawai-pegawai
akhbar sampailah teman-teman sosial. Perkara yang menaikkan lagi nama baik
profesion perhubungan awam ialah sesiapa saja boleh mengakui dirinya sebagai
pakar perhubungan awam. Ini tidaklah seperti profesion yang dilindungi oleh
undang-undang. Ini bermakna hanya yang lulus dalam peperiksaan yang diiktiraf
boleh mengakui diri mereka sebagai peguam, doktor dan sebagainya. Pertubuhan-pertubuhan
professional perhubungan awam telah mengadakan etika perhubungan awam untuk
memastikan yang ahli-ahli mereka sentiasa menjaga nama baik profesion mereka.
Ini termasuklah Institut Perhubungan Raya Malaysia ( IPRM ). Kod tingkah laku
perhubungan awam IPRM adalah berasakan kepada kod etika Persatuan Perhubungan
Awam Antarabangsa ( IPRA ) yang dipanggil “ Code of Athens ”.
Dapatlah kita simpulkan di sini semakin tinggi kedudukan
pengamal perhubungan awam dalam organisasi, semakin berkesan amalan perhubungan
awam dalam organisasi tersebut. Keberkesanan amalan perhubungan awam dalam
organisasi ini sebenarnya bergantung kepada sejauhmana seseorang pengamal
perhubungan awam mematuhi etika perhubungan awam. Justeru, pengamal perhubungan
awam perlu sentiasa menunjukkan tahap kemahiran dan kompetensi profesionalisme
yang tinggi dalam perlaksanaan tugas komunikasi dan mempunyai tahap keilmuan
dan kemahiran dalam bidang perhubungan awam dan komunikasi bagi membina
keyakinan yang tinggi di kalangan sasaran organisasi dan amalan perhubungan
awam ini amat dituntut dan diperlukan semasa seseorang sedang bertugas dan
pengetahuan yang lebih meluas tentang perkembangan semasa serta kaitannnya
dengan dasar Jabatan atau organisasi yang dianggotai amat diperlukan semasa
menyelesaikan masalah pelanggan.
MOHAMAD NUR AMIN MD ZAIN
BA16110270