Thursday, 27 December 2018

KEPENTINGAN ETIKA DALAM PERHUBUNGAN AWAM


Sebagai profesion yang terlibat dalam membina nama baik seseorang, organisasi atau idea, imej pengamal perhubungan awam mestilah bersih. Jika tidak, pengamal perhubungan awam akan menghadapi berbagai-bagai rintangan untuk mewujudkan kepercayaan dan sokongan orang ramai, sekaligus akan sentiasa dipandang serong oleh masyarakat. Pada masa kini, pandangan-pandangan yang negative terhadap peranan dan fungsi perhubungan awam masih berleluasa, malahan kian buruk apabila ada manusia yang tidak bertanggungjawab dan mengendalikan berbagai-bagai kegiatan yang tidak diingini dan menggelarkan aktiviti-aktiviti itu sebagai perhubungan awam.

Perkara yang memburukkan imej perhubungan awam lagi ialah berbagai pekerjaan atau kegiatan, sama ada positif atau negative telah mengakui sebagai profesion perhubungan awam contohnya jurujual-jurujual, pegawai-pegawai akhbar sampailah teman-teman sosial. Perkara yang menaikkan lagi nama baik profesion perhubungan awam ialah sesiapa saja boleh mengakui dirinya sebagai pakar perhubungan awam. Ini tidaklah seperti profesion yang dilindungi oleh undang-undang. Ini bermakna hanya yang lulus dalam peperiksaan yang diiktiraf boleh mengakui diri mereka sebagai peguam, doktor dan sebagainya. Pertubuhan-pertubuhan professional perhubungan awam telah mengadakan etika perhubungan awam untuk memastikan yang ahli-ahli mereka sentiasa menjaga nama baik profesion mereka. Ini termasuklah Institut Perhubungan Raya Malaysia ( IPRM ). Kod tingkah laku perhubungan awam IPRM adalah berasakan kepada kod etika Persatuan Perhubungan Awam Antarabangsa ( IPRA ) yang dipanggil “ Code of Athens ”.

Dapatlah kita simpulkan di sini semakin tinggi kedudukan pengamal perhubungan awam dalam organisasi, semakin berkesan amalan perhubungan awam dalam organisasi tersebut. Keberkesanan amalan perhubungan awam dalam organisasi ini sebenarnya bergantung kepada sejauhmana seseorang pengamal perhubungan awam mematuhi etika perhubungan awam. Justeru, pengamal perhubungan awam perlu sentiasa menunjukkan tahap kemahiran dan kompetensi profesionalisme yang tinggi dalam perlaksanaan tugas komunikasi dan mempunyai tahap keilmuan dan kemahiran dalam bidang perhubungan awam dan komunikasi bagi membina keyakinan yang tinggi di kalangan sasaran organisasi dan amalan perhubungan awam ini amat dituntut dan diperlukan semasa seseorang sedang bertugas dan pengetahuan yang lebih meluas tentang perkembangan semasa serta kaitannnya dengan dasar Jabatan atau organisasi yang dianggotai amat diperlukan semasa menyelesaikan masalah pelanggan.



MOHAMAD NUR AMIN MD ZAIN
BA16110270

KEPENTINGAN FALSAFAH KOMUNIKASI DALAM MEMBENTUK KANDUNGAN KOMUNIKASI

Falsafah pada dasarnya merupakan satu aliran pemikiran dan tidak semua masyarakat yang mampu untuk memahami maksud sebenar falsafah ini sendiri. Ianya hanya mampu difahami dan dihasilkan oleh pemikir-pemikir yang kritis dan kuat jalan pemikirannya. Namun, dalam sedar tidak sedar falsafah ini turut hadir dalam diri kita iaitu melalui cara pemikiran yang di luar jangkaan ataupun diluar kemampuan orang lain berfikir. Falsafah merupakan salah satu disiplin ilmiah yang menekankan kebenaran secara umum dan asasnya kerana ia dipengaruhi oleh ciri-ciri yang sedia ada iaitu merupakan satu usaha pemikiran yang tuntas yang mana tujuannya adalah untuk mendapatkan kebenaran. Falsafah dapat dikategorikan dalam pelbagai bidang dan falsafah komunikasi bertindak sebagai payung kepada cabang yang pelbagai. Falsafah merupakan salah satu disiplin ilmiah yang menekankan kebenaran secara umum dan asasnya kerana ia dipengaruhi oleh ciri-ciri yang sedia ada iaitu merupakan satu usaha pemikiran yang tuntas yang mana tujuannya adalah untuk mendapatkan kebenaran.

Falsafah dapat dikategorikan dalam pelbagai bidang dan falsafah komunikasi bertindak sebagai payung kepada cabang yang pelbagai.Seterusnya adalah berfikir secara radikal yang mana bermaksud mempunyai pemikiran sehingga ke akarnya dan menyelesaikan segala yang masih menjadi tanda tanya dengan penuh tanggungjawab. Manakala berfikir secara sejagat pula memberi maksud sesuatu yang tidak terhad kepada mana-mana aspek tertentu dan merangkumi keseluruhannya iaitu terdapat beberapa aspek yang mana pemikiran tersebut tidak hanya memfokuskan terhadap aspek berkenaan. Menurut John Dewey (1925), falsafah merupakan sesuatu perjuangan manusia yang mampu dilihat melalui penyesuaian di antara kumpulan tradisi yang membentuk akal manusia dengan cita-cita politik baru. Hal ini memberi maksud bahawa individu yang terlibat dalam berfalsafah sememangnya sentiasa mencari teknik atau apa sahaja cara berfikir yang dianggap olehnya mampu berkesan bagi mendapatkan kebenaran mengenai sesuatu yang disasarkan oleh individu tersebut. 

Di sini dapat dilihat bahawa falsafah mempunyai peranannya yang tersendiri dalam bidang komunikasi. Dengan adanya falsafah dalam kehidupan, akan menjadi seorang individu tersebut terhindar daripada perbuatan yang tidak bermoral kerana falsafah yang ada pada dirinya menjadikan ia sebagai seorang yang lebih berfikiran kritis. Pentingnya falsafah komunikasi dalam kehidupan disebabkan ianya mampu mengelakkan kita daripada disalah ertikan dalam sesebuah konteks dan pada masa yang sama berperanan sebagai alat untuk memahami sesuatu perkara yang baharu buat seseorang. Tidak hanya itu, ia juga menjauhkan manusia yang mempunyai pengertian mengenai falsafah untuk lebih mementingkan soal kebenaran yang berlaku disekeliling daripada menceritakan ataupun menyampaikan mengenai suatu khabar yang tidak benar. 

NUR LIYANA BINTI SULAIMAN
BA16161005

Wednesday, 26 December 2018

KEBERBALOIAN BERTEGAS PADA KEBENARAN DALAM MELAPORKAN BERITA DAN MENGHASILKAN IKLAN



Ketegasan dalam melaporkan berita amat penting. Malah, menurut Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) menegaskan bahawa sebarang laporan yang palsu atau kurang tepat, penyebaran maklumat yang tidak benar yang mana boleh mengganggu serta menggugat keamanan dan kestabilan negara merangkumi aspek ekonomi dan keselamatan nasional akan diambil tindakan tegas.

Berdasarkan kenyataan tersebut kita dapat melihat bahawa sebagai seorang wartawan merupakan alat penghubung dan penyampai maklumat kepada orang awam.  Disebabkan itu, individu tersebut perlu mengelakkan diri daripada melaporkan suatu berita yang tidak tepat ataupun yang mana maklumatnya tidak dapat atau belum ditentukan kesahihannya.

Wartawan ialah golongan profesional yang dapat mempengaruhi pandangan serta sikap masyarakat berdasarkan laporan dan penulisannya. Oleh itu, masyarakat berhak untuk mengetahui kebenaran yang disampaikan berkaitan isu-isu yang timbul. Berdasarkan kebenaran laporan yang dikeluarkan oleh wartawan, masyarakat akan tahu situasi dan keadaan sebenar yang berlaku dalam negara.

Hal ini akan memudahkan masyarakat untuk menganalisis kebenaran yang perlu mereka percayai. Sehubungan itu, ia juga dapat mengelakkan mereka dipengaruhi oleh gosip-gosip dan maklumat yang tidak diketahui kesahihannya yang mana selalu dilaporkan oleh mana-mana pihak menggunakan saluran  media sosial.

Selain itu, kebenaran dalam menghasilkan iklan boleh dilihat dalam Story of Advertising (1958), yang mana telah dipetik oleh Pollay (1978) dalam (Mohd Helmi bin Abd rahim, 2004), menceritakan berkaitan dengan pengiklanan yang dikatakan sebagai cerita tentang manusia. Dari aspek kebenaran ia menghuraikan tentang kehendak, kebiasaan, cita rasa, kelemahan, harapan serta tuntutan manusia.

Berdasarkan iklan, kita dapat melihat pada perkara sebenar bagaimana manusia menjalani kehidupan mereka sehari-hari bermula pada abad yang lalu dan sehingga keadaan mereka sekarang (hal.64). Malahan, Harper’ s Weekly dalam sebuah keluarannya pada tahun 1879, telah memberikan pandangan bahawa iklan merupakan cermin kepada kehidupan sebenar (Mohd Helmi bin Abd rahim, 2004).

Berdasarkan kenyataan tersebut kita boleh melihat bahawa kebenaran perlu diaplikasikan dalam penghasilan iklan. Hal ini kerana, ia mencerminkan kehidupan manusia yang mana merangkumi aspek kehendak, kebiasaan, cita rasa, kelemahan, harapan serta tuntutan manusia pada masa kini. Kesemua aspek tersebut dapat dilihat melalui iklan-iklan yang dihasilkan yang mana akan menjadi rujukan kepada generasi hadapan dan mereka dapat melihat cara kehidupan budaya masyarakat terdahulu melalui iklan.

Selain itu, dalam iklan, mesej yang ingin disampaikan oleh peniaga harus benar dan tidak meragukan. Sebagai contoh, maklumat tentang barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan. Ini kerana ia akan memberikan kesan kepada pengguna, malah ia juga menjadi satu pengaruh untuk pengguna melakukan keputusan pembelian yang mana juga akan membina kepercayaan pengguna terhadap jenama barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan.

DEBBIE RACHEL BALANTIS (BA15110101)

Rujukan

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. (2015). Kenyataan Media: Berpegang Kepada Kebenaran, MCMC Memperingatkan. (Atas Talian).

Mohd Helmi bin Abd Rahim. (2004). Pengiklanan dan Budaya Tempatan. Jurnal Komunikasi Jilid 20, 2004 m.s: 79-93.

Tuesday, 25 December 2018

PENGERTIAN DAN SUMBER FALSAFAH KOMUNIKASI


Falsafah adalah kecintaan kepada ilmu pengetahuan dan keinginan yang kuat oleh seseorang untuk memiliki ilmu pengetahuan dan mempraktikkannya dengan betul. Falsafah berasal daripada perkataan Greek iaitu philia yang bermaksud cinta dan Sophia yang bermaksud pengetahuan. Falsafah berasal daripada seseorang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam dan memahami mengenai sesuatu bidang ilmu. falsafah terdiri daripada logic, etika, epistemology dan juga metafizik. Tokoh-tokoh falsafah yang terkemuka adalah seperti Socrates, Plato dan Aristotle.


ANDRISIA ANDREAS (BA16110454)


Monday, 24 December 2018

"EASY WATCH" VIDEOS ON PHILOSOPHY





Video yang boleh membantu pembaca memahami dengan lebih lanjut mengenai ilmu falsafah



Video yang telah dikongsikan ini adalah mengenai falsafah yang digunkan oleh manusia untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan yang timbul. Ia adalah merupakan usaha seseorang untuk memahami kebenaran seperti alam yang mereka diami, diri sendiri serta hubungan antara manusia dan dunis ini. jika diteliti, falsafah ini telah wujud 500 tahun yang lalu dan diamalkan oleh ahli falsafah zaman kuno pada waktu itu. Ia membawa maksud cintakan kebijaksanaan. Tidak hairanlah jika seseorang yang mengamalakan falsafah ini adalah merupakan  mereka daripada golongan yang bijak pandai.

Jika kita selusuri, falsafah mempunyai bidangnya yang tersendiri. Disebabkan perkara ini, Saya menyatakan ilmu falsafah ini adalah sebuah ilmu yang sangat luas. Ia boleh jadi datangnya dari bidang sains, sains sosial, perubatan atau kejuruteraan. Dengan adanya ilmu falsafah ini saya percaya setiap persoalan bakal mampu dirungkai oleh pengamalnya. Antara perkara yang penting dalam ilmu falsafah ialah hujah-hujah yang dilontarkan oleh seseorang ahli falsafah dalam menjawab persoalan yang timbul. Ahli falsafah boleh menggunakan logik untuk menjawab persoalan yang diajukan.



DITULIS OLEH :

NUR HAMIZAH BINTI YUSOFF
BA15111098

KEPENTINGAN FALSAFAH KOMUNIKASI DALAM MEMBENTUK KANDUNGAN KOMUNIKASI
by Evonnetasya Johnny (BA16160973)

Falsafah komunikasi boleh dibahagikan kepada banyak bahagian contohnya komunikasi interpersonal, intrapersonal, perhubungan awam, periklanan dan kewartawanan serta penyiaran. Kesemua falsafah yang diwujudkan atas dasar ilmiah merupakan salah satu disiplin ilmiah yang menekankan kebenaran secara umum dan asasnya kerana ia dipengaruhi oleh ciri-ciri yang sedia ada iaitu merupakan satu usaha pemikiran yang tuntas yang mana tujuannya adalah untuk mendapatkan kebenaran.
Falsafah yang diertikan dengan cinta kepada ilmu juga bermakna bahawa sesuatu yang tidak terhad kepada mana-mana aspek tertentu dan merangkumi keseluruhannya iaitu terdapat beberapa aspek yang mana pemikiran tersebut tidak hanya memfokuskan terhadap aspek berkenaan. John Dewey (1925) mengatakan bahawa falsafah merupakan sesuatu perjuangan manusia yang mampu dilihat melalui penyesuaian di antara kumpulan tradisi yang membentuk akal manusia dengan cita-cita politik baru.
Falsafah bagi saya adalah sebuah proses memahami secara mendalam dan menitikberatkan pelbagai faktor ilmiah yang lain. Falsafah melindungi satu ilmu daripada disalahertikan kerana pemahaman setiap individu adalah berlainan. Saya melihat falsafah ini sebagai satu panduan kepada anak muda yang baru belajar memahami perkara baru. Kerana apa yang berlaku di persekitaran kita setiap hari mempunyai falsafah yang tersendiri.

Falsafah sangat penting dalam bidang komunikasi di mana ianya membantu pengamal media berfikir mengenai kehidupan dan kewujudan semua makhluk yang ada di bumi. Contohnya sebagai wartawan, mereka ditekankan agar mereka sentiasa menyebarkan kebenaran kepada masyarkat dan menjaga etika kewartawanan. Di sini kita dapat lihat bahawa kebenaran ini telah diajarkan dalam banyak agama dan diaplikasikan ke dalam kegiatan kita setiap hari. 

MENCORAKKAN KOMUNIKASI YANG BERETIKA DALAM BIDANG KEWARTAWANAN



video mengenai etika kewartawan yang boleh difahami oleh pembaca dengan lebih mudah dan berkesan



Jika dikatakan tentang etika, etika juga merupakan sebahagian dari cabang falsafah di mana etika bermaksud tingkah laku terhadap kerja yang dijalankan dengan mengikut peraturan yang tidak melanggar mana-mana etika. Etika juga dipandang sebagai sesuatu perbuatan yang sangat positif di mana pelakunya melakukan sesuatu itu dengan penuh bersungguh-sungguh dan menganggap sesuatu pekerjaan itu adalah sesuatu yang sangat penting dengan melakukannya dengan sangat beretika. Perkatan etika berasal dari perkataan Greek iaitu ‘ethos’ yang bermaksud ‘character’ atau lebih teliti lagi ia bermaksud perwatakan dan keperibadian. Menurut Gluck (1986), etika bermaksud kajian filosofikal terhadap moraliti dan menurut Shea (1988), etika bermaksud prinsip dan tingkahlaku yang mengawal seseorang individu dalam pekerjaannya serta ia merupakan suatu ‘standard’ terhadap tingkah laku seseorang.

Dalam bidang komunikasi, saya memilih bidang kewartawanan untuk diketengahkan dan dibincangkan dalam ruangan ini. Menurut Kamus Dewan (2007), wartawan adalah seorang individu yang telah ditugaskan untuk mendapatkan maklumat dan menyampaikan maklumat tersebut kepada khalayak dengan menulis berita untuk surat khabar atau majalah. Manakala definisi bagi bidang kewartawanan pula ialah bidang tugas bagi kegiatan kewartawanan yang berkaitan dengan penerbitan, penullisan surat khabar, pembaca berita dan sebagainya.

Dalam mencorakkan komunikasi yang beretika dalam bidang kewartawanan adalah dengan mematuhi dan mengikuti semua etika yang berkaitan dengan bidang kewartawanan. Menurut Faridah Ibrahim, Mohd Rajib Ghani & Mohd Adnan Hashim (2000), etika kewartawanan adalah merupakan satu sistem dan garis panduan yang merangkumi prinsip dan perilaku tingkah laku yang boleh membimbing semua wartawan berpelakuan yang baik serta bertanggungjawab dengan membezakan perkara yang baik dan buruk. Perkara ini juga adalah untuk memastikan pengamal wartawan sentiasa berada di landasan yang betul.




Wartawan yang berusaha mendapatkan maklumat dan berita yang sahih dengan penuh berdedikasi 

Sebagai seoarng wartawan, dalam profesion ini sangat mementingkan kejujuran di mana para wartawan harus menjadi seorang yang jujur dalam mengumpulkan berita dan maklumat yang diperolehi untuk disampaikan kepada khalayak. Memberikan maklumat yang benar kepada masyarakat adalah merupakan matlamat utama dalam bidang kewartawanan. Bukan itu sahaja, sebagai seorang wartawan yang mengamalkan etika kewartawanan, mereka juga haruslah menggunakan cara yang benar atau wajar dalam mendapatkan berita dan gambar. Hal ini kerana, jika wartawan menggunakan berita atau gambar orang lain ia merupakan suatu kesalahan dan melanggar etika sebagai seoarang wartawan. Kesemua bahan yang ingin digunakan haruslah mempunyai sumber yang sahih dan yang paling penting sekali adalah merupakan bahan yang dikumpul sendiri oleh wartawan tersebut.

Pelbagai kesan yang buruk boleh timbul sekiranya seoarang wartawan ini tidak menjadikan etika kewartawanan sebagai tunggak utama mereka. Pelbagai berita yang tidak benar dan sahih akan tersebar yang boleh menyebabkan masyarakat salah faham dan timbul kekecohan dari berita yang tersebar. Selain itu, bidang kewartawanan akan dipandang rendah oleh masyarakat kerana nama baik wartawan telah jatuh disebabkan perilaku mereka sendiri dalam menjalankan tugas dengan tidak mengikut ‘standard’ seoarang wartawan.

Kesimpulannya, etika dalam kewartawanan adalah merupakan panduan tingkahlaku yang harus dipatuhi oleh semua wartawan untuk mengawal perilaku mereka. Tidak hanya tertakluk kepada seorang wartawan, tetapi etika profesion ini juga harus dipatuhi oleh setiap masyarakat kerana perkara ini berkait rapat dalam kehidupan seharian kita. Etika kewartawanan ini harus dipelajari dan diamalkan oleh semua wartawan dan keberkesanan etika ini adalah bergantung kepada wartawan itu sendiri. Tanpa disiplin diri yang kuat, seoarang wartawan itu tidak akan mampu untuk mencapai etika yang telah digariskan bagi setiap wartawan.






DITULIS OLEH:

NUR HAMIZAH BINTI YUSOFF
BA15111098